2.12.09

DUA-RIBU-DUA-BELAS

Niat aku sebenarnya adalah mahu meletakkan link ke satu blog yang aku terserempak secara tak sengaja beberapa minggu lepas. Tapi bila aku carik-carik dalam page history, tak ketemu pula.

Takpelah, aku masih ingat apa yang blog tu cuba sampaikan. Tapi ringkasnya aku akan cuba memplagiat kembali sesi dialog beliau bersama rakan beliau dalam entri tu.


Mamat A : “Rugi sebab semalam kau tak dapat join aku dengar ceramah kat surau tu.”
Mamat B : “Oh ye ke, tajuk apa?”
Mamat A : “Pasal kiamat.”
Mamat B : “Laa ye ke? Kebetulan aku pun dalam perjalanan nak dengar ceramah kiamat jugak neh.”
Mamat A : “Betul ke? Surau mana? Tajuk apa? Siapa penceramahnya?”
Mamat B : “Tajuk 2012, di pawagam berhampiran anda.”

*Butiran ayat telah di-edit sebab daya memori saya tidaklah sehebat mana pun sebenarnya.


Kalau aku tak silap, aku terjumpa entri tu kat dalam blog ini. Tapi bila aku kuis-kuis arkibnya, tak jumpa pulak entri yang aku carik. Sekiranya si tuan penulis ada membaca blog aku ni, dan dapat tangkap ayat yang dikarang di atas mempunyai persamaan dengan cerita anda, sila beritahu dan aku akan mengambil langkah-langkah sewajarnya mengikut kehendak tuan empunya cerita.

Apa pun, sebelum aku tengok Nur Kasih episod akhir di hari raya Aidiladha yang lepas, malam sebelum itu telah aku luangkan sedikit masa menonton filem 2012 di Alamanda. Mujurlah malam raya tu rumah aku memang takde aktiviti. Jadi boleh laa aku lari-lari.

Secara dasarnya, aku tak ingin me-review filem ini dalam blog ku yang tak glemer ni. Sebab sepanjang penontonan aku tu, aku terpukau dengan elemen surprise dan suspen mengenai jalan cerita 2012.

Bagi yang dah membaca suratkhabar, mesti anda biasa dengan ayat neh “2012 menggambarkan cerita bumi dilanda kiamat mengikut kepercayaan kalendar purba kaum Mayan (puak di Amerika Selatan).”

Oh, percayalah, it got more than just that.

Memetik kata-kata kawan aku yang aku kira cukup tepat, “Cerita neh takde hero/heroin.” Ye, aku rasa memang betul. Sebab ketika bumi dilanda malapetaka dahsyat seperti yang telah di-CGI-kan itu, penonton akan cuma mahu melihat survival kemanusiaan itu sendiri. Bukan tindakan atau keputusan yang diambil mana-mana individu. Sebagai contoh, watak presiden kulit hitam amerika; yang dimainkan Danny Glover, memutuskan untuk kekal di White House walaupun para penasihat menyarankan agar beliau bersembunyi di kawasan yang selamat. Aku secara peribadinya tak ambil kisah akan beliau sebab mengikut apa yang diramalkan, malapetaka yang akan berlaku itu cukup dahsyat sehingga tiada manusia yang dapat lari daripadanya. Inilah tema cerita ini; survival di saat perkataan survival itu sendiri sudah tidak memiliki apa-apa makna lagi.

Suatu yang cukup menyeramkan ketika teras bumi digambarkan telah bermutasi menjadi tenaga nuklear lalu meletuskan lahar yang cukup hebat sekaligus menggugat kedudukan plat-plat kerak bumi dan menghasilkan gempa bumi berskala besar. Letusan api di sana sini, kedudukan tanah yang bergerak secara drastik, kehilangan nyawa besar-besaran sepintas lalu sahaja; agak-agaknya ketika itu apa yang akan bermain dalam fikiran anda?

Seperti yang aku katakan tadi, aku tanak me-review filem ini secara penuh, sebab aku nak korang saksikan sendiri dengan penuh saspen dan berteka-teki. Itu aje laa daya penarik cerita ini pun.

Sebab ramai kawan aku yang mempertikaikan kualiti CGI yang mereka paparkan. Sebelum aku tengok filem ini di pawagam, aku sendiri sangsi dengan dakwaan mereka kerana pengarah filem ini adalah Roland Emmerich; pengarah tersohor yang telah menjayakan Independence Day, Godzilla dan The Day After Tomorrow.

Tapi, rasa-rasanya, dakwaan tersebut ada berasas kerana scene sebuah limosin yang mengelak dari terjunam ke dalam ngarai yang muncul setelah berlaku gempa bumi, kelihatan amat kartun sekali.

