30.1.10

HMI : BERPIJAK DI BUMI NYATA

Cewah, tajuk macam lagu band tangkap leleh tahun 90-an seperti Scoin, Arrow dan sebagainya. Tidak. Lagu yang aku nak kongsikan kali neh lagu mat salleh. Tajuk di atas adalah terjemahan dari tajuk lagu Peter Gabriel – Down To Earth.

Macam pernah dengar? Oh, lagu neh ditampilkan dalam credit ending filem Wall E. Bagi sesiapa yang dah tengok Wall E mungkin familiar dengan lagu ini kerana ia menceritakan secara tepat mengenai scene di mana manusia kembali ke muka bumi untuk mendiami semula seperti nenek moyang mereka terdahulu.

Bila first time aku dengar lagu neh, aku terus teringat lagu Travis – Flower In The Window yang telah dihantar oleh seseorang dalam inbox emel aku. Ryn kot yang hantar kalo tak silap. Entah, dah berbulan/bertahun yang lepas.

Walaupun kedua-dua lagu takde kaitan – satu mengenai self-esteem motivation dan satu lagi mengenai mother nature, tapi bagi aku genre lagu-lagu seperti ini berjaya membuatkan aku tenang setiap kali mendengarnya dan siap boleh menyanyi bersama. Ahahaha, malas dah aku nak record sesi karaoke aku, cukup-cukup laa aku menyeksa batin korang selama neh.



Minggu depan laa aku bagi korang layan lagu Travis tu pulak. Ngeh ngeh!

29.1.10

LIMITATION

Entri semalam adalah berunsur gedik. Aku tak tau apa penyakit aku semalam tapi kebanyakan perkara yang aku lakukan dalam keadaan aku tak cukup tidur kerana menonton bola di pagi hari itu seolah-olah macam bukan aku. Umpamanya aku telah dirasuk. Cewah, suka-suka hati aku je.

Nak dijadikan cerita, sejurus siap menulis entri, serta mempostingkan sesuatu yang agak kontroversi di facebook (Kontroversi kejadahnya, aku citer pasal nak carik awek yang gila bola dan sanggup tengok pepagi buta, alih-alih bertukar jadi topik ‘jangan memilih paras rupa pasangan anda’ pulak dah. Haha.) aku terperasan sebuah video yang difeed oleh seorang rakan facebook aku. Tanpa sempat menekan butang play, aku membaca beberapa komen yang diberi oleh orang lain berkenaan video tersebut. Antara yang menarik perhatian aku adalah kebanyakan dari mereka mengeji tindakan atau perbuatan terkutuk si pelaku dalam video terbabit. The word such as ‘kejam’ or ‘tak berperikemanusiaan’ or perhaps I saw ‘ngeri’ also have been toss around a lot by the commentators.

Aku tertanya, apa neraka itu (what the hell)? Mungkinkah aksi tembak menembak, pergaduhan atau kemalangan ngeri yang melibatkan korban nyawa?

Hoho. Jiwa aku memang kental lagi brutal dan suka tengok aksi-aksi ganas. Aku suka tengok aksi dalam Saving Private Ryan di mana dua orang askar sedang bertarung sengit (hand combat involving army knife) dan bilamana seorang dari mereka sedang terbaring untuk cuba menahan tikaman dari yang seorang lagi.

Kelihatan kedua-dua mereka menggunakan seluruh tenaga untuk berlawan, peluh keringat mengalir di dahi, beserta juga dengan mimik muka ala hero Hindustan sedang bertarung dengan polis yang korup.

Secara perlahan-lahan, mata pisau itu semakin merapati dada askar yang sedang terbaring; dan pada ketika tikaman mulai menusuk jiwa, barulah askar tersebut sedar bahawa nyawanya akan tamat di situ, lalu bersuara “oh my god, no, no, please no…”

Antara scene terbaik yang pernah aku saksikan dalam filem Hollywood.

Memikirkan yang aku bukanlah jenis orang yang bila nampak bunga atau pelangi lalu berkata “oooh, cantiknya, sweetnya…” maka aku merasakan aku sudah cukup kental untuk menonton video di facebook tadi.

Intronya memperlihatkan seorang wanita berketurunan Asia sedang memegang dan membelai anak kucing yang comel. Haha. Sambil menunggu ia loading, aku mula membuat spekulasi sendiri memikirkan bahawa perempuan itu akan dilanggar kereta atau lori atau mungkin juga akan ada bom yang meletup disekitarnya.

Oh ye, sebelum tu aku nak bercerita. Aku pernah melihat kucing kena langgar di atas jalanraya tapi masih belum mati. Entri lama tersebut bolehlah korang usyar di sini untuk pemahaman lebih lanjut berkenaan apa yang akan aku tuliskan di bawah nanti.

Sambung balik. Setelah siap loading, aku kembali menekan butang resume. Apa yang aku dapat saksikan adalah – dan kamu bayangkan – seorang wanita dewasa memakai kasut tumit tinggi, menekan-nekan tumitnya ke atas kepala anak kucing tadi. Cukuplah aku cerita macam tu je tanpa perlu aku huraikan penamat video tersebut. Korang boleh bayangkan sendiri kesudahannya tapi aku tak menggalakkan dan tak bertanggungjawab ke atas sebarang masalah jiwa-kacau yang korang akan alami nanti.

Aku teringat bahawa beberapa hari yang lepas aku ada berjumpa dengan satu istilah dari Jepun yang bergelar ‘denki anma’ yang mana ia merupakan satu aksi gusti (submission) yang kebiasaannya dilakukan oleh golongan adik beradik ketika bermain dan bergurau senda sesama mereka di sana. Ketika cuba menggooglenya, aku dinasihatkan bahawa gambar-gambar yang bakal aku temui adalah sangat disturbing. Terus aku teringat akan video gadis yang mencocok anak tekak dengan jari untuk memaksa dirinya muntah lalu meminum muntahnya kembali yang pernah aku saksikan beberapa tahun lepas. Maka aku pun cuba bersedia dengan sebarang kemungkinan.



Rupa-rupanya inilah gambar yang dimaksudkan sebagai disturbing itu tadi. Inilah aksi 'denki anma' yang popular di sana. Sarcastic dan spastic sungguh mereka ini.

Melihat anak kucing kecil dan comel yang dijadikan barang permainan atau ujikaji eksperimen suka-suka itu, membuatkan aku tertanya pada diri sendiri; sejauh manakah aku boleh menerima ke-tidak-masuk-akal-an perangai sesetengah manusia di muka bumi ini?

Kepada mereka yang benar-benar telah muntah di hadapan skrin komputer untuk entri separa psiko ini, aku juga benar-benar minta maaf untuk kali ini.



~Haiyaa…~

28.1.10

KISS MY A**





Jambukah mereka? Haha, malas dah nak buat entri pasal buah jambu.

Mereka dikenali sebagai Aidil Zafuan dan Zaquan Adha. Siapakah mereka dan apakah yang menyebabkan mereka popular? Sila google sendiri. :P

Semalam kerusi di tempat kerja ku ada tompokan kecil. Aku musykil. Lalu aku cuba mengkajinya. Ternyata ia adalah minyak masak. Aku mula memikirkan samada orang sengaja nak pedajal aku untuk meletak minyak di kerusi feveret ku itu. Oh tidak. Aku kini berfikiran positif, tidak sedengkal itu. Mungkin pekerja syif malam tadi membeli bungkusan nasi berlauk dan diletakkan secara tergesa-gesa di atas kerusi empuk ini. Mungkin kerana ingin menjawab panggilan telefon dari saudara atau handainya. Mungkin juga beliau rasa ingin terkucil secara tiba-tiba.

Lagipun aku selalu membiarkan pangkin tempat kegemaran untuk beliau berbaring dibasahi hujan kerana kawasan aku bekerja ini tidak berbumbung. Cuma dilitupi kain kanvas umpama orang berkelah ataupun rumah kongsi saja. Kira ‘win-win situation’ lah ini. Huhu. Sedih nasibku.

Kerana kerusi ku itu empuk, bersponge-bob ala-ala kusyen, kesan minyak itu sudah pasti tidak akan hilang sekiranya tidak dicuci atau sekurang-kurangnya dijemur terik matahari terlebih dahulu. Maka aku ambil jalan mudah dengan menghamparkan beberapa helaian kertas suratkhabar bagi melapisinya agar bontotku tidak tersumbat dengan lemak kolestrol pula di kemudian hari. Pehh, betul-betul aku nak kasik korang muntah kali neh.

Okeh, entri kontroversi ini disusuli juga dengan perbualan yang turut sama bersifat kontroversi.


“Ohh, sungguh relevan sekali apabila wajah mereka berada di bawah bontotku.”

“Apakah kamu Ghey wahai Mr. Ajai?”

“Kepala hotak kamu! Maksud aku ia sungguh ironi bersesuaian dengan istilah kiss my a**”

“Sah, kamu Ghey!”

“Shadap yu! Sebenarnya kiss my a** ada dua maksud. Ia mungkin bermaksud Ghey dan ia juga mungkin berunsur provokasi.”

“Jadi apakah kamu ingin mem-provoke pasangan adik beradik ini?”

