13.11.09

PEMBÉKAPAN

“Malam ni Nur Kasih…”
“Tau, aku ingat aku nak buat blog pasal Nur Kasih laa…”
“Lagi sekali?”
“Eh, selagi season belum habis, suka hati laa nak citer banyak mana pun…” :P



Pernahkah anda (soklan untuk peminat-peminat Nur Kasih sahaja) bertemu dengan komen seperti berikut; tak kira laa dalam blog ke atau facebook ke :
‘Drama neh bagus, tapi harap-harap tak akan menjadi meleret-leret sangat macam cerita Indon.’

Haha, komen yang inesen bunyinya kan?
Bagi aku, TIDAK! Boleh blah laa sape-sape yang berpikiran kolot camneh.
Kenapa? Ada dua sebab :



1) Kalau dah tau drama neh bagus, kenapa perlu disamakan dengan drama Indon yang meleret-leret? Drama apakah yang sedang dirujuk ini? Setakat nak bandingkan dengan drama seperti Bawang Putih Bawang Merah ke? Ceh, pendek akal sungguh laa. Ada ke cerita tangkap muat sambil buat CGI pari-pari yang tak kena tempat tu nak dijadikan perbandingan dengan drama yang dibikin secara serius dan bersungguh-sungguh macam neh?

2) Dan kenapa drama Indon yang menjadi mangsa stigma pulak? Apakah Lalola, Mis Tres Hermanas, La Usurpadora, Yo Soy Betty La Fea, The Bold And Beautiful, Manjalara, Oshin, itu tidak meleret-leret sifatnya? Apakah siri-siri yang aku sebutkan tadi dianggap tak best? Adakah ia tergolong pula sebagai drama Indon? Dan; kalau drama/cerita/filem Indon itu tidak meleret-leret, apakah ia masih akan dianggap sebagai best, tidak pula dikatakan sebagai menyemak dalam jadual penyiaran TV dan membuang masa semata-mata seperti yang sering dilaungkan pengkomen-pengkomen pro-Malaysia itu?



Aku pernah tengok cerita hindi. Aku pernah tengok cerita tamil. Aku pernah tengok cerita perancis. Aku pernah tengok cerita arab. Aku pernah tengok cerita amerika selatan dan utara sekalipun.

Aku boleh mengklasifikasikan cerita mana yang best dan tak best mengikut selera aku. Yang aku tak paham tu, kalau ada cerita yang tak best, kenapa satu negara pulak dapat nama busuk? Apakah cerita-cerita kita di Malaysia neh semuanya berkualiti SANGAT?

Sila kreatif dalam kritis!



~Haih, asyik-asyik nak ajak bertekak, pastu tanya pulak apasal aku nak marah-marah. Ceh!~

6 KoMen:

mamarempit said...

malas nk tgk citer bersiri....

tp akak layan cite Noktah Pilu TV2 mlm tadi...best gak....

drama kite best....cume cara penceritaan je nk kena ikut kehendak pnonton....

ni pndapat akak la

dekboy said...

aku sependapat dengan encik ajai kita....hehehe

..membandingkan sesuatu yang elok pada sesuatu yang tidak elok ada bertujuan untuk menanpakkan sesuatu yang elok itu lebih bersifat sempurna..hahaha..harap kau nampak apa point dia kat situ...

tp jgn lupa drama melayu pun ada gak yang b*nga*g nya dan tahap sampah..cth yang lebih hampir dengan kita...naskah2 encik usop selam kita...meleret2 jugak kan...

sebenarnya orang mengomen tu juga adalah peminat drama indon..pecaya la..klau tak mana dia tau drama indon meleret2..wakakaka!!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

mama : betul tu mama. saya pun rajin gak menonton drama kat RTM (mak saya yang pasang, bukan saya. sumpah!)

secara dasarnya skrip dorang memang menarik. tapi tu laa, perkara2 yg lain yg byk mencacatkan persembahan. kalau dibuat bersungguh2, mmg ada byk drama berkualiti kat malaysia neh sebenarnye.

dekboy : wah, sungguh mendalam!

drama usop selam mmg tak boleh blah. filem rajak moden juga 2x5. org mcm neh laa yg patut dikutuk/dikomen sekeras-kerasnya before kita nak hina karya dari indon. or at least kalo kita nak kutuk cerita negara lain pun, sebutkan tajuk karya supaya boleh dibuat rujukan. kan? kan?

"klau tak mana dia tau drama indon meleret2" keh keh keh, kecik2 dah pandai bagi org makan dalam...

Nazra~ said...

ala yg penting hati dah suka kan. manusia kan lelain peel nya :D

Mak Su said...

maksu nak tgk biggest looser asia

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

naz : betul tu naz! :D

maksu : rase teringin pulak nak join. layak ke saya neh sbb walaupun saya agak big, tapi saya tetap menten comel (hak tuihh!)

Post a Comment

Any Comment? Anybody?