18.11.09

BOLASEPAK EVOLUSI PRO

Sedikit sejarah berkenaan aku dan permainan komputer bolasepak yang pernah aku main.

Game pertama aku main adalah FIFA 98. Ketika itu, nama Zinedine Zidane menjadi sebutan para peminat bola mengalahkan mat jambu dari England yang bernama David Beckham (heheh).

Dari situ, aku mula rajin bermain game FIFA. Mula bosan dengan aturan permainan, aku berjinak-jinak dengan mode ‘edit player & team’. Nama-nama rakan sekelas dan member seperlepakan telah aku cilok dan abadikan mereka untuk aku menghasilkan sebuah team yang tiada tertanding kehebatannya biarpun masing-masing aku setkan setakat warganegara Malaysia je (keh keh).

Melihat seorang kenalan yang berjaya menyeludup laptop masuk ke dalam kelas ketika zaman SPM aku hampir tiba; memperkenalkan pula aku pada game FIFA Manager. Kenalan yang bernama Pian itu mengajarku dimensi baru dalam permainan komputer berasaskan bolasepak di mana anda tak perlu sentiasa bermain bola untuk membuktikan yang anda terer mengenai bola. Dengan menjadi pengurus yang baik memberi lebih pulangan dan kepuasan tersendiri apabila keseluruhan pasukan terpaksa mendengar arahan yang telah anda tentukan.

Aku sudah merasa cukup puas dengan game tersebut buat dua atau tiga tahun berikutnya sebelum aku diperkenalkan pula dengan Winning Eleven. Tapi aku tak suka dengan Winning Eleven sebab ia bukan game manager malah pengulasnya juga berbahasa jepun. Sesuatu yang amat kelakar apabila aku hayati.

Tapi KONAMI (syarikat pengeluar Winning Eleven) ada mengeluarkan versi eropah yang bernama Pro Evolution Soccer (PES) dan aku hanya mengetahui akannya pada tahun 2007. Sejak itu, aku menjadi peminat setianya (walaupun aku tak bermain sebab aku tak reti pakai controller keyboard) untuk mendapat kepuasan gameplay AI yang menarik berserta kualiti grafik mengagumkan.

Malah ‘edit mode’ yang aku rindui ketika zaman bermain FIFA dulu juga tampak lebih menarik dalam game ini kerana dengan cara yang betul, anda mampu mempotretkan wajah yang hampir serupa dengan watak yang sedang anda adaptasi ke dalam game. Ya, ia mengambil masa dan usaha yang berlipat ganda tetapi setelah melihat setiap seorang pemain anda yang memiliki nama yang anda kenal serta wajah pun serupa, segalanya menjadi berbaloi.

Cuma masih lagi ada masalah dengan game ini. Seringkali mereka gagal menyaingi pengeluar game FIFA dalam mendapatkan lesen untuk mengguna pakai nama sebenar pasukan-pasukan liga inggeris dan baju jersi mereka, yang mana akhirnya mereka menggunakan nama tipu dan jersi buatan sendiri yang amat hodoh.

Ketika aku mula-mula berjinak dengan internet beberapa tahun lepas, ada seorang kenalan dalam YM aku yang begitu teruja menceritakan aku bagaimana dia dapat bermain PES dengan kesemua nama pasukan dan kit jersi yang lengkap. Aku menjadi hairan, lantas dia menjelaskan bahawa KONAMI akan membeli lesen setelah beberapa bulan game dilancarkan kerana pada masa itu yuran lesen menjadi semakin murah. Maka mereka akan melancarkan version yang baru yang telah di-update.

Sebagaimana anda yang sedang membaca ayat aku tadi, sebegitu jugalah aku tertipu dengan dakyah omongan beliau. Bagaimana aku tahu aku tertipu?



Nak dijadikan kisah sebelum PES 2010 dilancarkan, aku berusaha membuat kajian di internet untuk mendapatkan maklumat mengenai jersi di dalam game ini bagi versi 2010. Kerana kebiasaannya hanya terdapat dua pasukan yang ada lesen untuk digunakan nama dan jersi mereka oleh pihak KONAMI. Sebagai contohnya tahun 2009 hanya pasukan Manchester United dan Liverpool sahaja yang memaparkan nama, logo dan kit jersi sebenar.

Aku berharap 2010 ini, pasukan Arsenal pula akan mendapat pengiktirafan seperti ketika aku mula-mula bermain di tahun 2007 dulu.

