Haha, soundtrack Papadom. Dinyanyikan oleh Afdlin Shauki. Aku sebenarnya dah lama ada lagu neh semenjak pertama kali terdengar dekat Selangor fm lagi dah.
Tapi saja malas nak kongsi.
Niat aku dapatkan lagu neh pun konon-konon nak hapal nak kasik nyanyi kat anak buah aku yang bernama Teja Myasara tu.
Tapi tak jadilah. Hehe.
Apa pun, lagu ini naisss.
Baik, aku sertakan sekali liriknya.
Sebenarnya aku cuba gak carik video yang dah siap ada lirik. Tapi yang aku jumpa satu je. Siap tayang gambar Liyana Jasmay sampai habis. Yek, aku lagi rela tengok gambo anak buah aku. Lagi comel.
Liriknya pun banyak yang salah. “Kau sebut di telinga kami” jadi “Kau sebutir di telinga kami”. Sebutir apa? Haa, terus aku teringat cerita boboi dan neneknya. Eh, korang lom tahu? Nanti laa aku post.
Jadi aku akhirnya pilih video yang ini.
Afdlin Shauki – Miasara
Miasara
Waktu pagi kau sinari hidup ini
Bangun papa bangun mami
Kau sebut di telinga kami
Satu hari kau kan pergi
Tinggal kami bersendiri
Walau apa kan terjadi
Kau tetap akan kami cintai
Ohh.. miasara tidurlah
Kamikan bersama mu
Dibuai mimpi nan indah
Dan doa papa mama mu
Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Tidurlah
Miasara
Yang pertama anugerah terutama
Senyumanmu belai jiwa
Pengubat hati yang lara
Tuhan lindungi permata
Selamatkan sentiasa
Dari duka di dunia
Akan kita hadapi bersama
Rambutmu, matamu, bibirmu, hatimu
Senyummu, tawamu, di hatiku selalu
Ohh.. miasara tidur lah
Kasihani mama mu
Kerana dia menunggu
Untuk bersama papa mu
Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Tidurlah
Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Hooo.. tidurlah
Wakakakakak. Afdlin neh, sempat lagi tuh…
Terjatuh Ke Landasan LRT Titiwangsa, Lelaki Cacat Penglihatan Maut
Dilanggar Tren
-
Melalui laporan berita, seorang lelaki cacat penglihatan terjatuh ke
landasan keretapi, lalu dilanggar oleh sebuah tren di LRT Titiwangsa pada
Sabtu pagi...
10 hours ago
0 KoMen:
Post a Comment