9.1.10

HMI : GOOD NITE!

Dah lama tak dengar radio. Tiba-tiba terpasang pulak hot fm menyiarkan lagu Pejal Tahir – Selamat Malam.

Oi Pejal, camne aku nak tidur kalau ko terjerit-jerit di corong radio? Lalalala…

Lagu neh difahamkan dah agak berbulan-bulan berkumandang. 2 bulan mungkin. Sebelum beliau sakit. Sekarang taktau laa apa citer dia. Dan aku pun tak berkenan sangat nak amek tau. Aku suka lagu dia je. Lalalala…





Amacam? Best tak lagu neh?

Maaf, aku sepatutnya meletakkan dulu disclaimer seperti “AMARAN : BOLEH MENYEBABKAN TELINGA BERDARAH”

Kepada mereka yang telah meng-klik video di atas, sekiranya terdapat simptom-simptom seperti telinga bernanah atau berlendir, mual-mual, loya atau muntah hijau florescent, sila laa cepat-cepat dapatkan rawatan pakar.

Sesungguhnya karaoke syok sendiri ini aku sumbangkan ketika sedang mencari lirik lagu dan terserempak pula dengan video beliau di youtube. Kredit untuk beliau kerana aku telah mencilok video tersebut bagi tujuan menipu korang seperti di atas.

Okeh, suara aku tak sedap. Tak perlu korang nak kutuk sebab aku sendiri pun terkekeh-kekeh gelak mendengar pitching suara yang tak menjadi serta kekantoian lirik Pejal Tahir yang sememangnya suka dengan alunan wordplay-nya. Macam haram transisinya laju nak mampus, mengelabut aku nak follow.

Lagu nyanyian aku tadi tak penuh; sebab asyik tahan gelak, kemudian menjerit parau tak tentu pasal membuatkan peti suara aku sudah jem lalu terpaksa menamatkan karier nyanyian aku yang baru nak bercambah neh. Gantung mikrofon laa aku lepas neh.

Berikut aku tampilkan pula satu lagi video lain yang diupload untuk lagu ini. Jangan risau, kali ini akan disertakan sekali dengan audio asal untuk korang hayati dan nyanyi syok sendiri seperti yang telah aku lakukan tadi.





Okeh, ye laa, aku ngaku laa aku neh peminat Pejal Tahir. Puas hati?

8 KoMen:

GhOsToNe said...

x minat hotfm..minat era..

minag gaks faizal tahir..

tp x suke die nyanyi lagu nieyh..

lagu nieyh x besh!

^inas^ said...

is the sound coming from ur mouth???

hehhe~

aku dah lama x dgr radio2.. aku byk dgr lagu2 yg aku donlod sndri, dlm maksud lain, lagu2 yg aku suka saje.

n pejal tahir? dont really like and dont care that much, but i guess his songs are quite ok.

ok jai, stop yelling! (i'm listening to ur clip)

cik EPAL said...

tak pernah lak denga lagu ni :D

cik EPAL said...

kenapa saya tak di link di sini?? ni marah ni..hakk

nur'ain said...

kekekekekekek! gud try.




kekekekeke gelak lagi smbil dgr en.ajai melalak.

Tyra said...

ko nak marah orang ke Ajai?

:|

macam nak gadoh jek... "SELAMMATT MALAMMMM!!!!!!!!! ARGHHH!!"

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

antu-satu : haha. memula pun aku camtu. dgr byk kali kat radio baru berubah selera. huhu.

inas : if it's really good to ur ears, then yes, it does come out from my mouth. lalala...

aku pon jarang dgr even dalam kete pon aku lebih prefer dgr mp3 sendiri. but makin lama stok2 mp3 aku akan makin membosankan membuatkan aku terpaksa membuka semula channel radio mana2 yg ada.

i'm not yelling! its called singing ur heart out! haha!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

cik epal kuasa dua : sorry pal. aku dah update lam bloglist somehow aku lupa nak letak link. akan ku usahakan segera. jgn lah dikau menganggapku sebagai bukan fan kamu. :P

sesungguhnya aku lah pensekodeng tegar blogmu itu yang kau cari2 dahulu. haha. ayat tak hengat.

ain : gelak tandanya suka, kan? kan? kan?

tyra : ohh, arrangement lagu genre melalak mmg camneh. jgn salahkan aku. salahkan pejal tahir yg buat lagu camneh tak kena dgn lirik.

sepatutnye lirik bersesuaian : "SELAMAT GADUH!"

ARGHHH jugak!

Post a Comment

Any Comment? Anybody?