Bila Sang Pujangga bermadah kata :
“Mak, Atan nak kawen!” ujarku dengan penuh konfiden sekali.
“Kepala hotak ko! Muka tak hensem. Gemuk. Sape laa nak kat ko neh,” ish mak neh, tak baik betul tipu pembaca blog kata muka Atan tak hensem pulak. Dorang bukan taknah tengok sendiri gambar kat mespes. Sebijik cam Timberlake tu wa cakap lu. Dah ramai dah yang ‘cair’. Ish, ish, ish…
“Dah laa degil nak mampus. Nasihat mak satu pun tak pernah nak dengar. Takde displin. Nak buat apa ikut suka kepala otak sendiri je…” sambung beliau lagi. Sabar Jai, sabar…
“Harta takde, apa takde. Keje pemalas,” Erk! Ni yang aku takleh nak dengar ni. Sape kata aku malas nak kerja? Aku malas nak bangun pagi je (haha?!).
Fakta: orang yang takde rasa gatal nak kawen dalam dunia ini adalah orang utan.
Umurku makin lanjut. Member aku ada bertanya pada aku ketika kami sedang bercerita-ceriti dongeng di bawah pohon bambu;
“Ko nak kawen bile umur ko berapa, Jai?”
“Bila jodoh dah sampai,” sempoi tak jawapan aku?
“Buatnya kalo dah terlajak sampai 40 still takde sape nak berlakikan engko?” Aku terdiam. Sial engko!
“Tu takpe lagi. Kalo ko kawen lambat esok, anak ko camne pulak? Ko nak antar dia pegi sekolah time ko tengah bertongkat, berjanggut bagai?” sambung mamat sial ini lagi. Eh, ke situ pulak dia. Jodoh
Sape kata kawen lambat neh susah bagi laki macam aku? Tak pernah lagi aku dengar istilah Anak Teruna Tua. Setakat title Bujang Lapuk tu adat laa
Aku yakin walaupun umur aku makin lanjut mencecah 30-an nanti, kejambuan aku neh takkan hilang begitu saja, sebaliknya digantikan dengan ke-macho-an seorang lelaki matang. Itu lah beza lelaki dan perempuan. Laki-laki neh makin tua makin laku; orang yang kata. Tak percaya tanya Dato’ Siti Nurhaliza.
Tapi tu laa
Memang bukan dalam masa terdekat pun aku dapat mendirikan rumahtangga (yang bahagia, mudah-mudahan). Itu aku pasti. Sebab haluan hidup aku nampaknya masih belum nampak-nampak lagi. Rasanya masih banyak yang perlu aku kejar dan capai sebelum berani mengajak mana-mana awek; “Jom kita kawen, nak?”
Al-maklum laa. Dunia zaman sekarang. Pompuan nak tengok laki yang encom aje, mak bapak mentua nak tengok laki yang kayer aje, sedara mara nak tengok bakal keluarga yang educated aje.
Heheh! Tiga-tiga aku takde! Tapi tak bermakna aku takkan kahwin. Kalo umur aku panjang; insya-Allah ada rezeki jugak aku nak beristeri. Dan jugak tak bermakna aku akan kahwin lambat. Benda-benda ni semua tak boleh diramal. Kalau tetiba dia datang, dia main redah jer…
But, seperti yang kita semua sedar; ataupun tak sedar tapi tetap buat jugak, kita sentiasa
Bukanlah bermaksud aku ni seksis ke apa. Pompuan pun banyak gak tanggungjawab yang perlu ditimba nanti. Cuma peranan lain-lain. The important question is how kita nak memainkan peranan kita memasing kat atas muka bumi neh.
Nak menjadi seorang suami, tanggungjawabnya amatlah besar, oke! Sebab tu aku seringkali brainwash member-member aku yang tetiba gatal nak menikah then makbapak pulak sanggup keluar duit untuk dorang bagi mengelakkan dorang tambah maksiat kat tepi pantai Tanjung Bidara. Bukanlah aku tak setuju dengan plan dorang nak mendirikan masjid; tapi nak bina masjid neh kena laa paham betul-betul selok belok pembinaannya. Takut piling tak cukup kuat nanti, tak pasal-pasal roboh lak masjid tu. Kesian para jemaah nanti.
Ilmu yang aku ada, memang tak cukup banyak untuk mengajar dorang bab-bab neh. Maka ada jugak kes yang heart-stone takmo dengar langsung nasihat dari ‘abang’ mereka yang lebih dulu meratah asam dan garam neh (muahahaha).
Kalo kes macam tu, memang aku tak salahkan mereka. Salah diri aku jugak. Sape suruh tak belajar habis-habis? Cuma, siap laa dorang kalo start bergaduh laki bini ke, main Frisbee pakai pinggan arcopal kat rumah ke; memang aku sound tepat je laa;
“Kahwin ni memang le camtu. Apa ko ingat kahwin ni senang-senang? Tak cukup ilmu di dada, jangan berumah di tepi pantai,” lebih kurang laa peribahasa yang aku dah ubahsuai ni.
