Bila Sang Pujangga bermadah kata :
Tahukah anda perkataan inggeris ‘truly’ sebenarnya berasal dari sebuah perkataan lama ketika di zaman pertengahan eropah iaitu ‘trully’ (T-rul-ly). Ramai yang berpendapat kewujudan dua huruf L ketika itu adalah atas dasar penekanan kepada maksud ‘true’ itu sendiri.
Umum mengetahui kata dasar bagi ‘truly’ adalah ‘true’. Bagaimanapun ketika di zaman itu para cendekiawan bahasa berpendapat adalah penting dan mandatori untuk memperkuatkan sebutan ‘trul’ kerana rata-ratanya perkataan itu digunakan untuk menjelaskan eksperesi yang sangat lantang kepada pendengarnya.
Contoh:
“I’m trully madly deeply in love with you!” atau;
“I’m trully angry with you right now!”
Namun setelah penyeragaman bahasa dilakukan ketika zaman Raja Charles IX, huruf L tersebut dimansuhkan kerana kurang praktikal bagi memperkenalkan bahasa inggeris kepada dunia luar. Ia dilihat kurang seragam dan sukar untuk diterapkan dalam pemahaman minda anak-anak muda yang baru mula belajar menulis bahasa inggeris. Maka terhasillah perkataan ‘truly’ yang kita kenali pada hari ini.
Akan tetapi di sebalik penggunaan perkataan ini yang menggariskan cuma satu ‘L’ dalam ejaannya, ramai yang masih menyebut perkataan ‘truly’ seakan-akan berbunyi ‘trul-ly’ bagi menjelaskan intonasi dan definisi sebenar perkataan itu apabila digunakan dalam percakapan seharian. Inilah yang dipanggil sebagai ‘loud L’ (L bising) yang merupakan berlawanan dengan ‘silent letter’ yang banyak digunakan dalam bahasa inggeris.
Contoh ‘silent letter’:
Gnome = hanya disebut sebagai ‘nome’ tanpa memperdengarkan bunyi huruf ‘G‘ (silent G) itu.
An hour = disebut sebagai ‘our’ atau ‘ours’ (silent H). Untuk mengelakkan kekeliruan dengan perkataan ‘our’ (kita) perkataan ini digunakan dengan kata bilangan yang bersesuai; ‘an hour’ (an our) membawa maksud satu jam, couple/several hours (beberapa jam) di mana perkataan ‘our’ (kita) tidak memiliki hukum ‘plural’ yang memerlukan huruf S kerana ‘our’ (kita) sudah membawa maksud ‘ramai’. Jadi kekeliruan percanggahan perkataan tidak wujud di sini.
Di dalam kes ‘trully’, loud L ini bukan sahaja seringkali digunakan dalam percakapan malahan kadangkala ia masih diguna dalam penulisan akibat sudah terbiasa dengan perkataan ‘purba’ ini. Masih ramai yang menggunakan perkataan ‘trully’ di seluruh dunia jika anda perhatikan betul-betul.
Jadi, selepas ini, sekiranya anda terjumpa penggunaan perkataan ‘trully’, usahlah terlalu cetek akal untuk beranggapan ada kesilapan ejaan di situ tapi sebaliknya penggunaannya lebih membawa maksud penekanan (emphasis) pada perkataan tersebut.
Gllad to share this useful info with all you guys out there….
Erk?! Typo lagi?
Tahukah anda perkataan ‘glad’ berasal dari bahasa Sanskrit lama iaitu ‘gllad’ bla bla bla bla bla…
~EndOfMentipuk~
Tiada Niat Sentuh Isu Sensitif, Mas Idayu Tak Tahu Janna Nick Buat Rawatan
IVF
-
Penyanyi, Mas Idayu menerima hentaman daripada orang ramai apabila
dikatakan tidak sensitif dengan isu pengacara Famili Duo, Janna Nick yang
masih cuba u...
8 hours ago
10 KoMen:
moskel.
moskel.
samting berbau hanyir.
apsal makin lama makin pjg entri ko neh?
semput aku nak baca.. pasni buat bersiri, oke! :))
eh jap!
our ada s la..
ours = kepunyaan kita
heh!
ryn: tggu esok le sayam (selasa), insya-Allah terjelas sgala kemusykilan anda ituh...
pish: erk, aku lupe arr pish... tapi, ape2 hal pon aku tatap mentipuk jugak kan? :-p
aku buat panjang2 sebab aku byk mase terluang dan posting aku pon jarang2... hasilnya posting yg panjang ler... wakakaka...
aku ukan namo wat bersiri, aku takut takleh nak kecap je jap gi sbb udah pening nak defragment balik pale otak hang tu melayan cerita ceriti aku neh... bace je slow2, aku bukan bagi dateline pon, kuheh kuheh kuheh...
eRK :|
aKu BaRu Je BuaT eNTRy TaJuK "TRuLy"
aMaT x SgKe Ko PuNYe LaTeST eNTRy aDeLaH TruLy GaK :|
JgN KaTe aKu TiRu oKe !
Wah...bleyh jadik cikgu omputih ni..hehe
muahahhahahah !=))
terkantoi salah eja atas kad =))
oh.. baru aku ketahui akan hakikat ini...
syabas cekgu ajai.. :)
wana : kalo dah sehati sejiwa mmg tak kemana...
epal : ye ke? cekgu pembohong! bole laa...
rynn : syhhh... diam2 udeh...
tyra : sesungguhnya, dalam dunia neh maseh terlalu banyak mende yg kite tarak tau...
Post a Comment