Selain itu, ada pula yang mengatakan jalan ceritanya bosan/memeningkan. Untuk kritikan yang ini aku kurang setuju. Ya, ia memiliki plot yang merumitkan tetapi tidaklah sukar untuk kita memahami situasi yang cuba digambarkan. Mungkin perbezaan pendapat ini berlaku kerana aku menonton wayang seorang diri (dah nama pun Timbalan Presiden Kelab Budak Sepi Malaysia, ye tak?) cuma ditemani sekotak popcorn caramel, satu set Mentos grape dan segelas air Coca-Cola. Maka pemerhatian aku lebih tajam dan fokus (ataupun mungkin kerana sifat aku yang memang taksub ketika menonton filem). Manakala di sebelah pengkritik itu pula ada ‘bantal’ empuk yang cukup enak untuk disandar atau dipeluki. Kalau aku pun bersituasi sama, mungkin dengan begitu mudah aku akan dapat tidur lena walaupun di dalam panggung yang penuh bingit dengan sound effect Dolby Digital Surround System bagai (mula laa imaginasi aku terbayangkan macam-macam perkara laa neh).

Apa pun, ketika entri ini ditulis, aku baru mengetahui bahawa sejajar dengan penayangan filem ini di seluruh dunia; cukup ramai bloggers (terutama dari Indonesia) yang menghighlight petikan buku atau kajian kontroversi yang melibatkan sejarah kalendar purba kaum Mayan ini. Sehingga di satu peringkat, aku sendiri begitu taksub untuk mencungkil dan mengetahui akan misterinya.

Terasa begitu berdosa pula. Hakikatnya ini semua cuma satu mainan teori cendekiawan barat. Dulu mereka mengatakan manusia berevolusi dari spesis primat (beruk/monyet/ orang utan), kemudian mereka menyatakan kepupusan dinosaur berpunca dari hentaman meteorit ke bumi. Sekarang mereka nak gunakan kalendar ini pula. Padahal teori evolusi sendiri masih dalam peringkat kajian, sementara punca kepupusan dinosaur masih lagi tiada bukti konkrit.

Kita selaku umat Nabi Muhammad sudah diberikan mukjizat agung iaitu Al-Quran yang bukan sahaja bertindak sebagai guideline untuk kita menjadi orang yang lebih mulia, tapi juga satu dokumentasi lengkap mengenai sejarah peradaban manusia yang merelevankan hidupan purba seperti dinosaur yang pada ketika itu mungkin cuma sekadar haiwan peliharaan bagi golongan manusia awal seperti Nabi Adam dan keturunannya.

Kita juga diberitahu akan spesis hidupan lain seperti jin yang boleh terbang dan berubah-ubah bentuk; walaupun hingga ke hari ini para astronomi barat masih mencari-cari dan mengharap untuk menemui spesis baru di planet Marikh dan angkasaraya.

Perihal kiamat juga tidak dilupakan untuk disentuh dalam Al-Quran. Dalam blog cik Inas ada perbincangan mengenai pemanasan global, selari dengan janji Allah bahawa kita adalah umat terakhir sebelum berlakunya kiamat.

Namun di sebalik semua sensasi yang dimainkan orang barat ini, kita perlu ingat bahawa Allah juga telah berjanji bahawa kiamat akan berlaku apabila tiada lagi manusia di atas bumi yang beriman akan hari kiamat. Teori aku selaku seorang Islam yang berpaksikan Al-Quran (walaupun kitaran hidup aku lebih banyak aktiviti mengumpul dosa dari pahala), perkara ini masih dalam lingkungan mustahil kerana kita tahu jadual solat fardhu lima waktu yang telah ditetapkan itu memperlihatkan laungan azan dari muazzin di seluruh dunia sentiasa bergema setiap saat. Maka, selagi ada orang yang mendirikan solat dengan niat ikhlas takutkan Allah dan beriman kepada hari kiamat, maka di saat itu kiamat belum akan muncul. Namun kita tetap tak dapat mengelak ia daripada berlaku kerana satu hari nanti Islam cuma akan tinggal nama dan ketika itu manusia tidak akan lagi mengikuti amalan yang disarankan oleh rukun iman.

Secara ringkasnya, selagi kita mahu, kita boleh menunda tarikh kiamat selagi kita sedar akan rahsia dan keajaiban Kalamullah Al-Quranul Karim ini. Tak perlulah hanya bila disajikan dengan propaganda barat, maka kita taksub akan sesuatu yang sebenarnya tidak bersifat mukjizat seperti filem ini ataupun mana-mana teori ramalan falak peradaban kuno dahulukala; kaum Mesir ke, Mayan ke, Rom ke. Ingatlah bahawa Kitab Injil sendiri pun telah dimansuhkan oleh Allah setelah ia diperkudakan oleh kerajaan Empayar Rom dahulu yang gilakan kuasa memerintah. Sebelum Al-Quran menerima nasib yang sama, kita kena sedar bahawa selepas ini tiada lagi kitab yang akan diturunkan, sebaliknya yang tiba cuma hari penghisaban.