“Tidak. Aku cuba meng-apply maksud kedua-duanya sekali.”

“Bagaimana pula tu? Jelaskan dengan lebih lanjut.”

“Aku ada love-hate relationship dengan kedua-kedua budak ini.” Selamba badak panggil mereka budak.

“Wah, adakah kamu cuba meningkatkan kadar trafik visitor ke blog kamu dengan mengakui bahawa kamu berskandal sesama jenis dengan mereka?” Cis, mentang-mentanglah keyword Aidil Zafuan dan Zaquan Adha adalah antara keyword paling hits untuk blog aku. ~sumber – nuffnang analytic~

“Ohh, aku bukan lelaki murahan seperti itu; walaupun diriku ini tidaklah laku. Aku tidak mendamba komen yang beribu-ribu. Cukuplah mana yang ada tersemat di kalbu. Yang aku maksudkan, aku suka mereka kerana mereka adalah pemain bolasepak handalan yang memiliki ciri professional yang sejati serta konsisten dengan corak mutu permainan mereka. Mereka juga telah banyak kali mengharumkan nama negara. Selain itu, mereka juga memiliki asset hebat yang boleh bergelar duta pemain bolasepak negara dalam mewakili produk-produk sukan antarabangsa setanding juga dengan nama David Beckham atau Cristiano Ronaldo si saudagar syampu kelumumur itu.”

“Maka kamu menyimpan perasaan songsang kepada mereka?”

“Tidaklah begitu. Aku cuma menghormati bakat yang mereka ada.”

“Jadi, kalau menghormati, kenapa kamu membenci mereka pula?”

“Kerana mereka masih berdegil tak mahu join skuad pasukan bolasepak Selangor yang aku percaya boleh dimantapkan lagi dengan kehadiran mereka. Dan mereka juga telah mengebas Rita Rudaini serta Ayu Raudhah yang masing-masing mempunyai asset 'mantaps' dan hebat. Aku jeles oke! So kiss my a**”

Haha.

Okeh, entri ini tidak serius. Serius-li aku bukan seorang Ghey. Ye, aku homophobic. So what? In my country, homo-phobic is acceptable. So kiss my a** all you homos out there! Err, macam tak kena pulak ayat neh.

Persoalannya, dengan siapakah aku sedang berborak walhal kerjaku cumalah bersendirian? Ohh, silalah jangan membuat sebarang andaian tahyul dan cuba menakut-nakutkan aku walaupun malam ini malam Jumaat. Aku memang tidak takut ataupun sebenarnya pandai berpura-pura macho seolah-olah berani laa sangat.

Ini cuma perbualan minda aku ketika sedang mereng dan cuba mencari idea untuk menulis blog. Haha. Ya, aku perlukan terapi psikologi yang boleh mengeluarkan aku dari masalah social outcast ini. No wonder aku menghabiskan masa berjam-jam meneliti status facebook di wall orang lain semata-mata mahu mendrop komen barang sepatah dua kata. Oh, aku gila.

Jom kita nyanyi lagu Mila Gila. Maksud aku lagu Mila yang bertajuk Gila. Bukan Mila yang Gila. Mila tak Gila. Mila sangat comel apabila menyebut Coco Pie, Pai Dengan Marshmallow.

“Apahal lak bukak cerita marshmallow lak neh? Kata nak cerita pasal rambutan? Nak lari topik laa tu.”

Haha, cukup-cukup laa pasal rambutan. Aku bukan ada cerita panjang pun pasal sejarah rambutan. Entrinya pendek cuma. Alang-alang biarlah aku menyelitkan ia di sini:

RAMBUTAN



Soalan : Apakah yang berbentuk seperti bola, tapi bukan bola, berbentuk seperti telur, tapi bukan telur, dan berbulu lebat pula tu?

Jawapan : Rambutan.



Okeh, aku dah mula start mencarik pasal namanya neh.


“You got some balls Mr. Ajai!”

“Shadap yu! Tell me something that I don’t know.”



Hari ini aku short-circuit sikit. Esok kita kembali ke pencoretan entri yang normal ye? Sila laa jangan tak puas hati dengan aku lalu membuka page I Hate Wilayah Ascorp Blog di facebook.



~Please please please, Kamu jangan nakal~

27.1.10

SEJARAH BESKAL

Beskal atau BASIKAL diperbuat daripada buah rambutan. Okeh, aku tipu. Aku tatau nak cerita apa pasal rambutan hari ini maka aku nak bercerita mengenai basikal pula.

Intro sedikit, yang mana dalam wilayah Ascorp yang banyak bunyik ini, sudah pasti anda boleh menjangka sebuah entri yang agak panjang juga akan menyusul di bawah. Sila bertahan.

Soalan : bagaimana anda belajar membawa basikal? Dalam kes aku, dengan bongkak, angkuh dan takburnya aku mengaku yang aku belajar secara sendirian berhad.

Bagaimana? Begini. Ketika aku kecil, seringkali seorang rakan/jiran aku neh balik lambat ke rumah selepas maghrib akibat dek terlalu leka bermain bola kat padang. Seperti yang aku pernah war-warkan kelmarin, aku kaki bangku, maka aku tak ikut main. Aku tengok je.

Asyik selalu je kena marah dengan bapak dia, maka dia mintak tolong aku untuk menghantar basikal dia balik ke rumah supaya makbapak dia ingat dia dah ada kat dalam rumah samada tengah mandi ke atau terperap dalam bilik. Keji kan perangai beliau itu?

Normalnya, apabila berhadapan dengan kaki-kaki ragging atau pembuli seperti ini, kebiasaannya jantan-jantan macho seperti aku akan cakap “Pegi mampos laa ko!”

Oh, tidak kali ini. Tanpa banyak songeh, aku turutkan sahaja suruhannya. Secara jujurnya aku banyak melakukan aktiviti pelik yang tak masuk akal apabila dinilai oleh rakan-rakanku. Tapi mereka tak tahu bahawa setiap aktiviti yang nampak tak selari dengan personaliti aku, aku lakukan dengan bersebab.

Sebagai contoh, kerana memiliki bapak yang agak bakhil (wahaha, kutuk bapak sendiri) permintaan aku untuk ayahanda membelikan aku basikal akan dijawab dengan jawapan seperti ini, “Bawak basikal pun tak reti, ada hati nak mintak basikal kat abah pulak.”

Dan untuk mintak dia ajar, of course laa dia tak mahu sebab dia tahu dia akan terpaksa mengikut karenah aku yang suka memerintah nak beli itu dan ini.

Maka aktiviti tolong menghantar basikal member aku itu tadi digunakan sebaiknya untuk aku belajar bawak basikal. Dari sekadar menolak basikal sehari-hari, semakin lama aku semakin berani menunggang seorang diri sambil menuruni cerun bukit dalam perjalanan ke rumah jiran aku tu.

Genap dalam sebulan (atau dua lebih kurang) aku sudah berjaya mengenalpasti tempo kayuhan yang diperlukan untuk menunggang basikal dengan lagak seorang expert. Sehinggalah akhirnya aku kantoi dengan bapak aku yang baru balik kerja ternampak aku ber-racing basikal dengan budak-budak lain.

Akhirnya aku memiliki juga basikal sendiri setelah kak long aku yang baru mula bekerja di KFC selepas habis SPM sanggup nak manja-manjakan aku padahal dialah dulu antara orang paling kuat marah kat aku - “Tengoklah budak Atan tu. Sikit-sikit nak manja nak mintak itu ini!” Heheh, itulah kasih sayang seorang kakak yang sejati. :P

Nak dijadikan cerita, tak berapa lama yang lepas aku ada berbual dengan seorang member aku. Sambil-sambil itu aku menanyakan kisah “siapakah manusia pertama yang mencipta basikal dan belajar bawak basikal ekk?”

Sudahnya, soalan itu tak terjawab sambil kami terus diselubungi misteri.

Baru-baru ini, blog Cik Ynaa ada menanyakan soalan siapakah manusia pertama yang mengetahui di dalam durian ada isi yang sedap, lemak manis dan disukai ramai?

Aku takde jawapan. Tapi Pakcik Google ada sedia membantu. Lalu aku buat research, somehow masih juga tak ketemu jawapan. Kemudian aku give-up, dan aku buat pulak research mengenai basikal. Haha.

Rupanya baru ku ketahui, basikal pertama dicipta manusia adalah basikal tanpa pedal yakni diperbuat dari kayu dan digelar sebagai draisine atau laufmaschine (known as push bike or “running machine”). Ia direka oleh seorang rakyat Jerman bernama Baron Karl von Drais. Berikut adalah gambar contoh ehsan dari Encik Wiki-Wiki.




Artikel selanjutnya anda boleh baca di sini.

Kredit kepada Pakcik Google dan Encik Wiki-Wiki kerana telah berjaya mengeluarkan aku daripada misteri ini. Barulah aku memahami bahawa manusia satu ketika dulu pun tak reti bawak basikal; hanya tahu menolak sahaja. Kemudian barulah mereka menambah aksesori seperti pedal, rantai, spoket, loceng dan kini dilengkapi gear. Hinggalah akhirnya basikal zaman sekarang menjadi seperti ini :




Ini adalah basikal oke!. Tak percaya sila bukak link ini. Sesiapa ada duit boleh laa beli untuk anak dorang. Bapak-bapak budak dilarang menunggang basikal ini takut ekzos tercabut.

