23.12.09

IKAN KELISA MAK ILOI-ILOI, IKAN VIVA MAK ILAI-ILAI

Pada satu malam, aku bersembang dengan rakan seperlepakan aku. Topiknya adalah ‘bila agaknya aku akan habis bayar kereta Iswara aku tu?’

Jawapannya adalah kira-kira 3 tahun. Perdebatan yang simple dan berbunyi seperti sekejap bukan? Sebenarnya tidak. Ada isi lagi disebaliknya. Dalam pada aku nak berkira-kira untuk tersenyum lebar mengenangkan beban hutang bulanan sebanyak RM300 itu akan termansuh; secara sinikalnya nafsu aku sudah mula berbisik untuk berangan buat hutang yang baru kelak. Keji kan?

Ya, aku berhasrat untuk menyerahkan iswara tersebut untuk kegunaan kedua orang tua aku setelah habis bayar nanti didorong atas beberapa sebab. Pertama, ia akan berusia 16 tahun apabila hutang bank selesai nanti. Kedua, ia tidak cukup cool untuk orang yang ‘perasan’ muda macam aku. Ketiga, nilai maintenance yang terlalu tinggi. Keempat, aku percaya ia merupakan bekas ‘kereta potong’ maka aku tak berani nak hantar Puspakom. Kelima, menelan minyak yang banyak kerana maintenance yang tidak dijaga rapi akibat selalu buat hal.

Bersembang dengan rakan aku tadi; beliau memang dikenali sebagai ‘pomen’ kereta yang disegani di antara kami. Hakikatnya, hanya beliau seorang je pun yang mencari rezeki dalam bidang mekanik neh. Setelah sembang lebih kurang; disusuli hilaian tawa umpama mak lampir di kedai mamak itu, aku mengeluarkan sepatah bicara. “Lepas setel iswara neh aku nak carik kelisa SE (Special Edition yang siap spoiler, skirting dengan sport rim tu)”.

Beliau membantah “Buat apa ngok. Sama je macam ko pakai kancil 660. Kalau nak tukar gearbox apa-apa hal pun kena turun enjin jugak.”

Aku menambah “Ye laa, tapi kelisa susah sikit nak rosak dibandingkan kancil. Enjin pun sedap, kurang meragam. Yang bestnya, sebab cc 1.0, minyak tetap jimat macam kancil.”

“Daripada ko beli kelisa, baik ko beli viva low-spec (Viva BX 660). Harga lebih kurang. Baru pulak tu…”

“Tapi viva low spec tu kosong sangat. Nanti aku mula laa menggatal nak pasang audio, nak tukar sport rim, suspension, spring, skirting, bla bla bla… Kalau macam tu baik aku make-up iswara aku tu je. Same gak ongkos.”

“Ko neh degil. Bila aku cakap tu ko tanak ikut. Nanti ko menyesal macam masa ko beli iswara tu dulu…”

Okeh, aku dah malas nak bertekak dengan dia sebab aku tau apa respon terakhir yang akan dia beri kat aku nanti, ‘susah-susah sangat ko tak payah pikir laa nak beli kereta lain. Ko simpan duit dari sekarang, lepas tiga tahun nanti ko make-up laa iswara tu macam mana yang ko nak…’.

Keh keh keh. Aku boleh agak laa ayat ko Pek. Ko memang seorang mekanik yang sungguh tipikal.

Ada tiga persoalan utama yang aku perlu fikirkan menjelang tiga tahun akan datang. Pertama, adakah iswara aku masih boleh diharap dengan enjin yang dah berganti entah apa jenis tu (menguatkan syak wasangka aku bahawa kereta tu adalah kereta potong atau kereta yang pernah eksiden – total loss) dan sekiranya aku cukup wang untuk endorse enjin mivec baru, adakah ia akan lepas pemeriksaan Puspakom? Kedua, sekiranya aku nak beli kereta baru (seken hand laa tapi), mana aku nak carik down payment yang cukup banyak tanpa perlu menjual semula kereta iswara tersebut bagi mengurangkan tanggungan bulanan aku seminimum yang mungkin? Ketiga, dengan bebanan hutang tertunggak aku (kebanyakan aset keluarga yang sedang dipajak kepada bank adalah atas nama aku sebab aku anak lelaki), adakah aku masih layak untuk membuat loan antara 20-25 ribu dalam masa 3 tahun akan datang?

Jika tidak, takkan aku nak pakai motor sampai ke tua?



Pesanan penaja : carik laa calon bini yang memiliki kereta seadanya. Susah-susah sangat, kawen je ngan orang gomen, senang nak buat pinjaman nanti.



Lalalala…

8 KoMen:

Kak Lia said...

jgn beli keta...jgn tukar keta...pakai je smpi abeh riwayat dia ataupun riwayat tuan keta,.

baik carik calon Is3..

3 taun??? huu...den lai 2 taun pun cam nk lemas.....

Mak Su said...

ahak hak hak hak.... good luck for ajai :)

nz said...

guess what. my dad's car is iswara aeroback and omigod, it requires a lot of liters of gas!!

ye la mane tak nye, it's facing the same problem - maintenance ikut mane sempat je...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

mama : sgt memahami...

maksu : walaweh...

inas : understood. ko bayangkan laa setiap kali aku ulang alik dari umah ke cyberjaya makan minyak dekat RM20 (belum campur tol). tak cukup dengan itu, bila aku pasang air cond, tak semena2 minyak hitam aku susut 50 persen setiap bulan. kendian mula itu rosak ini tercabut etc.

haha.

Intan and The Boys said...

awat iswara mak aku ok je ek? hehehe~

tapi memang betul. iswara makan minyak.

nur'ain said...

Nk beli kete gak.

Mohammad Al-Aiman said...

haha
ak mcm ader jer semasa babak drama di atas ni?
tp betul la tu
nk pakai kereta baik pakai terus civis or vios or swift dan sewaktu ngan nyer
haha
puas hati
=D

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

puteripenyu : hanya org yg kental jiwa je yg akan menten sabar dengan proton mereka (sambil memikirkan installment dgn bank blom setel). heheh.

org2 kuat gomen yg dpt peruntukan free pon tgh sebok nak ganti proton dorang dgn toyota, mercedes bagai.


ain : honda jazz kan?


aiman : viva elite sudah. yang penting beli 1st hand dan kualiti terbaik setanding ngan nilai ekonomi masing2 kan?

eh, ko ade ke mase tu? tak pasan pon. :P

Post a Comment

Any Comment? Anybody?