1.2.10

LEE JEE HYEON

Dengan meletakkan tajuk entri seperti ini, pasti aku berjaya mendapat perhatian penggila-penggila drama korea atau peminat muzik k-pop ke dalam blog aku. Wahaha. Padahal aku tak kenal pun siapakah dia orang yang bernama Lee Jee Hyeon ataupun samada beliau sebenarnya wujud atau tak.

Mungkin sekadar mahu menarik perhatian, atau mungkin satu perangkap untuk mereka yang suka membaca tajuk entri tanpa membaca isinya lalu bersemangat untuk drop komen walaupun off-topic; itu aku tak pasti niat sebenar yang tersemat di hati. Tapi sukalah untuk aku mengaku di sini bahawa aku tidaklah obses dengan drama atau lagu korea mahupun actor dan actress mereka juga.

Aku neh jenis kalau nak tengok cerita, semua cerita aku cuba layan. Pastu baru laa aku bagi komen samada ia best atau tak. Tak suka aku nak menyempitkan fokus aku terhadap sesuatu genre cerita yang ada, baik di TV, melalui pembacaan novel ataupun filem di panggung.

Mungkin ada limitation-nya jugak. Mungkin aku seboleh-bolehnya takkan tengok filem arahan Prof. Madya Razak Mohaideen dan sekutu-sekutu mereka seperti Ahmad Idham. Tapi aku menggunakan istilah ‘mungkin’ kerana aku sendiri tidak akan memuktamadkan cara hidup dan prinsip pegangan aku. Adalah sesuatu yang sahih bahawa kita tidak semestinya sentiasa berada di pihak yang benar. Masa telah mengajar bahawa manusia itu boleh melakukan kesilapan dalam hidup mereka tanpa mereka sedari sekalipun.

Okeh, aku dah start membebel panjang. Sebenarnya aku cuma nak cerita pasal filem Legion atau dalam bahasa koreanya Lee Jee Hyeon (sesuka ati ko je Jai!). Filem ini telahpun disaksikan oleh aku bersama dua orang teman yang lain. Boleh dikatakan kami ber-threesome laa (sila jangan bayangkan yang bukan-bukan).

Hanya sempat menonton trailernya seketika di youtube tanpa sempat membaca sipnosis/review penuh mengenai filem ini, aku membayangkan filem ini ada persamaan dengan filem Darkness Fall. Mungkin juga ada antara kamu di luar sana yang belum menonton menyangkakan filem ini seperti Angles & Demon tetapi aku tidak sempat menonton lagi filem itu. Aku sudah pun menonton Da Vinci Code jadi aku rasa tidak banyak berbeza antara kedua-dua filem tadi lantaran penulisnya adalah orang yang sama. Filem Legion ini juga aku cuba kaitkan dengan The Exorcism of Emily Rose.

Ia dimulakan dengan perihal sekumpulan manusia yang terkandas di sebuah stesen minyak di tengah gurun mana-entah di mana masing-masing di antara mereka sedang cuba mencari makna sebenar kehidupan. Masing-masing dikatakan mempunyai masalah tersendiri dan sedang memikirkan samada mereka telah melakukan kesilapan dalam memilih jalan hidup mereka.

Tidak lama kemudian, mereka mula diserang makhluk-makhluk aneh bertopengkan manusia biasa. Kehadiran seorang lelaki bertatu menaiki kereta peronda polis sambil membawa bekalan senjata api menimbulkan misteri di kalangan mereka. Beliau mengatakan makhluk-makhluk aneh ini akan terus mengganggu mereka dalam jumlah yang banyak dan berterusan dan tugas mereka adalah untuk melindungi nyawa sendiri. Salah seorang watak dalam cerita ini adalah seorang perempuan mengandung dan lelaki misteri itu mengatakan makhluk-makhluk aneh ini mahukan bayi tersebut. Jadi selagi mereka dapat bertahan sehingga bayi itu lahir (yang cuma tinggal beberapa hari saja lagi) maka mereka akan selamat menempuhi episod aneh ini.

Aku malas nak cerita kesudahannya tapi cukuplah aku membongkar plot cerita filem ini iaitu lelaki misteri tadi sebenarnya adalah malaikat bernama Michael. Beliau mendapat perintah tuhan untuk membunuh bayi tersebut sementara tuhan juga sudahpun mula melancarkan gerakan penghapusan kaum manusia (apocalypse – kiamat). Boleh dikatakan mereka sebenarnya sedang berperang dengan tuhan demi untuk survival bangsa manusia itu sendiri.

Yang menghairankan, kenapa pula Michael datang ke situ untuk membantu mereka? Jawapannya mudah, hanya kerana Michael tidak bersetuju dengan arahan tuhan lalu cuba menjustifikasikan kelahiran bayi tersebut ketika apocalypse sedang melanda sebagai bukti bahawa manusia harus diberi peluang untuk terus hidup. Baginya manusia adalah makhluk istimewa dan setiap generasi memiliki cerita dan harapan mereka tersendiri, berbanding dengan golongan malaikat yang immortal serta hidup hanya untuk menurut perintah.