Maknanya di sini, dalam tempoh transformasi dari zaman draisine kepada basikal canggih seperti ini, tempoh masa sebulan dua yang aku gunakan untuk aku mempelajari bawak basikal menerusi latihan menolak itu lebih pantas dan expert dari golongan manusia zaman dahulu.

Lalalala…

Okeh, besok-besok je lah kita cerita pasal rambutan.

26.1.10

DILEMA BUDAK JAMBU

Definisi jambu adalah…




Mesti kamu kompius ini lelaki atau perempuan, bukan?

Istilah jambu boleh digunakan untuk kedua-dua jantina asalkan seseorang itu menganggap kamu kiut, menawan, menarik atau sebagainya.

Aku tak jambu. Aku tau. Tak perlu laa korang nak angkat-angkat kening sambil mulut bergossip seorang diri melihat tajuk entri aku kali ini.

Anda jambu? Atau anda kenal seseorang yang rapat dengan anda yang boleh diklasifikasikan sebagai jambu? Sesungguhnya, kehidupan selaku seorang jambu ini tidaklah begitu membahagiakan.

Ya, setiap benda ada pro dan kontranya. Tiada manusia yang sempurna. Contohnya seperti aku. Walaupun aku tak jambu, tapi aku dikurniakan dengan sebidang dada yang sasa dan menggiurkan. Sila laa muntah sekarang. Memang aku saja nak penaya keyboard dan skrin komputer korang supaya dipenuhi lendir muntah hijau florescent.

Memandangkan aku tak jambu (berapa kali nak umum daa) maka aku tiada perspektif dari pihak mereka. Dalam dunia aku, aku menganggap orang-orang jambu ini sebagai bertuah kerana mereka digilai ramai. Bukan setakat digilai, malah dingilai pula oleh pihak-pihak yang suka mengilai. Okeh, lawak tak jadi.

Ini meletakkan mereka dalam keadaan di mana ada hak untuk memilih. Maksudnya pilihan terbentang luas di hadapan mereka. Samada untuk memilih calon aweks ataupun kerjaya yang ingin mereka pelopori. Tak kiralah samada menjadi model kayu semata-mata atau buat yang lebih lagi seperti berlakon, menyanyi, mengacara dan sebagainya. Adakah semuanya berkaitan dengan bidang hiburan? Tak semestinya. Mereka juga boleh menjadi pramugari/pramugara, pegawai perhubungan awam untuk mana-mana syarikat yang mementingkan imej dan duta produk.

Sungguh cetek pemikiran aku bukan? Walhal yang aku tak tahu adalah mereka-mereka ini juga terpaksa sama menghempas kepala hotak mereka untuk menjadi cerdik secerdik-cerdik yang mereka boleh. Adalah sesuatu yang tidak cool sekiranya seseorang yang hensem/lawa menyangkakan microwave itu adalah TV plasma. Jadi mereka perlu menimba sebanyak mungkin ilmu untuk dibawa bekal di hari tua mereka kelak.

Itu bab ilmu. Bagaimana pula bab jodoh? Ya, mereka kelihatan seronok kerana mereka cuma perlu memetik jari dan pasangan mereka akan menyembah dan memperhambakan diri untuk mereka. Okeh, mungkin aku melebih-lebih. Tapi satu hakikat bahawa seseorang lelaki/wanita jambu akan memikirkan dua tiga kali sebelum membuat pilihan siapa yang mahu dijadikan pasangan, jika nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang tak jambu seperti aku. Orang yang tak jambu, tidaklah gelojoh, kami cuma main redah je. Ahhahahaha lawak yang tidak kelakar.

Sebenarnya, agak susah juga apabila mereka dihimpit puluhan, ratusan, ribuan manusia yang mendambakan cinta romantika mereka tak kira jantina (hoh?!). Walaupun pilihan mereka itu banyak, tapi kita perlu sedar bahawa kuota mereka tetap normal macam biasa. Andaikata nak berkapel, mengikut firasat Cik Ummi, adalah tidak patut mereka berkapel lebih dari seorang pada satu masa biarpun seandainya mereka lelaki dan boleh berpoligami. Poligami itu tidak boleh dijalankan secara serentak. Ia amat tidak adil. Eh apa cerita poligami lak neh? Kalau nak tau lebih lanjut diskusi terbuka mengenai poligami, sila klik sini.

Berbalik kepada topik asal. Mereka-mereka yang jambu pastinya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak yang mahu mendekati mereka. Apatah lagi jika orang yang meminta-minta itu terlebih gedik dan sanggup menggunakan apa saja cara termasuk bomoh dan penggunaan gadget canggih iaitu minyak dagu. Aku tahu kerana aku tergolong dalam kumpulan ini (kecuali menggunakan bomoh, bab tu memang aku tak pernah sentuh biarpun sekadar mahu merawati penyakit atau urut batin). Aku pernah menjadi gedik, aku pernah memaksa-maksa dan sebagainya.

Ketahuilah, mereka tak senang dengan sifat ini. Walaupun kita merasakan diri mereka seolah-oleh berlagak kerana merasakan diri mereka dipuja, sebenarnya mereka cuma sekadar rimas dengan kita. Adalah perlu untuk kita menggariskan batas sempadan di tahap mana kita perlu give-up dan mengundur diri., Usahlah terpengaruh dengan novella-novella romantik yang pernah korang baca menyatakan “capailah cintamu itu biarpun terpaksa menggapai awanan di langit”. Sesungguhnya kita perlu sedar di mana bumi dipijak. Tak takutkah korang sekiranya korang cuba juga melompat ke awangan untuk menggapai hajat di hati itu, kelak dilanggar pula kapal terbang airbus? Time tu kalau nak claim insuran/socso pun tatau nak buat lagu mana.

Jadi, nasihat aku; pertama, jangan gedik – jangan perasan kamu hot atau membuat aksi over supaya mendapat perhatian mereka. Andai kamu memiliki ciri-ciri istimewa, lambat laun pasti mereka akan sedar jua. Kedua, jangan memaksa-maksa mereka membuat pendirian atau keputusan – proses jatuh cinta itu (tidak, aku tak bercakap tentang jatuh cinta pandang pertama. Itu sekadar mitos dan biasanya dipengaruhi nafsu setan semata-mata) memakan masa yang agak lama. Bergantung kepada kesediaan mereka untuk menerima kita. Ketiga, kalau dah sedar diri tu dalam keturunan tak jambu, maka sila laa jangan memilih sangat nak yang jambu aje – tidak semestinya bahagia apabila berpacaran dengan orang jambu sementelah ramai lagi orang-orang tidak jambu yang kadangkala boleh memberi lebih komitmen dan berkat dalam usaha kamu mencari jodoh. Contohnya aku. Okeh, sila muntah lagi.

Jambu itu tidak mencerminkan personaliti seseorang. Jambu itu sekadar bonus, sekadar satu ganjaran. Ia tidak akan menjamin kebahagiaan. Ia tidak akan kekal. If you die, then you die; if you live long enough, you will get ugly like others. Ia tidak diminta oleh sesiapa. Ia anugerah yang datang dengan seribu ujian menanti. Sama juga kisahnya dengan kita yang tidak jambu. Anugerah yang kita miliki juga bertujuan untuk menguji keimanan kita. Jangan menurut nafsu. Jangan cuba mencapai sesuatu yang tak tercapai oleh anugerahmu. Jangan buat kerja yang sia-sia dalam hidupmu.

Ohh, maafkan aku kerana banyak menggunakan kata ganti diri ‘kita’ dalam ruangan entri kali ini. Aku sedar pembaca-pembaca blog aku tiada yang tak jambu, semuanya jambu-jambu belaka. Cuma mungkin aku terpengaruh untuk bermuhasabah diri dengan mindset aku maka aku gunakan perkataan itu. Maafkan aku lagi sekali.

Okeh, tamat bab jambu. Esok kita bukak topik rambutan pulak.

25.1.10

CHEERLEADER

Aku kaki bangku. Lihat, aku mulakan entri ini dengan pengakuan berani mati.

Seandainya kamu bermain bersama atau sekurang-kurangnya menyaksikan aku bermain bola, pasti terbit persoalan dalam benak. “Mamat neh masa kecik dulu kaki tak bedung ke apa?”

Aku menekankan fokus pada kaki kerana yang bangku adalah kaki aku. Bukan tangan. At least tangan aku neh boleh jugak laa memaparkan aksi-aksi goalkeeping yang agak boleh tahan (ceh, poyo).

Baiklah, aku sendiri pun dah kompius apa kaitan cerita aku main bola dengan cheerleading pulak neh. Begini, ketika aku kecil, kakak aku ada meminta pertolongan dari mak aku untuk menghasilkan pom-pom dari tali rapia dan kertas warna. Dan aku saksikan mereka bermain pom-pom untuk sukan sekolah mereka. Aku bertanya pada mak aku, “Mak, Ani dengan Oni (kakak aku) tu tengah buat apa?”.