Jadikan filem ini sekadar hiburan ataupun peringatan. Kerana kita selaku manusia, memang mudah terlupa akan kekuasaan-Nya. Wallahu’alam.

10 KoMen:

Nazra~ said...

naz blum dpt lg tengok cita 2012 ni. rata2 kata best. tp awat tak tau malas lak nk download :D

Mak Su said...

oh.... crita 2012 tu? hhmmm, maksu pun ada idea gaks nak diperturunkan di blogku yang tidak seberapa itu...

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam...wah...nasihat yang berguna lagi manafaat...kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak...sebab itu, usaha hendak dibuat ke atas orang lelaki...takaza kita sekarang dan sampai kiamat jumpa setiap lelaki akil baligh di dalam rumah2 org islam,,ajak mereka kepada masjid..biar semua lelaki islam ada hubungan dgn masjid dan ada taaluk dengan Allah swt.

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam...wah...nasihat yang berguna lagi manafaat...kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak...sebab itu, usaha hendak dibuat ke atas orang lelaki...takaza kita sekarang dan sampai kiamat jumpa setiap lelaki akil baligh di dalam rumah2 org islam,,ajak mereka kepada masjid..biar semua lelaki islam ada hubungan dgn masjid dan ada taaluk dengan Allah swt.

^inas^ said...

arini aku pegi melawat muzium. sesungguhnya aku tak minat muzium tp anak buah aku nak sgt pegi so aku bawak la....

maka terbentanglah dpn mataku peradaban manusia. maka benar, kerana dakwah para nabi dan rasul dan pengikut mereka, maka tersebarlah kalimah lailahaillallah ke serata benua yg mana satu ketika dunia ini diperintah islam 2/3 isinya.

namun ia berkurang akibat drpd watak org islam sendiri bermula 300 tahun selepas kewafatan nabi SAW..

aku tak tau mcm mana nak link kan ayat2 aku ni dgn entri ko tp at the bottom of my heart says that..

filem 2012 hanya utk bgtau dunia yg seburuk mana pon bumi ni jadi nanti, matsalleh juga la heronya.

HUH??!!!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

naz : aku pon naz. rasenye nak tggu donlod mau makan mase 2-3 bulan lagi nak dpt gambar yg kualiti best. tu yg aku tak nyempat menunggu pegi jugak tgk wayang tu.

maksu : silakan maksu. berkongsi pandangan adalah satu keharusan dalam arena blogging neh.

anak pendang : setuju dgn pandangan anda! selalu kita cuba carik kesalahan org lain dalam cuba memperbaiki sesuatu isu, padahal selalunya penyelesaian sudah ada di depan mata kita dan hakikatnya ia cukup mudah saja.

inas : "matsalleh juga la heronya..." aku suke petikan kamu neh! wakakaka...

Mohammad Al-Aiman said...

nk bgtau yg blog url sudah ditukar
http://mohammadalaimanrock.blogspot.com
=)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

telah di-update!

ainishamsi said...

i've watched the movie some time ago. well for me it is.. boh song!

why?

1. gila melow drama beb! time nak mati boleh nak sedih sedih. and then macam dalam keadaan terdesak, hero masih selamat. i know i know, normal la cerita macam tu kan, but then again... it is boring for me.

2. the CGI is cool..i guess.

3. Oh, mat salleh bukan hero dalam cerita ni. Heronya adalah orang cina yang berjaya membina kapal-kapal tu. Kiranya, belilah barangan buatan cina. haha

4. Yes, the story is more than just about the apocalypse. It's about politic, humanity etc etc.But then again,it's just too melodrama for me.

whatever it is, kalau inilah apa yang digambarkan oleh orang putih betapa dahsatnye kiamat tu dan itu sudah cukup menggerunkan.. semestinya hari kiamat yang sebenar jauh lebih dahsyat dari yang kita gambarkan. tak tercapai akal beb!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

boh song tu bosan ke? (tak reti bahasa australia. wakakaka)

1. ye, normal itu mmg memboringkan

2. not cool enough, i think...

3. aku suke statement ko neh. muahahaha hampeh.

4. mungkin die tak larat nak kasi taruk 100% action atau thriller kot. lagipon ini mmg style roland emmerich kalo buat citer.

balas dendam aku punye komen yg berjela tu ke? keh keh keh.

Post a Comment

Any Comment? Anybody?