Tetapi ketika usaha meng-google dilakukan, secara tak sengaja aku telah di-link-kan ke website yang memaparkan patch untuk kitserver bagi game PES 2009. Penuh dengan rasa minat dan ingin ketahuan, aku mengkaji apakah fungsi patch ini sebenarnya dan barulah aku tahu bahawa patch inilah sebenarnya yang membolehkan penggemar PES meng-update nama dan jersi pasukan, beserta dengan maklumat perpindahan pemain yang terbaru sekali.

Aku cuba meng-apply-kan patch ini dalam PES 2009 aku. Walaupun mula-mula agak payah dan konfius, tapi akhirnya aku berjaya dan menjadi excited dengan penambahan kualiti pada kepuasan bermain ini.

Beberapa minggu selepas itu, setelah PES 2010 menjengah pasaran, tanpa berlengah aku terus mencari patch yang baru dan kini aku boleh bermain game PES di tahap di mana ramai yang
masih tidak tahu mengenainya.




Aku sudah stop bermain FIFA Manager semenjak tahun lepas setelah EA Sport (pengeluar game FIFA) berjaya meletakkan bug di dalam siri francaisnya di mana bug ini aktif sekiranya anda membeli salinan cetak rompak mereka. Ketulahan yang bug ini berikan adalah ia berfungsi seperti game demo. Setelah anda bermain selama satu musim, secara automatik anda akan dipecat dari jawatan pengurus dan terpaksa memilih pasukan lain biarpun anda bermain dengan cemerlang sehingga membawa pasukan anda memenangi Champions League.

Maka tahun ini aku tobat tanak beli game FIFA lagi dah. Aku ada cuba bermain Championship Manager 2010 (CM 2010) tetapi terlalu banyak bug di dalamnya yang membuatkan game crash ketika bermain. Yang paling darurat adalah aku perlu ‘exit to windows’ setiap kali aku mahu save game yang mana bagi aku sangat tak masuk akal dan sangat membuang masa.

Bagaimanapun ada penyelesaiannya. Bagi peminat CM yang menghadapi masalah ini, anda boleh mendapatkan game Football Manager keluaran Sport Interactive kerana syarikat ini merupakan pecahan kepada syarikat Eidos yang menghasilkan Championship Manager. Jadi menu dan format bagi kedua-dua game ini tidak banyak berbeza sekiranya anda sudah biasa bermain CM selama ini. Malah aku juga telah men-download patch logo dan gambar pemain seperti yang aku lakukan pada game PES aku dan ini bermakna anda tidak perlu lagi bermain dengan logo tipu seperti dalam CM versi terdahulu.

Tetapi memandangkan aku sudah ada PES 2010, maka semua game yang lain aku anggap sebagai sampah sahaja (muahaha). Apatah lagi dengan sebegitu banyak pemeringkatan menarik yang ditawarkan dalam PES terutama Master League mode.

Izinkan aku cerita sikit pembaharuan PES 2010 ini. Di dalam Master League, anda tidak akan lagi menggunakan ‘points’ sebagai matawang untuk membeli pemain sebaliknya matawang Euro akan digunakan. Ia menjadikan game lebih realistik. Tidak ada lagi system ranking S, A, B, C dan D untuk menentukan populariti pasukan sebaliknya ia akan ditentukan melalui overall rating pemain-pemain anda. Anda juga boleh mendapat wang melalui konsep penajaan di mana di awal musim anda akan diberi kontrak yang akan menentukan berapa ratus ribu yang anda akan perolehi bila menang satu-satu perlawanan. Hasil jualan tiket stadium juga tidak dilupakan.

Anda tidak boleh meng-edit liga anda sendiri sebaliknya setiap liga telah ditetapkan pasukannya berserta syarat-syarat liga. Sebagai contoh dalam liga inggeris, setiap pemain yang diberikan kad merah secara langsung akan digantung 2 perlawanan manakala yang mandapat dua kad kuning dalam satu perlawanan cuma digantung 1 perlawanan. Untuk option ini anda boleh mengubahnya tapi bagi aku lebih baik dibiarkan format begitu. Lebih real.

Dan Champions League mode juga telah diasimilasikan ke dalam mode Master League ini. Menariknya apabila pasukan anda layak beraksi dalam Champions League, logo bola kecil yang ditampal pada lengan baju akan turut kelihatan seperti dalam perlawanan sebenar.