“Dorang tengah bersorak.” Ooh. Bersorak namanya. Kakak-kakak aku bersekolah di St. Theresa, Brickfields jadi korang leh bayangkan laa betapa aku khusyuk melihat rakan-rakan kakak aku memakai skirt-dress berwarna biru gelap sambil terloncat-loncat cuba menunjukkan betis siapa lagi putih. Eh, kecik-kecik pun dah gatal ke?

Sejurus meningkat remaja dan akil baligh, aku dapat tahu ahli pasukan sorak atau cheerleaders ini merupakan fenomena yang dicetuskan dari Amarika. Secara perlahan-lahan, ia mula menyerap secara senyap untuk berkembang dengan serius di sekolah-sekolah di Malaysia. Mulalah muncul pasukan-pasukan sorak yang bertanding di kejohanan antara sekolah-sekolah. Pada ketika itu aku bertanya pada seorang sahabat aku, “Weh, sejak bila cheerleading dikategorikan sebagai sukan?”. “Ko jangan. Ko ingat senang ke nak buat lompat-lompat bentuk piramid neh. Aku ingat kalo ko masuk cheerleading pun konfem ko failed!” ujar beliau sambil meneruskan penontonan di kaca tv dengan khusyuk yang memaparkan anak-anak dara memakai skirt tengah buat backflip. Huh?!

Hari ini, cheerleading bukan lagi sesuatu yang menghairankan hatta sekolah-sekolah pun dah banyak yang menjalankan majlis graduasi penuh grand beserta ada prom night pula di sesetengah tempat.

Adakah aku nak mengomel mengenai perihal orang kita yang suka meniru budaya asing tanpa mengkaji natijahnya terlebih dahulu? Tidak. Apa yang aku nak cakapkan ini sebenarnya ada kaitan dengan aktiviti aku bermain bola di permulaan entri tadi.

Satu kenyataan bahawa apabila ramai gadis menonton aku bermain futsal, secara tiba-tiba aku menjadi berani untuk membuat diving serta tampanan-tampanan bergaya di gawang gol. Walaupun kebiasaannya pasukan yang aku wakili tidak bertahan lama seperti pasukan lain, tapi dengan adanya ‘semangat keyakinan’ ini, sekurang-kurangnya aku telah menampilkan persembahan bertenaga jika dibandingkan waktu ‘takde semangat’ yang mana aku tak ubah seperti sebatang pokok balak menanti masa untuk di-chainsaw di hadapan tiang gol tersebut.



Bayangkan sekiranya Malique memberikan kebenaran untuk bininya, Melissa Maureen Rizal memakai uniform cheerleaders melompat-lompat sambil menjerit nama aku, pastinya persembahan aku bak Iker Casillas atau sekurang-kurangnya seperti Sharbinie Alawee.

Ooh, marilah kita sama-sama bayangkan.



~Dah berkurun aku tak layan Samarinda. Tetiba jadi syok pulak nak layan Nigina. Entah laa kenapa~

23.1.10

HMI : AHLI PEMIKIAQ.

Err, aku bukan orang Kedah. Tapi kalau dapat jodoh orang Kedah best jugak.

Aku teringat masa Faizal Ismail ajak Cheryl Samad buat group indie band bernama Ketir (sila translate sendiri dalam bahasa utara).

Sebenarnya aku nak tampilkan lagu Ahli Fiqir dalam HMI kali ini bertajuk Derita Merindu.

Lagu ini bukanlah asing sangat atau jarang diketengahkan walaupun konsep HMI aku ini sebenarnya untuk memfokuskan lagu yang unik dan tidak mendapat promosi atau pengiktirafan yang sepatutnya dari peminat muzik tempatan.

Lagu ini, kalau setakat nak dengar 2-3 kali sehari kat radio memang sangat mudah.

Tapi bagi aku lagu ini tetap unik sebab setiap kali aku terdengar intro nyanyian Daly aku akan berkata secara spontan “Laa, lagu melayu rupanya. Aku ingatkan lagu baru Linkin Park ke, One Republic ke tadi…”

Teringin jugak nak dengar omputeh kata “Wow this is a nice song! Where is it from?” dan kita boleh menjawab “From a malay group currently active in Malaysia, Singapore and Indonesia also.” Tak boleh laa nak kata group dari Malaysia. Ini bukan Malaysian. Ini 1Nusantara punya group. Kalah visi Najib.

Ye laa, asyik-asyik kita didengarkan dengan ayat seperti ini, “Wow this is a nice song! Where is it from?” lalu mereka menjawab, “from Hawaiian singer with a song called Mamula Moon.” Teka laa sendiri lagu apa yang aku maksudkan. Pastu jenuh laa kita kena berdebat lagu mana keluar dulu, siapa ciplak siapa dan sebagainya. Eh, dah masuk bidang politik lak neh.



Lagu ini tiada kena mengena dengan aku. Aku tidak menderita dan aku juga tidak merindu. Aku lah jejaka sepi yang cukup hepi.

Cuma, lagu ini sedap iramanya, tambahan pula apabila digemersikkan dengan suara Mawar Berduri; damn! Dan liriknya pula…

Okeh, HMI tamat untuk minggu ini!

21.1.10

UNCHARTERED ENTRY

Bila takde idea, maka bermulalah acara mencarik idea. Kalau tak jumpa idea, maka kita petik saja apa-apa idea yang ada. Macam mana nak ‘ada’kan benda yang takde?

Mudah je. Kita bukak tajuk/topik. Dalam entri kali ini, aku akan bukak beberapa topik untuk dijadikan guideline macam mana kita nak kekal membebel dan banyak bunyik walaupun tatkala tiada isu sebenar yang ingin diperbahaskan.



1. Peribadi – Aku neh dah macam takde kerja lain. Dari Isnin sampai Sabtu; kerja, kerja, kerja. Pastu membuta. Pastu pegi kedai mamak tengok bola. Pastu main futsal. Pastu sambung tido di hari Ahadnya. Start hari Isnin semula, sambung kerja. Huh, patutlaa aku takde idea nak tulis apa.


2. Politik – Beras naik? Jangan makan nasik. Makanlah roti canai. Tepung gandum naik? Janganlah makan roti. Makan ubi keledek tanam sendiri. Gula naik? Janganlah minum air manis. Obesiti. Garam naik? Janganlah masin sangat. Darah tinggi. Minyak masak naik? Janganlah makan kolestrol. Makan angin cuti-cuti 1Malaysia sahaja, yang itu takpe. Kamu kena faham, kerajaan laa neh susah. Banyak cabaran. Ekonomi meleset. Bersamalah berganding bahu dengan kerajaan. Berjimat cermatlah. Apa kamu mahu tengok PM kamu travel ke luar negara naik AirAsia? Tentu kamu tidak mahu kan? Jadi, marilah menyahut seruan kerajaan agar kita dalam negara neh berjimat cermat. Kat luar negara takpe. Kalau korang kat luar negara, belanja laa suka hati korang. Tiada siapa nak pandang atau jeles dengan harta-harta kamu itu. Oh ye, musim pilihanraya pun belum tiba. Jadi baiklah simpan sahaja peluru-peluru itu. Sampai masa, kita hamburkan satu-persatu untuk dijadikan penilaian dalam proses pengundian kita di hari besok.


3. Hiburan/Artis – Ohh, janganlah kita mengambil tahu tentang dunia artis. Kalau kita bergosip, itu sudah bermaksud mengumpat. Berdosa. Biarkanlah mereka. Mereka tak ganggu kita pun waima selalu mengeluarkan statement mengelirukan akidah seperti “I bukak tudung neh sebab nak cari rezeki,” ataupun “I cuma sambut Krismas je, bukan buat salah pun,” ataupun “Kami berdua-duaan dalam bilik itu untuk hafal skrip, bukan berzina. Sila jangan tuduh yang bukan-bukan” ataupun “Saya nyanyi lagu DiGi – I Follow neh bukannya saya nyanyi lagu gereja. Saya masih Islam,” ataupun “Saya berkucupan dengannya bukan kerana nafsu, tetapi kerana matahari terbenam ketika itu yang kelihatan sangat romantik,“ ataupun “Bila saya bercakap bahasa melayu, bunyinya bodoh,” ataupun… Hui, letih laa aku nak petik satu-satu.


4. Tutorial – Tahukah anda, antara cara paling mudah untuk kita mengelakkan orang-orang tak berkenaan masuk ke dalam blog kita sambil mengomen yang bukan-bukan; caranya adalah kekalkan eksklusiviti blog kita hanya pada orang yang kita rasa kita kenal hati budi mereka sahaja. Luangkan masa membaca 2 atau 3 entri mereka. Seandainya rasa berkenan, mula ‘follow’ blog tersebut. Setelah membuat pemerhatian beberapa minggu, anda bolehlah membuat link ke dalam bloglist (tak payah mintak izin pun takpe, itu hak anda, suka hati anda laa) serta memberi komen pada entri-entri mereka. Insya-Allah, ada kesempatan mereka akan menjengah pula blog anda. Tapi jangan mengharapkan ada komen dari mereka. Kalau ada entri yang bersesuaian, nescaya mereka tidak akan lokek untuk berkongsi pendapat samada positif atau negatif. Terpulang kepada cara anda untuk membuka topik dalam penulisan blog anda. Dengan cara ini, anda boleh kenal rapat dengan bloggers lain dengan lebih intim sementelah kebanyakan bloggers di Malaysia ini pun lebih suka menulis perihal kehidupan mereka sehari-hari. Walaupun anda mungkin akan menjadi kurang glemer macam aku, tapi hakikatnya bukan kuantiti sahabat bloggers yang menjamin kebahagiaan dan keseronokan berkongsi cerita dalam blog ini. Tapi kualiti pembaca-pembaca yang menghayati mesej atau sekadar bebelan kosong anda yang akan membuatkan anda tak jemu ber-blog.


