Bila Sang Pujangga bermadah kata :
Tak ku sangka aku akan di tag jua akhirnya. Terima kasih (bebanyak) pada cik Tyrark yang (terlebih) sudi untuk mengetag aku di kala aku tengah rancak mengkopi pasta emel-emel terpilih untuk dijadikan entri. Macam dia tau-tau je aku tengah takde keje (lain) skang neh kan? :-w
Ada dua tag yang aku terhutang dengan minah neh, maka aku nak langsaikan dalam satu entri atas dasar menjimatkan kuota entri aku bulan Mei ini (hah! kan aku dah cakap; aku mana ada nak kejar buat entri bebanyak ganti cuti sabatikal setahun aku tak ber-blog itu… :-“).
Tag pertama bertajuk Lima Hadiah Yang Paling Diingini. Apa lagi, masa untuk berangan sampai ke awan-awanan laa jawabnya:
Tag seterusnya yang telah agak basi ini bertajuk Lima Perkara Pertama Kali Dalam Hidup Aku:
2. Pertama kali minum teh tarik kat kedai mamak – masa tu aku berumur 7 tahun lebih kurang kot. Aku teman bapak aku jumpa kawan dia kat brickfields masa kitorang dok kat Kg. Kastam dulu. Bapak aku dengan member aku pekena teh tarik yang lumayan dengan buihnya. Aku menggatal nak merasa dan order satu cawan. Disebabkan aku manja dengan bapak aku, dia layankan aje kehendak aneh aku tu. First time minum, rasa macam nak melecur lidah, membuatkan aku heran camne bapak aku ngan member dia rilek je teguk air panas camtu. Sekarang baru aku tau skil nak menghirup air panas…
3. Pertama kali membelasah dan dibelasah – zaman tu zaman cerita Dash Yankuro (kereta mini) sedang hangat menjadi bahan kegilaan kanak-kanak sampaikan kat tempat aku kat Pahang dulu pun turut terpengaruh walaupun tak macam kat bandar-bandar kat KL. Kitorang cuma pakai trek buatan sendiri belakang estet kelapa sawit dan menggunakan kereta model Audi sebab tak mampu nak beli model Tamiya. Ceritanya, setelah aku habiskan duit simpanan bulanan sebanyak RM10 ketika itu untuk membeli bateri Energizer 4 biji, dengan takburnya aku mencabar sorang kenalan aku sebab aku yakin prestasi bateri mahal itu mampu membantu kemenangan enjin Audi aku yang tak berapa boleh blah sangat itu. Tapi akhirnya aku tewas. Aku terima kekalahan seadanya sebagai nasib diri namun bila aku dapat tau dia curi baki bateri Energizer aku untuk perlumbaan tersebut, aku terus takleh terima hakikat dan mula mencarik pasal dengan merejam selipar jepunku ke mukanya. Walaupun aktiviti saling membelasah itu dileraikan ustaz yang mengajar kitorang mengaji kat masjid yang kebetulan lalu kat situ, namun ketika di saat-saat akhir babak pertarungan, aku sedang dihantuk-hantuk oleh budak tu dengan kelapa tua kat kepala. Maka boleh laa dirumuskan aku turut kalah untuk kali kedua berturut-turut pada hari yang sama. Ohhh…
4. Pertama kali bekerja – lebih kurang seminggu sebelum kertas akhir SPM aku untuk subjek Prinsip Akaun, aku memang takde aktiviti lain melainkan dok kat umah je study sepenuh masa. Aku dapat tau tempat kerja bapak aku sebagai guard kat Putrajaya ada kekosongan. Aku mintak nak start kerja. Aku tau tempat yang bakal aku jaga tu (Kelab Sukan Air Precint 8) baru je siap waktu tu dan belum ada staf/pelawat. Lokasi pulak kat sebelah tasik menghadap pejabat Tun M (ketika itu) maka amatlah sesuai untuk aku menenangkan perasaan di samping study sambil buat duit sikit.
5. Pertama kali bercintan-cintun – percaya atau tak, even masa aku sekolah dulu memang ada skandal-skandal dengan gadis sekelas, tapi aku tak pernah ada awek sampai umur aku 20 tahun. Loser bukan? Gadis malang yang berjaya aku cairkan itu adalah member chatting masa zaman aku ligat main IRC dulu. Ketika itu dia masih bergelar student untuk pengajian kejururawatan, aku amatlah berpuas hati dengan prestasi aku sebagai pakwe idaman Malaya sepanjang peng’kapel’an itu. Namun, jodoh tak panjang agaknya, aku terpaksa melepaskan dia atas alasan tak mau terperangkap dengan sindrom ‘Cinta Jarak Jauh’ sebab dia nak balik dan duduk kat Perak sementara aku tetap nak stay kat Selangor selagi termampu.
Hmm… pasneh malas nak main tag-tag lagi dah. Main layang-layang lagi best! :-p
~EndOfTag~
5 KoMen:
impian yg hebat, wah....
eh! sian kat makwe tu, setakat 2 negeri jer jaraknyer. ahaks
Wlaupun stkat 2 negeri je jaraknye...cinta jarak jauh mmg memeritkan :| aku mencik cinta jarak jauh!! (emo plak tetibe)
bagus a-keji.
cemerlang sekali membuat tag.
tag2 lain akan menyusul.
harap bersabar.
hehe...
30 tahun pakai porche mesti kong giler kete tuh... hikhik..
da x lawa da kete yg lawa :))
apsal mesti 30 taun jek?
nape x kurang?nape x lebey?
psst! ryn adelah seorang pompuan yg boleh give and take oke! x caye,tanyelah ryn!
hahak!
geler x tahan pertama kali kene belasah =)) ade hati nak blasah urg =))
mak su: oh mak su... dah alang-alang nak bermimpi maksu oi...
lyark: maseh kerana tulun memreply komen utk ai...
tyrark: ape dosaku? bagi arr, tapi aku limitkan 5 mende je... kalo bagi banyak2 gak mmg berderet laa aku listkan sampai mggu depan baru siap baca... huhu
ui, porsche tu... tu pasal aku berani letak 30 tahun...
rynark: significantnye angka 30 tu adalah lebih kurang tempoh hayat abam nak melaram ngan kete turbo... pas umor 50-an abam nak pakai rolls royce je upah pemandu... ekekeke...
ooh, abang kene belasah... adehh...
Post a Comment