Bila Sang Pujangga bermadah kata :
Melihatkan pada senario pergelutan kerajaan dalam menghendel isu subsidi minyak kebelakangan ini, sungguh laa aku melihat isu ini sebagai sangat rapuh untuk dirungkai.
Banyak pihak di parlimen berpendapat agihan subsidi ini haruslah dilakukan dengan telus dan bukan seperti sekarang di mana setiap rakyat (mahupun bukan rakyat) menerima subsidi minyak sama rata yang mungkin mencecah belanja 60 bilion ringgit satu hari nanti.
Isu ini bukan baru, malah telah diperkotak-katikkan sendiri oleh pakatan pembangkang (ketika itu) sehingga mampu membuatkan kerusi-kerusi pemimpin UMNO jadi panas tak menentu.
Aku tak suka bercerita hal politik. Sebab aku seringkali tak berpendirian tetap untuk menyokong mana-mana dasar. Semuanya aku lihat ada kepincangan tersendiri (ceh, kepincangan aku tanak pulak aku perhati).
Baru-baru ini aku terpanggil dengan idea seorang ahli parlimen yang mencadangkan subsidi ditarik-balik; maka wang tersebut bolehlah diagihkan pada golongan sasaran dengan lebih efektif lagi. Memetik ayat-ayat beliau “kita bagi sorang atau satu rumah elaun sebanyak RM500 ke untuk menampung perbelanjaan harian mereka.”
Menarik…
Wait, wait! RM500 je?
Lepas tu sambung beliau lagi;
“Saya pasti kerajaan tidak akan membazir dengan begitu banyak seperti hari ini. Mungkin kalau hari ini kita berbelanja RM40 ke RM 60 bilion, mungkin dengan cara ini sebenarnya kita cuma berbelanja RM 20 bilion sahaja.”
Erkk? Ada agenda di situ nampaknya.
Cetek akal ke? Mari kita kaji permasalahan sebenar yang menyebabkan tradisi subsidi minyak itu masih bertahan digunapakai hingga kini. Pertama, rakyat nak bekerja takde duit. Kedua, nak bekerja memerlukan minyak. Ketiga, setiap pekerjaan memerlukan perniagaan sebagai asas, dan meniaga memerlukan minyak. Maka, tanpa minyak = rakyat takleh bekerja.
Tu je ke? Yang sepatutnya lah. Namun isu yang tak sepatut timbul pun timbul gak. Bila harga minyak naik, semua harga barang naik. Sampaikan roti canai dan teh tarik yang tak berdosa itupun dijadikan mangsa kenaikan harga. Nak pulak ke kita bukak citer apa akan jadi pada rakyat kalau semua harga barang naik?
Memang tak dinafikan, simpati jugak pada kerajaan yang terpaksa bertungkus lumus cuba mencari jalan penyelesaian tentang perkara ini. Tapi, harus diingat, kita sebenarnya sedang hidup mewah tidak menepati ciri-ciri ekonomi kita yang sedia ada sekarang neh.
Kita adalah dalam kelompok negara membangun, tetapi nilai ekonomi kita berada pada tahap negara maju. Kita berbelanja seolah-olah orang Amerika tapi bergajikan nilai petani Argentina. Kan dah nampak tak balance di situ?
Bagaimanapun perbelanjaan ini perlu. Kerana negara ada target yang perlu dicapai. Kita semakin menghampiri 2020 jadi segala usaha untuk memantapkan pembangunan negara perlu dilakukan secara ekspress. Lantas, subsidi minyak ini diperlukan rakyat untuk memajukan ekonomi sendiri serta dengan harapan mampu memberi tempias pada negara satu hari nanti.
Masalah, tetap jua satu masalah. Sebelum ni timbul isu harga beras. Sampaikan ada yang menyarankan makan kentang or keledek menggantikan nasi. Sarapan kentang lemak, makan tengahhari keledek ayam dan makan keledek berulamkan kentang diwaktu malam. Kejadahnya semua ini?
Kini minyak pula dilarang dijual pada warga asing dalam lingkungan 50 kilometer sebelum sempadan.