5. Jiwang – Err, aku tengah hepi dalam sepi neh. Camne aku nak bukak citer jiwang pulak. Ahhahahaha… I’m single but not available. :P


6. Games/Gadget/Technology – Tepuk poket, tanya laa buku akaun. Kalau dah takde duit, buat cara takde duit. Kalau nak beli barang, belilah barang yang paling praktikal. Sebagai contoh, kalau anda seorang yang bergaji mewah, tapi jarang dok umah sebab asyik kena buat overtime atau outstation, toksah laa menggatal nak beli PS3. Membazir duit, tambahan pula kena beli Blu-Ray original pulak tu lagi. Sila lah beli PSP. Kalau nak henset, belilah Nokia N97. Beli iPhone tapi takde video call terasa bagaikan ditipu sahaja duit beribu-ribu itu. Kalau nak laptop, jangan fikir yang slim-slim, rekabentuk aerodinamik atau home-theatre sound bagai-bagai. Fokuskan pada kuasa pemprosesan, daya RAM serta kapasiti harddisk. Sekurang-kurangnya model terbaik di pasaran ketika ini pun cuma boleh kekal untuk 3-4 tahun penggunaan sahaja. Jadi janganlah membazirkan wang anda ke atas satu-satu produk yang tak praktikal dengan gaya hidup anda.


7. Agama – Amboi, bila tang agama ko taruk last-last ye Jai? Okeh laa. Nak dipermudahkan cerita, manusia neh bila akil baligh je, maka dia sudah bertanggungjawab ke atas semua dosa-dosa yang dia lakukan. Kalau kita buat kemungkaran, kita dapat dosa. Kita tak buat, kita tak dapat dosa. Mudah kan? Tetapi jangan dilupa. Kehidupan selaku muslim/muslimah ini ada ibadat-ibadat fardhunya, ibadat wajibnya. Kalau buat dapat pahala, tak buat pulak boleh dapat dosa. Oleh itu, pada mereka yang dah ada anak, terutama anak yang belum akil baligh, dimintalah jangan penaya kat budak tu. Ajarlah mereka perkara-perkara fardhu supaya boleh dibuat rutin harian mereka. Aku sentuh bab solat (ini untuk yang belum akil baligh je tau), paksa mereka untuk tunaikan solat subuh dan maghrib sahaja dulu. Kecualikan mereka dari menunaikan tiga solat yang lain. Hikmahnya? Solat subuh dan maghrib ini adalah solat yang rakaatnya paling sedikit. Tak susah nak buat tapi susah nak diamalkan sebab solat subuh kena bangun pagi dan solat maghrib pula kena kejar waktu sebelum isyak. Andai dua solat ini sudah dapat dikuasai, 3 solat lain yang walaupun 4 rakaat itu, nescaya akan dianggap kacang sahaja untuk ditunaikan bagi anak-anak anda. Secara tidak langsung apabila sudah akil baligh, ini akan menjadi rutin harian kehidupan mereka sama seperti gosok gigi, mandi dan makan setiap hari. Janganlah jadi seperti aku yang masih merangkak-rangkak nak melatih diri menunaikan yang fardhu tatkala sudah bertaraf boleh jadi bapak orang ini. Huhu.



Hah! Dalam takde idea pun dah tujuh tajuk yang aku berjaya ulas kali neh. Ahahahahahahaha! Shabbas bhetti!

20.1.10

NO TITLE


“Atan! Bila ko nak kemas harddisk ko neh?! Bersepah mak menengoknya…”

“Alaa, nanti laa mak. Tengah bizi laa neh. Tengah dok perah otak nak cari idea untuk buat entri neh…”

“Hah itu laa ko. Layankan laa sangat malas engko tuh. Dari kecik sampai besar tak ubah-ubah…”

Seketika kemudian…

“Laa… bookmark Mozilla ko pun bersepah jugak? Dah tahap kronik dah kemalasan ko neh Atan…”

Err, dialog di atas adalah rekaan semata-mata. Kalau nak diikutkan, mak aku tu pegang mouse pun tak reti. Ekekekekekek.

Kalaulah dia tahu anak jantan dia neh kerja nak online je 24 jam, haruslah dia berasa hairan apa aku buat dok mengadap laptop memanjang. Kalau dia tanya aku, biasanya aku jawab mudah, “Tengah main game, mak!”

Heh!

16.1.10

HMI : MAWAR MAWAR

Adakah mood juara lagu sudah habis? Yup.

Tapi selasa lepas (masa tu mood belum habis) aku ada mendownload semula persembahan Aizat untuk lagu Pergi-nya. Kalau siapa yang menonton, pasti anda perasan ada seorang minaci kiut yang membuka intro persembahan dengan nyanyian lenggok irama Pergi ala Hindustan.

Sejurus membuatku terkenang akan sebuah lagu dari filem Tamil kegemaranku satu waktu dulu. Aku tak ingat tajuknya tapi kalau tak silap Kadhalar Dhinam. Cerita neh best sebab menceritakan kisah pemuda kampung miskin yang merantau ke bandar kerana berpeluang menyambungkan pelajaran setelah mendapat biasiswa tetapi tertangkap cintan dengan seorang awek yang beliau kenal dalam dunia chatting lalu merudumkan prestasi pelajarannya dan beliau tersedar akan kesilapan kemudian cuba memenangi kembali hati-hati yang pernah dikecewakan itu. Hambik ko. Sipnosis senafas je neh.

Lagu yang menjadi kesukaan aku bertajuk Roja Roja atau dalam bahasa melayunya Mawar Mawar (Rose Rose). Suka hati aku je main hentam. Ye laa, aku asyik nampak bunga mawar merah je dalam klip neh.



Sori, kualiti audio/video kurang memuaskan. Silalah jangan tanya kenapa. Paham-paham sendiri.

~Roja Roja (4 kali), Kanda Pinnae, Unnidaththil., Ennaivittu, Veeduvandhaen~

15.1.10

DRAMA SWASTA YANG TIDAK DRAMATIK TAPI REALISTIK

Di hari yang baik ini adalah lebih baik kita bercerita mengenai cerita-cerita yang baik, yang mana sinonim dengan blog Encik Akeji yang nampak keji tapi sebenarnya baik ini.

Apa cerita yang baik? Jodoh adalah satu contoh cerita yang baik. Jodoh ketentuan Illahi. Bla Bla Bla.

Tiba-tiba aku terasa bahawa aku bukanlah orang paling sesuai bercerita tentang jodoh.

Tapi masalahnya ini bukan cerita pasal aku. Ini cerita pasal aku nak tumpang hepi-go-laki seorang rakan seperjuangan yang telah menemui jodohnya setelah puas mencari di sana sini.

Err, cerita basi sebab aku dah pun publishkan gambar pertunangan mereka di sini.

Kalau nak bukak topik bercerita pasal aku, nak aje aku luahkan perasaan di sini. Tetapi aku mengerti bahawa mala’un jiba’uk mamat neh pun turut membaca blog aku. Nanti kalau dia tau luahan hati aku, habis dicanang kat member-member. Maka aku simpan je laa dalam hati takut-takut nanti jadi modal mengumpat di kedai mamak pulak nanti. Har har har harun salim bachik!

Berbalik kepada topik asal. Seperti yang pernah aku ceritakan, sahabat aku bernama Encik Ijal neh telah mengundang cameraman video (bahasa pasar) untuk majlis pertunangan. Aku bajet ia akan dibuat secara simple untuk koleksi peribadi kenangan mereka di hari tua. Namun jangkaan ku meleset. Kualitinya boleh tahan (sebab pelakon pun bukanlah handalan) beserta dengan soundtrack mengagumkan dan screenshot yang gila gaban. Mula laa aku nak menulis ala-ala pantun neh.



Sekiranya anda berkenan dengan hasil beliau, bolehlaa mengusyar Facebook beliau di sini untuk makluman lanjut. Err, maksud aku cameraman tu. Bukan member aku neh. Beliau tunangan orang. Silalah jangan kacau. Nanti dia kena simbah asid baru tau.

Terasa seperti video ini dah layak ditampilkan dalam sisipan Nona (walaupun aku tak pernah tengok Nona). Bla bla bla…



~”Saya? Saya solo lagi! Meh, meh ngurat meh!”~

P/S : Selamat hari jadi, bekas kekasihku yang tak berapa gelap!