Ye, kahwin memang susah. Tapi semua orang nak kahwin. Nak ada anak, ada keluarga, ada harta, ada berbagai lagi nikmat bersuami dan beristeri. Namun, bila muncul satu-satu masalah, ramai yang melupakan peranan dan tanggungjawab yang diikrar untuk dipikul ketika gatal nak menikah dulu. Mula la nak ikut keras kepala batu konkrit simen memasing.
Ingatlah, walaupun penceraian itu halal, namun ia adalah perkara terakhir yang dinasihatkan Nabi S.A.W bagi pasangan yang menghadapi masalah kerana penceraian ini tidak kira apa pun alasannya tetap dilaknat Allah S.W.T kerana ia berpunca dari nafsu syaitan yang berjaya menguasai diri kita jugak sebenarnya.
Sesungguhnya, manusia itu tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Jadi, sebelum melakukan sesuatu kesilapan, hendaklah kita memikirkan natijah dan kesan, akibat serta masalah yang bakal menyusul di kemudian hari.
Maka, sebelum kahwin, kena pikir panjang, pikir bebanyak…
Ye, marilah kita berpikir beramai-ramai andai korang juga dah terasa gatal nak kawen macam aku skang neh…
~EndOfPart1~
7 KoMen:
Klaka plak bace entri nih :))
Sume ade keinginan nk kawen pe...cpt ngan lmbt je (bler la aku nk kawen :|)
BUJAK = Bujang Terlajak.
kuikuikui...
A-keji.. ko belum Bujak lagi.. masih jauh lagi perjalanan.
aku juga berpendapat seperti ko..
aku kurg gemar org ambil lekeh isu perkahwinan. Bukan mudah kita nak duduk sebumbung dengan org yang dahulunye kita tak kenal. dengan adik beradik, mak atau ayah kita pun, kita gaduh-gaduh.. bising2.. ini kan pulak dengan org lain.
lagi2 kta ni bakal menghabiskan sisa hidup kita dgn tgk muka dia lebih kurg 14 jam sehari.. (tambah tolak pergi kerja la semua.)
org kate, u will never know that person unless u've spend time ur time living with him/her.
hurm.. tu x cmpur kalau ada anak lgi, nak didik/jaga anak tu.. kalau anak tu tak terdidik.. kan kita yg akan rsa bersalah?
bersediakah?
cam aku, konfem x sedia lagi. masih x dpt nk pikul lg tanggungjwb tu semua.
wallahualam.. kalao boleh, bila aku dh nk kawin nnt.. aku nk la bersedia dr segala aspek. cthnye; aspek mengurgkan berat badan... *larikkkk...
people around me shouldn't ask questions like when r u gonna get married coz i'm still young and i'm not even 29 yet. kalau 29 aku tak kawin-kawin haruslah aku berfreak out dengan bangganya. sekarang ni aku baru jer 25... duit nak simpan pon tak simpan2...camne nak simpan kalau asik beli barang2 tak guna jer :)) aku amat bengang dgn keadaan begini terutama sekali di family gathering!! tolong la!
lyark : from my own experience, takleh tanye bile... sbb mmg jarang tekaan kita mengena... but believe in urself, nanti lya dpt merasa nikmat kawen jugak akhirnya...
*apesal ayat aku mcm ade unsur2 keji je?
tyrark : ayat ko membuat aku terpikir... ngan adek beradek leh bersepak terajang tumbok menumbok tanpe ade belas kasehan... tapi bile aku sesak akak aku jugak yg isikan topup aku... bile kete akak aku rosak aku jugak yg dtg amek die kat hiway nuu...
itu adek beradek... kalo stranger? wah, patut arh org skang makin ramai yg snang nak bercerai... juz bcoz dorang anggap spouse dorang sebelum ini hanyalah stranger di mata dorang...
aku nak kene susun strategi baru neh...
azark : ye zah... ko mude remaja lagi zah... napsu pon mmg mcm mude remaja... nak melaram tak hengat dunia sampai ps3 pon lupe nak beli... baru je aku plan nak pinjam...
next time ade org tanye soklan2 tu kat ko, ko jawab je...
"bakal laki ai orang kaye... tak kesah laa ai nak kawen umur baper..."
kawin mmg susah..tp rasa nkcepat..bila dh kawin nyesalplak tak enjoy dulu
sat agik kawen awal,g menggatal sane sini lak.
xpuas membujang katanya.
kejadahnyer tanye bile.
sedangkan urg taem da kenduri kendara pon bule kensel.
haish!
anul : setuju! manusia neh kadang2 buat kerja ikot nafsu... bile mase die nak sesuatu tu, die main redah je...
pastu esok2 nyesal, carik alasan untuk 'undo' segala yang die buat supaya dapat memuaskan nafsu die...
huhu, manusia.. manusia...
rynark : tau pon! nak je cakap camtu kat member abam tapi rase cam keji lak... mcm nak ngajar/memberi idea pada dorang je utk lari time nak bersanding... haru woo!!
Post a Comment