Tak terfikir ke untuk mereka-mereka yang berulang-alik di sekitar 50 kilometer itu? Macammana pulak kalau ada emergency? Tambang bas pun sekarang sudah mula dipersoalkan berikutan tak dapat bekalan minyak dalam negara untuk menjalankan perniagaan ke luar sempadan. Selepas ni apa pulak?
Ideologi pengagihan subsidi secara telus kepada golongan sasar adalah amat oke! Namun perlaksanaannya dilihat sangat membimbangkan. Sedangkan agihan zakat dan baitulmal pada ketika ini pun masih diragui, masih banyak yang perlu diperbaiki, inikan pulak pensubsidian minyak yang tak pernah-pernah dipraktikkan ini.
Apa pula jenis golongan sasar? Apa nasib untuk peniaga-peniaga bumiputera yang baru nak up? Terpaksa menyusun semula strategi perniagaan dan dinafikan hak pensubsidian semata-mata kerana mereka telah mampu membuat income 5 angka sebulan? Taknak kaji ke berapa pulak modal pusingan yang mereka perlu susun semula dan diperuntukkan untuk survive perniagaan diorang? Siapa yang nak kaji? Dari aspek mana yang nak diberi perhatian kalau istilah “mungkin dengan cara ini sebenarnya kita cuma berbelanja RM20 bilion sahaja” digunapakai?
Okeh, cuba kita berangan kejap dalam kepala hotak kita yang dengkal neh. Kita bayangkan kerajaan kita jadi peniaga, dan peniaga kita sekarang neh jadi kerajaan. Tapi ingat, tanggungjawab masing-masing tak berubah tau.
So, bayangkan kerajaan (peniaga) nak memaksimakan keuntungan, maka dorang naikkan harga minyak sebab tanak menampung kerugian yang tak diperlukan itu. (adat laa kalau dah namanya meniaga, kan?)
Jadi si peniaga (kerajaan) mahu tak mahu terpaksa menerima keadaan ini. Maka mereka mula menyusun atur strategi untuk meminimakan kerugian, dengan menaikkan harga produk jualan yang paling boleh diterima pelanggan (rakyat) agar mereka tak hilang punca rezeki (undi). Yang terseksa; pelanggan = rakyat.
Okeh, sekarang kita kembalikan golongan ini kepada kedudukan asal. Ada nampak perbezaan tak antara dua golongan neh masa kita tukarkan dorang tadi?
Huh, takkan lah sampai begitu sekali cetek ilmu kerajaan kita dalam usaha nak menyelesaikan persoalan ini? Tak mungkin. Kerajaan kita sangat kukuh dengan dasar-dasar pembangunan negaranya yang mahu memantapkan ekonomi rakyat. Anggota kabinet dibariskan dengan satu senarai tokoh-tokoh mantap yang mampu memacu arus pembangunan negara. Sesungguhnya usaha mereka itu bukanlah mudah. Tidak semudah untuk memrealisasikan impian pengagihan subsidi yang lebih telus itu,
mahupun tak semudah untuk mereka nak merangka jalan terbaik menyelesaikan penanggungan subsidi yang semakin berlipat kali ganda.
Kesian Pak Lah!
~Ai Tak Mau Masuk ISA, Ai Blom Kawen, Oke!~
2 KoMen:
pendapat aku, malaysia masih ada jurang yang besar antara yang kaya dan yang miskin. masih ramai tak berkemampuan dan ada segelintir yang hidup mewah.
dan untuk compete dengan pasaran ekonomi dunia adalah amat sukar, lebih-lebih lagi kita ni masih lagi sebuah negara yang membangun. kalau di dunia harga minyak naik, susah kerajaan nak mengatasi masalah itu memandangkan bukan semua rakyat boleh hidup dengan harga minyak yg semakin tinggi. bila naikkan subsidi, kerajaan terpaksa tanggung perbelanjaan yang lebih besar/kerugian. kalau tak diberi subsidi, rakyat yang terseksa.
jadi, diluah mati emak, ditelan mati bapak.
apa yang kau fikirkan, begitulah jua apa yang aku fikirkan mengenai isu-isu kat malaysia ni.
susah jadi PM ni. pusing sini sana semua masalah naik.
kau dan aku memang same... jantina je lain2... :-P
Post a Comment