14.1.10

1408

Beberapa hari yang lepas aku menonton Star Movies di kedai mamak setelah siaran bolasepak dibatalkan akibat fenomena cuaca salji tebal.

Filemnya bertajuk 1408, dilakonkan oleh John Cusack. Sebuah filem bercorak horror tapi tak horror, psiko tapi tak psiko. Mengisahkan mengenai watak utama Michael Elstein (kalo tak silap namanya) yang merupakan penulis novel atau rencana mengenai fenomena rumah berhantu. Aku tak pasti sangat sebab aku tengok filem ini sewaktu tayangan sudah masuk minit kelima atau kesepuluh lebih kurang.

Ceritanya adalah berkenaan watak Michael yang mengalami krisis kepercayaan terhadap agamanya setelah anak beliau mati akibat sejenis penyakit. Beliau tidak dapat menerima hakikat itu dan menyalahkan isterinya yang sering menyarankan agar beliau berserah pada tuhan sedangkan beliau percaya mereka sepatutnya berusaha lebih keras untuk menentang takdir tersebut.

Modus operandi beliau dalam penulisan adalah dengan cara meluangkan masa membuat kajian dengan bermalam di mana-mana rumah/kediaman tempat orang mati dibunuh/bunuh diri untuk beliau alami sendiri peristiwa-peristiwa aneh yang seirng diceritakan orang. Lazimnya setiap kali berdepan dengan sesuatu peristiwa beliau akan mengkaji sejauh mana kebenaran peristiwa-peristiwa pelik ini samada ia berlaku disebabkan perkara lain atau benarkah ada kuasa mistik di sebaliknya.

Memandangkan beliau memiliki vendetta peribadi dengan tuhan, maka seringkali beliau bersikap skeptikal dalam menilai unsur mistik semata-mata kerana ingin mengubah persepsi pembaca beliau supaya mereka percaya tiada hantu (atau tuhan) yang wujud dalam dunia ini.

Beliau tertarik dengan sebuah bilik hotel di Dolphin Hotel, New York yang didakwa berhantu kerana kesemua penghuninya telah mati membunuh diri kurang sejam selepas daftar masuk. Pihak hotel telah berusaha keras untuk menghalang niat beliau yang mahu bermalam di sana tapi beliau tetap degil dengan pendiriannya. Pengurus hotel sempat menceritakan mengenai nasib seorang amah yang sedang mengemas bilik ditemui telah mencungkil biji matanya sendiri menggunakan garfu; mungkin kerana tak sanggup melihat perkara yang telah dilihatnya dalam bilik itu.

Michael sudah semestinya memandang cerita ini dengan sinis kerana peristiwa aneh yang berlaku depan mata pun beliau berjaya bongkar misterinya, inikan pula sekadar cerita lisan. Setelah berjaya mendapatkan kunci bilik, berbekalkan alat perakam suara (untuk tujuan rujukan penulisan) dan beberapa gadget lain, beliau menuju ke bilik bernombor 1408 itu.

Seperti biasa, berlakulah peristiwa-peristiwa aneh seperti radio terpasang sendiri dan berbagai lagi. Penat beliau cuba memikirkan logik disebaliknya tetapi apabila jam radio digital di bilik hotel secara tiba-tiba membuat countdown selama 60 minit walaupun plug telah dicabutkan, beliau mula mempercayai ada makhluk lain di situ. Beliau cuba melarikan diri namun terkurung dalam bilik apabila anak kunci patah dan tombol pintu pula tercabut. Usaha beliau untuk lari ke tingkap bilik sebelah melalui belebas di luar bangunan tidak berjaya kerana hanya tingkap bilik beliau yang kelihatan wujud di bangunan itu ketika itu. Seumpamanya beliau berada dalam dimensi berbeza dari dunia luar. Beliau sempat juga bertemu dengan bayangan anaknya yang telah meninggal dan dipaksa untuk menerima kematian anaknya di hadapan mata sekali lagi.

Jam radio digital tadi menunjukkan countdown semakin berakhir; dan apabila masa sudah tamat, segala kelengkapan dalam bilik itu kembali menjadi normal seperti ketika beliau mula-mula daftar masuk. Telefon berdering dan suara di gagang telefon mencadangkan agar beliau perlu membunuh diri sekiranya tidak mahu mengalami lagi tempoh masa 60 minit yang menyeksakan mental itu berulang setiap kali.

Akhirnya beliau bertindak membakar bilik itu dengan niat mahu berkubur di dalamnya dengan harapan tiada penghuni lain akan menjadi mangsa di masa akan datang; tetapi anggota bomba sempat tiba di lokasi untuk menyelamatkan nyawa beliau.

Sejurus terselamat, beliau kembali pada isteri yang ditinggalkan dahulu dan cuba mulakan hidup baru. Di akhir babak, beliau meneliti barangan peribadi beliau yang sempat diselamatkan dalam kebakaran, dan mendapati alat perakam suara beliau masih elok. Ketika menekan butang play, kedengaran rakaman suara bayangan anaknya (ketika bayangan anaknya datang mengganggu di bilik hotel itu) membuktikan bahawa apa yang beliau alami bukan sekadar halusinasi minda.

Okeh, aku takut. Tapi aku ingat kalau hantu Ju-On terserempak ngan hantu hotel neh, dia bantai gelak mengejek je kot.

Lalalala...

13.1.10

PEE-WAN



Bagi mereka yang belum tau, aku berhubung dengan dunia internet melalui bantuan jalur lebar yang popular dengan nama P1 atau nama penuhnya Packet One Data.

P1 diperkenalkan pada aku oleh sahabat aku saudara Amarizal. Di mana beliau sebelum itu ada melanggan Maxis Broadband tetapi line slow nak mampus. Promosi besar-besaran ketika P1 baru dilancarkan berjaya menggamit dirinya untuk menjadi pelanggan terawal. Pada mulanya aku agak skeptical dengan wireless broadband ini kerana pernah melanggan fibre-optic broadband iaitu Streamyx satu ketika dulu tetapi line tetap jugak tak stabil apatah lagi ketika itu kebetulan baru sahaja berlaku gempa bumi di Taiwan yang menyebabkan gangguan talian kabel di bawah dasar laut.

Setakat nak donlod video kat P2P seperti Kazaa atau Limewire, tak sah kalau tak makan masa lebih 24 jam. Bayaran permulaan bulan pertama juga sangat tinggi dan tak masuk akal bagi aku. Belum lagi kalau nak cerita bab kontrak perjanjian langganan minimum selama setahun itu.

Unlimited bandwidth? Ye, memang sungguh unlimited sehingga menggalakkan ramai puak (seperti aku juga) yang mengonlinekan desktop mereka selama 24 jam sehari semata-mata untuk download movie atau album artis. Membuatkan traffic bandwidth semakin sesak dan memberi kesusahan kepada pelogin baru.

Oh ye, sebelum aku memasang Streamyx, aku juga sedar akan risiko yang perlu aku tanggung akibat lebihan bil apabila aku dipaksa untuk memasang talian telefon sekiranya mahu memohon talian Streamyx. Talian telefon juga ada yuran pemasangan pada bulan pertama, menambahkan lagi pening kepala untuk aku membayar bil mereka.

Dan, selaku seorang lelaki yang agak buaya dulunya (sekarang tidak lagi), bergayut dengan mana-mana awek di hujung corong telefon tanpa mengira di mana lokasi mereka berada hatta Sarawak sekalipun, tidak membantu aku untuk kekal konsisten menanggung segala bebanan hutang yang ada.

Yang aku hangin tu, sebab ketika aku mula nak mendaftar, aku mendapat tahu TM ada melancarkan talian telefon tetap prabayar, yang mana mungkin boleh membantu aku mengawal segala nafsu buas aku dalam proses mengayat awek di sana sini itu; namun bila aku dah siap isi borang, baru laa petugas TM mengatakan “Kalau awak nak pasang Streamyx, awak tak boleh pakai line prepaid neh.” Cam haram tak?

Dengan polisi perniagaan mereka yang entah apa-apa tuh, tambahan pula ketagihan aku dalam ber-online, membuatkan aku rasa marah yang amat pada mereka kerana berjaya menarik aku ke lembah menanggung kredit hutang menimbun pada usia muda di kala aku masih naïf dan tak tau apa-apa.

Okeh, mungkin pandangan aku neh bias sikit dan penuh kontroversi kerana aku masih tersenarai sebagai salah seorang penghutang tegar mereka yang cukup liat nak melunaskan sejumlah lebih RM1000 hutang kepada mereka. Namun aku percaya antara-antara faktor yang aku sebutkan di atas, berserta juga dengan fenomena gempa bumi yang lalu yang membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia terputus hubungan internet selama 2 hari (tidak ada akses untuk online banking, credit card payment hatta nak buat video conference meeting antara syarikat dengan pelanggan sekalipun) membuka mata banyak pihak supaya TM tidak lagi dibenarkan untuk memonopoli pasaran jalur lebar negara. Maka mula laa muncul pelbagai Wimax yang ada termasuk P1 dan Amax.

Kini barulah TM beria-ia mula memperkenalkan polisi baru seperti teknologi wireless dan pengecualian pemasangan talian tetap di rumah.

Huh!