Satu lagi yang menarik, kini anda tidak perlu bermain setiap perlawanan dalam liga. Andaikata anda akan bertemu sebuah pasukan kerdil dalam saingan piala FA, anda boleh pilih option ‘Leave this game to the coach’ dan ia akan stimulate game itu secara automatik. Anda juga boleh menggaji coach, goalkeeper coach, youth coach, dan scout pada harga yang anda tentukan sendiri mengikut kemampuan kewangan kelab. Ya, mereka ada youth player, cuma kebanyakannya adalah nama rekaan dan pemain yang sudah bersara.

Berkenaan dengan game plan setting, terdapat perubahan mendadak yang akan membuatkan anda menjerit “WTF?!” bila kali pertama anda melihatnya. Ia sama sekali tiada persamaan langsung dengan PES 2009. Malah ada ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan pembaharuan ini dan menganggap untuk setting strategi umpama mahu menerbangkan roket ke angkasa lepas.

Nasihat aku sila ‘try and error’ dulu. Memang aku sendiri pun mengalami kesukaran mengenainya namun ada feature baru yang menarik yang berjaya membantu aku untuk mengurus pasukan dengan lebih baik. Terdapat satu menu baru dalam game plan yang bernama ‘assisted setting’ di mana anda mampu preset pasukan anda secara automatik bagi setiap game sekiranya anda ingin menjaga fatigue pemain atau memberi peluang pemain baru yang menonjolkan persembahan menarik untuk diturunkan sebagai first eleven.

Apa pun, mencari bakat baru kini lebih mudah apabila anda ada scout anda sendiri. Setiap pemain akan memiliki ratingnya sendiri gabungan dari attribute dan form pemain. Jadi tidak sukar untuk anda melihat mana satu pemain muda yang sedang perform dan memiliki bakat untuk menjadi pemain hebat. Cuma aku dapati amat sukar untuk aku membeli pemain bintang ternama dari kelab lain kecuali overall rating mereka sudah turun bawah 85 kerana terpaksa berebut tempat dengan pemain lain di posisi sama. Tapi setakat neh bakat baru yang aku beli memang jarang mengecewakan dan mereka mudah menempatkan diri di kalangan bintang dalam pasukan aku. Dan harga mereka juga jauh lebih murah! Jimat, pakcik kayo!

Dari segi grafik, ia cukup memuaskan hati sekiranya anda memiliki grafik kad yang berkemampuan. Baru kini aku paham kenapa KONAMI merevolusi paparan grafik ketika PES 2008 dilancarkan walaupun ketika itu ia nampak macam belon. Selepas 2 tahun, grafik belon itu akhirnya diterjemah melalui penghalusan belon 3D itu untuk menampakkan skin pemain yang lebih cantik dan real. Kalau pun ada yang aku tak setuju, cuma wajah Messi yang aku rasakan dibuat terlalu jambu dari wajah sebenar (ke sebab aku dah beralih arah?).

Pergh, boleh tahan gak panjangnya aku membebel kali ni. Apa pun, bagi peminat PES, sila dapatkan game ini di pasaran kerana ia amat berkualiti dan memuaskan. Itupun kalau komputer anda baru berusia 2-3 tahun. Jika tak, aku pun tak berani jamin. Huehuahuahuahue…

6 KoMen:

Nazra~ said...

wah panjangnya entri. dh mcm cerpen lak :D

Mohammad Al-Aiman said...

betul kata awek diatas
mmg entri ni dicilok
haha
sbb ko mmg malas nk buat entri pajang2 berkenaan ngan bola
ak tau
kalau bab cinta mmg panjang la kn

tp
satu jer yg ak nk komen

'biler nk jd manager team futsal kite?'

=D

Mak Su said...

bila nak challenge maksu main game ni, maksu hervat tau, dan maksu ada pemain simpanan yang pro

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

naz : aku kalo diajak membebel pasal bola, macam ni laa jadinya...

aiman : hepp, fitnah tu. bila masa aku cilok? kalo ade pon aku cuma buat review balik kat website2 berkaitan.

boleh je aku nak jadi manager. nanti kita bincang kontrak ye. yuran tandatangan telah aku tetapkan sebanyak 2.5 juta. sikit je tu kalo dibandingkan mourinho.

maksu : sape pemain simpanan maksu? paksu kah? keh keh keh...

muhammad fikri said...

ble lg jai..
aku da lme tggu nie..
hahaha

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

tggu laa sampai berjanggut bagai. huhu...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?