8.1.10

SO TYPICAL

Slot Zehra, slot terbaru drama melayu di TV3 yang bersiaran setiap Jumaat jam 9 malam, bermula dengan gah apabila mempertaruhkan Nur Kasih sebagai mukadimah.

Kini ia diganti dengan Aliff Firdaus. Melihat pada senario pemilihan tajuk, boleh dikatakan slot ini dekat di hati aku berbanding Akasia atau Samarinda yang asyik-asyik ceritanya melibatkan perihal anak orang kaya berhasad dengki di antara satu sama lain tak sudah-sudah.

Malangnya…

Minggu lepas aku menonton Aliff Firdaus episod keempat. Babak dimulai dengan majlis rombongan hantaran peminangan. Watak Aliff muncul di muka pintu menyangkakan Dira, buah hatinya telah dipinang orang. Dengan tergopoh gapah, beliau lari turun dari rumah, menunggang Yamaha Lagendanya tanpa mempedulikan alam sekeliling. Dah macam orang meroyan mati anak pulak aku tengok.

Apabila Dira cuba mengejar Aliff untuk memberi penjelasan, setiapkali Dira bersuara, Aliff akan memotong dengan kata-kata yang tak boleh blah seperti “saya tahu saya ini tak layak berkawan dengan awak” dan sebagainya. Kalau aku jadi Dira, awal-awal lagi aku dah celup kepala Aliff dalam air sawah padi biar dia mati lemas.

Tolonglah. Para penerbit sekalian, para pengarah sekalian, para penulis skrip sekalian, para talent agency sekalian, para pelakon sekalian, tolonglah serius sikit.

Takkan Khabir Bhatia tak berjaya mengajar kamu serba sikit apa yang patut dalam bidang buat drama neh kot?

12 KoMen:

puterikurekure said...

aku tak ikut citer ni la...huhuhu~ takpe2. malam ni akan diusahakan tonton. leh aku bagi komen bernas2. hehehe~

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

rasenye mlm neh aku dah tak tgk kot. haha!

Mak Su said...

lemaslah tgk cerita cenggitu, baik layan national gograpik tengok tulang dinosor :)

dilot said...

aku tak tau nak komen ape..sebab tak tgk cite tu...hehe

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : animal planet pon best. episod cicak mengawan.

dilot : takyah laa dilot. tak direkemen pon!

GhOsToNe said...

Kalau aku jadi Dira, awal-awal lagi aku dah celup kepala Aliff dalam air sawah padi biar dia mati lemas...


HAHAHHAA...AK GELAK KOW2 BACE NIEYH..

N AK ULANG2 LAGIEYH BACE...

ULANG2 GELAK!

KHABIR BHATIA DA BESH!

nur'ain said...

setuju. Pelik juga. Ada lagi cerita camtu sekarang ek. hampeh.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

antu-satu : bile aku tgk citer bangang, automatik aku akan transform ia jadi citer komedi. jadi tak le aku rase sangat sakit hati. haha!

ain : ada, tetap ada. selagi mereka2 belum sedar diri.

Khairi said...

khabir nak ckp aliff tu buduh sgt sbb tu bela kambing aje.

'dgr la sy ckp dulu'
'cukup'
'ala dgr la dulu'
'tak mau'
'dgr abg ckp dulu pls..'
'tak mau'
'dgr?'
'tak mau'

ini dialog aku paling menyampah! ckp aje la bodoh!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kikiki. rashid sibir laa. bukan khabir.

ohh, aku mmg turut menyampah dgn dialog itu tak kira dalam tv atau realiti. kalo boleh sepak mmg aku rase nak sepak je.

b u k a n s e s i a p a said...

hehe...

say no to Alif Firdaus..! ;p

rugi nye citer ni (sbb ske irma tp citer plak xbesh)!!

Citer ni mmg tipikal drama2 rashid sibir..huhu..xbesh..skrip rs berbulu jek kt tinge..wuwuw (bru sedar tinge berbulu..hahaha ;p)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

aku lak baru perasan sinematografi-nya yang buatkan aku makin sakit mata tengok. nak aje aku sound "weh cameraman, ko tak reti dok diam ke?!"

ahhahahahaha... rambut aku dah panjang skang. dan cover telinga. so tak perasan kalo ade bulu melainkan helaian rambut. ehh ape aku meraban neh?

Post a Comment

Any Comment? Anybody?