Setelah lewat beberapa bulan sahabat aku melanggan P1, aku meneliti kawasan liputannya untuk dijadikan panduan dan mendapati kawasan tempat aku bekerja di Cyberjaya telah dirangkumi. Untuk tidak melakukan kesilapan kali kedua, aku mengumpul sejumlah RM200 terlebih dahulu sebelum melanggan kerana aku tak mahu lagi tertipu dengan pujukan “Ambik je dulu bang, bayar kemudian” seperti yang pernah berlaku ketika aku gatal nak pasang Streamyx dulu.

Bayaran pertama RM210 dengan pembelian modem sebanyak RM50 atau RM100 (aku dah tak ingat) dan bayaran bulanan RM99 dengan kontrak 24 bulan. Tak banyak berbeza dengan zaman aku pakai Streamyx cuma kali ini aku tak disemakkan dengan pembayaran bil telefon sementelah aku lebih selesa memakai henfon prabayar saja.

Speed? Sekiranya anda dalam lingkungan liputan, P1 mampu untuk melayan kehendak speed yang anda perlukan biarpun seandainya kesemua isi rumah adalah pelanggan P1 dan sedang online, anda mungkin berdepan dengan sedikit kesesakan bandwidth. Bagaimanapun itu agak mustahil kini kerana P1 bukan pemonopoli pasaran jalur lebar seperti TM satu ketika dulu.

Lagipun mereka ada polisi fair usage yang mana sekiranya anda telah memenuhi kuota bandwidth bulanan anda (dalam kes aku 20GB sebulan) speed anda akan dikurangkan untuk memberi laluan bagi mereka yang masih belum penuh kuota serta mereka yang membayar pelan yang lebih mahal. Ramai yang menganggap ini satu kesulitan tapi bagi aku cukup adil laa tu berbanding Streamyx dulu.

Kawasan liputan? Masih terlalu kecil jika dibandingkan broadband yang ditawarkan pengguna Maxis atau Celcom tetapi kerana berkapasiti 4G, maka speed yang anda perolehi lebih hebat dari mereka. Anda juga masih akan dapat signal sekiranya berada dalam jarak radius 500 meter dari kawasan liputan terdekat walaupun speed anda terhad.

Setakat ini, khidmat pelanggan mereka masih cemerlang (mungkin kerana pelanggan belum ramai) membuatkan aku tak lokek nak buat bayaran setiap bulan. Boleh dikatakan setiap kali aku telefon P1 Careline, mereka sedaya upaya membantukan cuba menyelesaikan masalah dan setiap e-mail feedback yang aku hantar pasti akan direply dalam jangkamasa kurang seminggu.

Cuma aku belum pernah menghadapi masalah yang besar maka aku tak tau bagaimana mereka akan meng-handle masalah aku di kemudian hari. Setakat ini, kunjungan aku ke service center mereka pun hanyalah sekali kerana aku tertukar modem (kesilapan sendiri) dengan sahabat aku tadi yang membuatkan aku tak dapat online kerana beliau tak bayar bil. Hampeh ko Ijal!

Aku tidak kata kualiti atau polisi P1 adalah yang paling berkualiti, tapi bagi aku mereka tetap adalah terbaik buat masa ini berbanding pesaing mereka, membuatkan aku mahu setia memilih mereka. Walaupun aku tak dapat potong; sebab aku dah pernah ‘kena’ potong, tetapi potong atau tak, kenikmatannya tetap terasa.

Dan baru-baru ini aku dapati kawasan bilik di rumah aku dah ada line walaupun cuma signal kuning (medium speed).

Menambahkan lagi keterujaan!

Lalalala…



*Gambar neh tade kena mengena sebab neh gambar promosi Wiggy sedangkan aku cuma pakai Desktop Modem sahaja. Tapi suka aku laa nak upload gambar apa pun, kan? :P



Boss-boss P1 sekalian, anda bolehlah membayar royalti pada aku sejumlah RM2.5 juta sahaja berikutan penyiaran entri ini. Kemurahan hati anda amat dihargai.

12.1.10

CIKGU LELAKI VS CIKGU PEREMPUAN

Hoho. Ini bukan entri chauvinist di sebalik tajuk yang agak kontroversi di atas.

Entri ini ditulis untuk didedikasikan kepada kenalan-kenalanku yang menjawat profesion mulia sebagai guru di seluruh negara. Antara nama-nama yang aku boleh petik di sini adalah Cikgu Shah (cikgu jawa) dan Cikgu Ain (cikgu tak berapa nak jawa).

4 Januari yang lepas, hari pertama pembukaan sesi persekolahan 2010; Buletin Utama ada menyiarkan perihal sebuah kelas pendidikan khas di sebuah sekolah (tak ingat sekolah mana) yang memiliki hanya dua orang pelajar sahaja. Masing-masing pekak dan bisu. Yang membuatkan aku tersentuh kerana mereka ini kanak-kanak yang comel, kreatif, girang dan ceria; diajar pula seorang cikgu muda yang aku lihat memiliki aspirasi tersendiri. Cikgu tersebut ada meluahkan sedikit kekesalan kerana beliau tahu masih ramai kanak-kanak istimewa di luar sana yang turut sama dahagakan ilmu dan harus diberi hak untuk ke sekolah seperti kanak-kanak lain, tetapi tiada kesedaran dari ibubapa dalam cuba mencari jalan dan usaha mendaftarkan anak mereka ke dalam kelas itu.

Aku teringat ketika di zaman sekolah rendah, cikgu lelaki lebih mendominasi carta sebagai cikgu feveret kerana pendekatan yang digunakan mereka lebih rileks dan spesifik. Cikgu wanita pula lebih general dan mementingkan teknik pengajaran mengikut syllabus KBSR yang telah ditetapkan.

Cikgu BM aku suka mengarut sambil bercerita seperti memberi contoh perihal persepsi dalam minda manusia. “Kamu bayangkan, ada sebuah lukisan berwarna hitam putih. Ada pemerhati yang mengatakan ia melambangkan perpaduan sejagat antara dua bangsa berbeza. Ada pula yang menyangka ia permainan kontras warna untuk menegaskan di mana batasan dua ideologi berbeza. Padahal pelukis tu sebenarnya nak lukis gambar taik cicak je.”

Cikgu BI aku (kebetulan adalah datuk sedara aku) pernah menerangkan perbezaan antara good, great, dan best. “Sebagai contoh, Sir Ahmad is the best teacher in the world,” kata beliau. Ramai classmate aku yang tersengih-sengih dalam kelas dan ada pula yang meminta baldi/besen untuk dibuat tadahan muntah.

Cikgu Matematik aku pernah memulakan kelas dengan satu perkhabaran berita gembira. “Cikgu tahu ramai yang tak suka bila cikgu tiba-tiba buat kuiz masa cikgu masuk kelas. Oleh itu, cikgu akan memansuhkan kuiz bermula hari ini.” Ada yang bertepuk tangan. “Sebaliknya cikgu akan memperkenalkan pula Pop Kuiz sebab cikgu tahu kamu semua suka tengok rancangan tu.” Err, hampeh!

Ustaz aku pernah bercerita mengenai ijtihad Imam Syafie’ dalam qaul yang menyatakan pergerakan tiga kali anggota badan secara berturut-turut dalam solat boleh dikira sebagai batal kerana hilang nikmat khusyuk. Tapi ustaz aku sempat buat demonstrasi kalau-kalau ada nyamuk hinggap kat pipi atau dahi. “Kalau anggota badan tu, ia hanya melibatkan tangan. Gerakkan tangan kamu ke tempat gatal tu, pastu kamu garu laa banyak kali pun takpe. Asalkan hilang gatal dan sedap.” Sila bayangkan jari anda sedang menggaru secara pantas. Memang tergelak kitorang tengok aksi ustaz Wahab ketika tu. Agaknya ini lah teknik hujah yang dimodified ramai pihak yang mengatakan “kalau tertengok perempuan seksi, itu namanya tak sengaja. Jadi jangan kelip mata atau pandang tempat lain. Sebab kalau tengok 2 kali dah dianggap berdosa.” Wakaka, hampeh punya malaun yang buat dalil neh.

Cikgu Sains aku perempuan. Yang aku ingat, beliau hanya mengulang istilah hipotesis, inferens dan fotosintesis berulang kali. Sungguhlah bosan sekali kelas itu.

Heheh, tapi itu cerita di sekolah rendah. Buat cikgu perempuan semua, sila lah jangan kecil hati.

Bila aku dah masuk sekolah menengah, secara tiba-tiba perspektif itu berubah. Cikgu lelaki lebih dilihat berlumba-lumba nak tunjuk garang dan bakat menjadi cikgu displin. Pantang ada spot-check kat perhimpunan, muka mereka pasti ketat dan intimidating laksana harimau sedang menunggu masa untuk menerkam mangsa.

Dan cikgu perempuan pula dilihat lebih cool dengan sifat keibuan mereka. Atau mungkin juga ada pengaruh hormon dari aku apabila tetiba rajin nak menumpukan perhatian dalam kelas bila certain-certain cikgu memakai baju kebaya ke sekolah. Tu belum nak cerita lagi perihal teacher-teacher amoi yang mengajar BI atau Math pakai skirt bila masuk kelas. Lebih fokus kami dibuatnya walaupun kurang pasti samada segala ilmu tu betul-betul masuk otak ke atau tak.