Pada dasarnya aku berminat untuk menonton filem ini berdasarkan kesan khasnya yang kelihatan berbajet besar dan cukup menarik. Elemen suspen dan thrill beserta psiko juga diterapkan apabila seorang nenek tua (makhluk yang dihantar untuk membunuh bayi) dilihat begitu agresif melompat ke sana sini sambil merangkak di atas siling beserta sempat juga mencarut sekali sekala.

Ada juga babak ketika makhluk-makhluk ini memperdaya mereka dengan berpura-pura menjadi kanak-kanak yang memerlukan pertolongan di mana rupanya mereka hanya mahu menembusi halangan dalam usaha mereka mahu membunuh bayi yang belum lahir itu.

Bagaimanapun aku melihat cerita ini sebagai sangat berbahaya dari segi akidah untuk kedua-dua agama wahyu baik Islam atau Kristian. Pertamanya ia mahu mengajar manusia untuk mengikut kata hati sekiranya anda tidak bersetuju dengan perintah Allah. Dalam erti kata mudah, jika tidak berpuashati, maka lawan sahaja hukum Allah itu. Kedua, bunting sebelum berkahwin adalah okey kerana anda tidak tahu samada takdir bayi itu mungkin akan menentukan nasib survival manusia pada masa depan. Walaupun moralnya mungkin menjurus untuk mengutuk aktiviti pengguguran bayi, tetapi dilihat watak perempuan mengandung tadi cuba disamakan dengan Mariam A.S. Ketiga, ia juga mengatakan akan ada nabi baru selepas Muhammad S.A.W (dalam kitab Bible cerita mengenai kehadiran Muhammad dipadamkan maka orang Kristian mempercayai Isa A.S sebagai nabi terakhir mereka dan juga dikatakan pula sebagai anak tuhan kerana Isa tidak berbapa). Keempat, berkata-kata kesat dan mencarutlah antara sesama kamu dan kepada malaikat juga kerana sekiranya kamu tidak sebulu/sependapat dengan mereka, maka mereka adalah musuh kamu – ada unsur fahaman zionis di situ. Kelima, peperangan antara baik dan jahat (good and evil) cuma berlaku antara manusia dan tuhan sementara setan cuma duduk diam bertepuk tangan sahaja memerhati kemusnahan manusia. Sekaligus memungkinkan sesetengah mereka berkata “baik aku sembah setan je macam neh”.

Haha, aku mungkin sinikal dalam menganalisis filem ini namun bagi aku ada berbelas/berpuluh lagi filem yang bagus untuk korang tontoni selain filem Legion ini. Malah South Park dan Da Vinci Code juga adalah antara cerita bijak yang tidak bersifat absolute dan mengajak kamu mengasah minda untuk berfikir dengan lebih kritis demi faedah kamu sendiri jika nak dibandingkan filem yang sangat mengarut ini.

Jangan tertipu seperti aku,kelak kamu akan kehilangan 10 ringgit yang begitu berharga (habis akidah ko berapa ringgit pulak Jai?)



Lalalalala…

10 KoMen:

Mohammad Al-Aiman said...

ceh
penat ak bace panjang2
iugt kn si pemain bola sepak korea selatan tu
haha
=D

baginda® said...

hahaha... ramai orang kate muka gua sama ini korean... hahah kembangnye...

INDRA QIRANA said...

jangan bimbang aku baca abis entry ko baru tinggal komen...

aku pon tak kenal sapa itu Lee Jee Hyeon

yang citer legion tu sebelum ni aku ada terbaca riviewnyer dalam paper

pada pendapat aku hollywood dah makin giler sejak akhir akhir semuanyer nak ditidakanyer

tengok ajer lah cerita 2012

sangat desprate mereka untuk menidakan kuasa tuhan dan adanyer kiamat he he

Hurul Ummi said...

suka juga layan cerita2 karut neh sbb mencerna minda memulas otak utk berfikir.cuma perlu dipantau oleh Sifu kalau tak boleh sesat akidah..

yahudi.yahudi!!eeeee

'AQILAH said...

macam 2012 la...tunggu cetak je la..:P

korea, suka tengok je tapi tak kenal nama...

Ryn(^,^)Nas said...

penat bace pepanjang...chiss..!!
huhuhu

Mak Su said...

lailahaillah muhamadarrasulullah(dapat cakap tu jer...huhuhu)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

aiman : ko mmg mudah terpesong. ahhahaha...

baginda : susah aku nak caya. melainkan ko ade darah bugis. eh, takde kene ngene.

indra : btol laa bro. semacam ada satu pergerakan mereka untuk meng-atheis-kan org atau sekurang2nya nak mengatakan bangsa manusia lebih hebat dari tuhan. huhu

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

hurul ummi : you laa sifu i. jom tgk wayang! wakakaka...

eee... zionis! zionis!


aqilah : aku kenal won bin jek. err, itu jantan. aku bukan ghey tapi susah laa nak hapal nama2 heroin korea.

igt recycle bin, igt laa won bin. wakakaka...

~iklan~ yes, akhirnye berjaya jugak aku menggoda minah senyum cute sambil menongkat dagu neh utk menempelkan gambarnya kat komentar aku. wakakaka, cam keji je perangai

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

ryn no 2 : tertipu? wakaka, same laa aku. walaupun aku tertipu bab lain. lalalala...

maksu : nau'zubillah.

Post a Comment

Any Comment? Anybody?