15.1.10

DRAMA SWASTA YANG TIDAK DRAMATIK TAPI REALISTIK

Di hari yang baik ini adalah lebih baik kita bercerita mengenai cerita-cerita yang baik, yang mana sinonim dengan blog Encik Akeji yang nampak keji tapi sebenarnya baik ini.

Apa cerita yang baik? Jodoh adalah satu contoh cerita yang baik. Jodoh ketentuan Illahi. Bla Bla Bla.

Tiba-tiba aku terasa bahawa aku bukanlah orang paling sesuai bercerita tentang jodoh.

Tapi masalahnya ini bukan cerita pasal aku. Ini cerita pasal aku nak tumpang hepi-go-laki seorang rakan seperjuangan yang telah menemui jodohnya setelah puas mencari di sana sini.

Err, cerita basi sebab aku dah pun publishkan gambar pertunangan mereka di sini.

Kalau nak bukak topik bercerita pasal aku, nak aje aku luahkan perasaan di sini. Tetapi aku mengerti bahawa mala’un jiba’uk mamat neh pun turut membaca blog aku. Nanti kalau dia tau luahan hati aku, habis dicanang kat member-member. Maka aku simpan je laa dalam hati takut-takut nanti jadi modal mengumpat di kedai mamak pulak nanti. Har har har harun salim bachik!

Berbalik kepada topik asal. Seperti yang pernah aku ceritakan, sahabat aku bernama Encik Ijal neh telah mengundang cameraman video (bahasa pasar) untuk majlis pertunangan. Aku bajet ia akan dibuat secara simple untuk koleksi peribadi kenangan mereka di hari tua. Namun jangkaan ku meleset. Kualitinya boleh tahan (sebab pelakon pun bukanlah handalan) beserta dengan soundtrack mengagumkan dan screenshot yang gila gaban. Mula laa aku nak menulis ala-ala pantun neh.



Sekiranya anda berkenan dengan hasil beliau, bolehlaa mengusyar Facebook beliau di sini untuk makluman lanjut. Err, maksud aku cameraman tu. Bukan member aku neh. Beliau tunangan orang. Silalah jangan kacau. Nanti dia kena simbah asid baru tau.

Terasa seperti video ini dah layak ditampilkan dalam sisipan Nona (walaupun aku tak pernah tengok Nona). Bla bla bla…



~”Saya? Saya solo lagi! Meh, meh ngurat meh!”~

P/S : Selamat hari jadi, bekas kekasihku yang tak berapa gelap!

8 KoMen:

puterikurekure said...

alaaa......tak dapat tgk la video tu. blank jek. huhuhu~

oh. kekasih tak brape nak gelap? hmmm...selamat hari jadi jugaklah kat dia ek.
:)

Mak Su said...

maksu mmg tak leh bab video2 ni, tapi tak per lah, maksu akan simpan duit dulu (pasang niat) untuk merakamkan apa ajer kenang-kenangan kelak (eh wah, macam skrip karangan)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

aiyaa... ruginya tak dpt tgk!

dilot said...

ok gak video dia....enjoy tgk..tak gegar2...smooth je dia nya pergerakan,,,

aku pun ada gak..tp adik amik sendiri je...

Tyra said...

aku nak demand present terhebat sebab ko dah taburkan fitnah kat sini.

:-W

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

dilot : nak tengok! haha, gambart ko pon ko tak penah siarkan. ade hati lak aku nak tgk video.

tirah : aiyak! why u terasa? ahhahahahaha...

Mohammad Al-Aiman said...

yeah
aku telah jadi popular sebentar disebabkn
video ni tersebar kt you tube
yeah
ader chan nk beat kamal ni
haha
=D

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

ko mmg gile glem. ahhahahaha...

tiru lah macam saya. ala2 pemalu gitu.

Post a Comment

Any Comment? Anybody?