5.11.09

PAST TENSE 2 : EMMA 4 OKTOBER

Well, neh gambar sebelum aku dapat gambar dari Galway hari tu. Tapi lambat sikit nak upload sebab gambar-gambar penting kebanyakannya dalam henset member aku, iaitu encik Syariz.

Asyik terlupa je nak mintak Bluentooth ngan dia. Jumpa pun seminggu sekali je.

Al kisahnya pula gambar ini diambil ketika majlis persandingan salah seorang teman sekolah aku tapi bukan sekelas. Beliau pernah di highlight dalam blog aku neh dalam episod ‘ROAD TO PD’ yang lepas. Nama beliau adalah Ermawati tapi aku panggil Emma je.

Ini merupakan hari bersejarah buat beliau; suami beliau, dan dua lagi jiwa yang lain. Aku tanak laa kecoh-kecoh atau gosip-gosipkan di sini sebab amat penting untuk aku jaga hati insan-insan yang aku ambik berat neh.

Apa-apa hal pun antara tujuan asal dorang berkahwin adalah disebabkan mak bapak si Emma ni akan pergi menunaikan haji tahun ini. Alhamdulillah. Tapi kat rumah dorang nanti dah takde orang laki yang akan menjaga beliau dan adik perempuannya. Maka elok sangatlah dikahwinkan sebelum berangkat ke tanah suci. Bak kata orang bila pergi naik haji ni sama macam pergi berjihad jugak.

Salah seorang rakan ‘seperlepakan’ aku pun, encik Mohd. Khairil Amri pun berkemungkinan akan dijodohkan dalam masa terdekat setahun dua neh sebab mak bapak beliau pun ada planning yang sama. Tak pelik pun, sebab beliau memang ‘liar’ orangnya dan memang ada keperluan untuk ada orang tengok-tengokkan. Wakakakaka. Tunggu laa jodoh dia nanti macam mana. Aku? Aku maintain sepi beb!

Macam biasa, soklan paling wajib berkumandang di udara ketika itu tak lain tak bukan adalah “Ko bila lagi?”. Biasanya pompuan lah yang terkena tempiasnya. Laki-laki macho macam aku neh buat tak heran je sebab kami tau kami makin tua makin laku. Lalalala…

Tapi tetap menjadi satu sentapan bila tengok member-member perempuan yang satu ketika dulu pernah seronok bertepuk tampar dengan aku; tetiba di hari itu mengendong anak kecil yang comel tapi kuat memerintah dan galak menangis di khalayak umum. Tengok kanak-kanak seusia 2-3 tahun berlari-lari di halaman rumah, rasa macam tak percaya je masing-masing sudah bertaraf makcik biarpun aku masih kekal sebagai teruna hot idaman se-Malaya (geli laa mat).


Ahh, tak sabarnya rasa nak ‘buat’ anak.




*Walimatul urus



*Jamu mempelai



*Raja dan Rani sehari



*Pengantin dan kaki-kaki penyibuk yang suka aktiviti makan free.



“Eh, ko kat mana Jai?”

“Tu, belakang kamera tu.”



~Heh, macam laa ada orang nak kat aku pun~

7 KoMen:

nur'ain said...

kehkeh. mat, macam org selalu ckp la, jodoh ni kerja tuhan. ko mintak je kat dia. bila time tu tiba, tup tup ko plk bg kad kawen. tak gitu? ko kan teruna hot idaman se-Malaya.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

babe (kata antonim untuk 'mat'), gua suke gile arr bila lu puji gua seikhlas hati mcm neh terutama ayat terakhir tu. neh yg gua tetiba rasa nak perasan hot neh...

M!$$_R@!N said...

x sabar nak kawen...
tapi nGan SAPA??
:(( waaaaaaaaaaaa....
akeji.. rekemen arr sorang

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

tak kenal laa sesapa yg bernama 'sorang'. lalalala...

Rizal said...

nak buat anak??
fuh...giler ah..
cepat2la jai,aku tggu ko nie..

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

nak buat anak pon nak tgk ke? sadis btol laa ngko neh...

Anonymous said...

miley cyrus nude [url=http://www.pyzam.com/profile/3311871]miley cyrus nude[/url] miley cyrus nude [url=http://educationorb.com/dias/user/view.php?id=3529&course=1]miley cyrus nude[/url]

Post a Comment

Any Comment? Anybody?