Bila Sang Pujangga bermadah kata :
Aku teringat dekat orang yang nak cari ‘petua lantai licin’ tapi tersangkut dekat blog Tirah (Wakakaka). Kat sini aku nak kongsi petua tahan lama yang aku dapat dari forwarded email.
KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 Disember 2008. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun
NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi.
Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke. (Adab sivik pun nak kena ajar ke?)
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayar le zakat utk barang kemas tu atau pakai je.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...
PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat, elak guna washing machines.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
....BAJU SENDIRI SIMPAN.
KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. Tutup elok2. jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk.
Bayar loan bulan2. sampai abis loan. Gerenti tahan lama.
KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan baca bismillah dan doa akhir makan. Doa dan ucap alhamdullillah...
UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak
ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisaplah......!!!!, Letak atas meja dan pandang je.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat haaaa....
TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang. :-p
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!
Petua Tercekik Tulang
Ini pun petua jugak. Tapi petua yang lagi best. Tak nyesal kalo korang baca. Sebagaimana yang korang boleh amati, ini bukanlah hasil tulisan aku. Sebab aku takde ciri-ciri macam penulis ni (heheh!) Tapi, kalau dah namanya ilmu tu, apa salahnya pass kat orang lain,
---> Aku datang dari keluarga yang besar; 16 adik beradik. Bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yang suka stail aku, apabila aku bawa
Masa makan, aku pun duduklah cara Nabi… (sila rujuk ustaz anda) Lalu ada yang sound:
"Apahal duduk macam nak berlari ajer..."
"Tak baik lutut tinggi pada makanan…"
"Ni duduk ke nak berak nie…?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen... Aku pun basuh tangan…
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan, sunnah Nabi adalah basuh kedua-dua tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. - Hutang kereta/rumah/kahwin/study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir, ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak orang miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke Inconnel 601? Nak pakai colour camne? Metallic ke cooper?
Biasa korang belajar doa makan macam ni:
"Allahummabariklana…” (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi). Kemudian, ada pulak suara-suara yang sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"
Aku kata:
"Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok-elok habis nasi satu pinggang!!!"
Tapi oleh kerana aku sorang jer yang makan dengan tiga jari, orang lain makan dengan
Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh...
Diorang tegur:
"Essh..pengotor betullah."
Aku kata:
"Apa pulak kotor; aku makan nasi, bukan taik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat-jilat jari nie? Lucah betul!!" tanya diorang lagi pada aku…
"Makan ayam sedap sampai ke kaki... Makan sate sedap sampai ke lidi, heh heh heh," kataku...
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan; err… maksud aku cara Nabi makan... Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya:
“Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?”
Abang aku kata:
“Sebab tengkuk lembu berat... bla bla bla…”
Aku kata:
"Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!! Ha ha ha!!! (tak lawak)"
Aku menyambung:
"Penting makan cara Nabi sebab kita hari-hari makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer. Namun bila korang makan macam Nabi S.A.W makan, maka di kira ibadat… Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang… Hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah."
Tiba-tiba mak aku tercekik tulang ikan… (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, mak aku mendapat nasihat secara berperingkat; ada yang sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain-lain. Tapi masih tak berjaya…
Kesian mak aku...
"Huh! Hamka, takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne? Cakap terer…" kata abang aku.
Aku kata:
"Senang sajer... Mak angkat kedua-dua tangan ke atas…"
Mak aku pun buat… Tapi masih tak jadi…
Aku kata:
"Lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus...!!!" (bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas…)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! " HA HA HA… (semua org ketawa) Nasi berhembur-hembur di
He he he... Selamat mencuba, ni bukan hadith… Just pengalaman.
P/S: Sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk), sesungguhnya penulis tidak bertanggungjawab!!!
~EndOfKopiPasta~
5 KoMen:
Opah ai kate...kalo kite tcekik tulang, kite seru name org yg lahir songsang (cthnye, ehem2.."Oo..Yah, lepasknlah cekik tulang aku nih"). Opah ai kate tuh petua org tua2 :|..ai dh cbe waktu tcekik tulang ikan lome lu, mmg mujarab....hehe:D
Psst: Yg lahir songsang jer, dkalangan famili masing2 okay!
mane ai tau sape yg lahir songsang lam femili ai... bukan ade tulis lam sorat banak pon... hehe...
kalo betul menjadi, kira bagus arr...
eh... bukan kete kalau simpn lame2 akan rosak ke??
aku meragui petua tercekik tulng tu... sungguh xde sivik!.. hahahahaha...
ajai.. mane petua korek dubur ko? *larikkkkkkkkk
aku dah pernah baca semua ini :|
tyrark : rasenye kerosakan yg ditanggung tak semahal duit minyak dan mentenen yg diabeskan andaikata melaram dgn kete baru merayap sana sini kot...
ohh, blom try blom tau bebeh... cuba dulu petua tu baru tau tahap kesivikkannye...
petua korek dubur sedang dianalisis sbb ai sendirik nak korek dubur ai pon amat susah oke! maklum laa baru pes taim... wakakakaka...
azark : dah name pon kopi pasta makcik oi...
Post a Comment