Dan cikgu perempuan lebih suka bertanya “apa masalah kamu sebenarnya dalam nak menyiapkan kerja sekolah neh?” bila aku terkantoi tak siap kerja berbanding cikgu lelaki yang lebih prefer suruh berdiri mengadap papan hitam sambil merotan bontot atau tapak kaki/tangan.

Secara dasarnya, lelaki dan perempuan itu memang tidak sama. Mereka melengkapi antara satu sama lain. Aku ingat kalau cikgu sains masa sekolah rendah aku kerjanya nak buat lawak je macam cikgu lain, memang haram aku takkan faham apa itu perbezaan sebenar hipotesis dan inferens (seyesly, mula-mula start belajar memang aku kompius gila bab neh).

Patutnya aku simpan entri ini untuk hari guru. Tapi lambat sangat lagi, dan aku teruja nak berkongsi ngan korang cerita neh sekarang.

“Ko tanak jadi cikgu ke Jai?”

Err, zaman sekolah dulu aku juara ponteng kelas/sekolah. Apa agaknya akan jadi kat anak murid aku kalau aku jadi cikgu yang kaki ponteng gak nanti? Heheh…

11.1.10

KERATLAH JARIMU ITU

Disclaimer : Okeh, aku tersilap. Pejal Tahir tidak menang, sama juga nasib dengan Yuna (kau tetap kalah, Tirah!). Maka seperti yang dijanjikan, silalah kerat jari-jarimu itu samada secara berirama atau solo.

Sesungguhnya lagu yang berjaya menggondol kejuaraan, Aizat – Pergi memang karya yang baik tetapi aku percaya pengaruh undi simpati adalah penyumbang kejayaannya di sini di samping intro persembahan yang kelihatan mahu cuba menampilkan lagu ini dalam konsep 1Malaysia konon-kononnya. Ceh. (ayat umpama lagak orang kalah judi nampaknya)

Sama juga kisahnya dengan Pejal Tahir yang sengaja berjalan bertongkat menuju ke hadapan pentas sedangkan beliau sepatutnya boleh berdiri satu tempat sahaja. Menduduki tangga ketiga walaupun kualiti suara beliau malam itu jelas kelihatan tidak optimum (sila jangan kaitkan sesi karaoke saya dengan insiden berkenaan, oke!) sangat mengecewakan biarpun lagu yang dipertaruhkan sebenarnya sudah cukup kuat. Namun untuk berada di pentas Anugerah Juara Lagu sambil membuat persembahan ketika kaki berdenyut sakit; beliau harus dipuji kerana berani menunaikan tanggungjawab sendiri.

Yuna cukup mengejutkan aku secara peribadi kerana aku sudah awal-awal menyangka bahawa beliau tersepit antara cuba membuat gimik atau persembahan vokal. Lagu beliau yang bersahaja tidak sesuai disampingkan dengan gimik yang over, maka beliau perlu pilih salah satu untuk menambat hati juri professional malam itu. Tetapi, beliau tetap berjaya menampilkan persembahan unik yang menonjolkan bakat suara sebenar serta gimik persembahan yang simple tapi menghiburkan pula. Suka tengok dia menggoyangkan badan sambil memetik gitar; kelihatan begitu rileks dan enjoy sekali.

Persembahan awal Siti Nurhaliza dan Lan The Typewriter tidak sempat aku saksikan (cuma dengar sahaja) kerana kedai makan yang menyiarkan layar besar tempat aku menonton ketika itu mengalami masalah dengan projektornya. Tetapi menerusi sayup-sayup suara Siti yang kedengaran dari kedai sebelah cuba membawa Lagu Untukmu, aku percaya ia adalah sesuatu yang menakjubkan maka aku sedang menuggu sekiranya ada insan-insan yang meng-upload persembahan tersebut di Youtube untuk aku saksikan sendiri nanti.

Apa-apa hal aku rasa konsep Anugerah Juara Lagu kali ini yang diberi nafas baru ternyata segar dengan pengenalan tanpa kategori. Promonya juga mengagumkan. Tidak ada lagi minus one sebaliknya alunan muzik dibimbing oleh orkestra. Sesi pengenalan senarai juri juga tidak lagi mengikut rentak lama yang membosankan. Takziah aku ucapkan pada Pejal Tahir (sebab tak perform) dan Yuna (sebab tak menang) dan tak perlu ucapan tahniah untuk Aizat. Bla bla bla…



~Okeh, mungkin aku ada badi sikit kot. Jom ikut aku pergi mandi bunga. Lalalala~

P/S : Selamat hari jadi, bekas kekasih gelapku!

10.1.10

HMI VS AJL : EPISOD KHAS

Nampak tak mata mamat neh merah semacam?




Jika tahun lepas Encik Mohd Ashraff begitu kecewa sambil menangis keseorangan di hadapan kaca TV apabila melihat Faizal Tahir kalah dalam Anugerah Juara Lagu, mungkin tahun ini beliau sedikit lega kerana Meet Uncle Hussein telah menarik diri dari mempertaruhkan lagu ‘Putihnya Lukisan’ mereka yang sebenarnya cukup hebat itu.





Aku bukan peminat Bunkface, apatah lagi Hujan walaupun ambik tau lagu-lagu mereka serta boleh tumpang menyanyi sama.




Untuk aku menyokong pula Shah Inderawan, adalah kurang relevan kerana satu ketika dulu aku adalah Ahli Gerakan Membenci Tomok.




Stacy, Akim, Hafiz, Aizat? Arghh. Pergi mampus lah korang graduan-graduan sijil tak laku dari Akademi Fantasia walaupun lagu-lagu mereka best jugak sebenarnya.




Alyah? Sape dia neh?





Estranged, Black? Powerful voice but not powerful song for this year.




Misha Omar merupakan contender yang harus digeruni. Tak pasti untuk aku cakap samada beliau mampu memberikan saingan sengit atau tak. Fenomena lagu balada sememangnya kian tenggelam kini apabila kemunculan band-band serta artis solo indie tetapi kalau kena dengan orang dan cara pembawakannya, tak mustahil lagu ‘Cinta Adam & Hawa’ neh mampu produce something.




Yuna, adalah second feveret aku. Suara yang unik, genre yang aku tak pernah sangka aku akan kata “Wow, not bad jugak lagu camneh.” Walaupun beliau aku kategorikan sebagai artis One-Hit-Wonder buat masa ini; sebab bila aku tanya “Ko dah dengar lagu Yuna – Cinta Sempurna?” rata-rata akan menjawab “Apakah neraka itu (pinjam ayat Kak Kema)? Itu lagu Sixth Sense laa mangkuk!”, tapi berdasarkan trend pemilihan juri pada musim-musim yang lepas, Yuna ada peluang besar nak menang kerana dia berjaya menampilkan sesuatu yang segar.




Ehem, nampaknya kali ini aku terpaksa mengaku penyanyi yang aku harapkan untuk menang adalah Faizal Tahir. Suara rock & roll-nya, lagunya yang digarap begitu baik, perlu selari dengan persembahan vocal beliau di malam ini (tanpa perlu menanggalkan baju) walaupun beliau dikhabarkan masih sakit dan terpaksa telan painkiller untuk persembahan beliau tersebut.

Oleh itu, tak mustahil Bunkface akan menggondol persembahan terbaik sebab mereka neh memang raja gimik (haha, ayat sarcastic) tapi aku percaya Faizal Tahir jugak yang akan pulang selaku juara walaupun aku tak pasti sejauh mana kualiti yang akan beliau bawa nanti. Kalau apa yang aku cakap neh tak betul, sila kerat jari anda.

Itupun nasib baik laa sebab Lan dah keluar MUH. Kalau tak, menangis lagi laa Encik Ashraff kita jawabnya. Lalalala…



~Maaf, saya bukan gay!~

9.1.10

HMI : GOOD NITE!

Dah lama tak dengar radio. Tiba-tiba terpasang pulak hot fm menyiarkan lagu Pejal Tahir – Selamat Malam.

Oi Pejal, camne aku nak tidur kalau ko terjerit-jerit di corong radio? Lalalala…

Lagu neh difahamkan dah agak berbulan-bulan berkumandang. 2 bulan mungkin. Sebelum beliau sakit. Sekarang taktau laa apa citer dia. Dan aku pun tak berkenan sangat nak amek tau. Aku suka lagu dia je. Lalalala…





Amacam? Best tak lagu neh?

Maaf, aku sepatutnya meletakkan dulu disclaimer seperti “AMARAN : BOLEH MENYEBABKAN TELINGA BERDARAH”

Kepada mereka yang telah meng-klik video di atas, sekiranya terdapat simptom-simptom seperti telinga bernanah atau berlendir, mual-mual, loya atau muntah hijau florescent, sila laa cepat-cepat dapatkan rawatan pakar.

Sesungguhnya karaoke syok sendiri ini aku sumbangkan ketika sedang mencari lirik lagu dan terserempak pula dengan video beliau di youtube. Kredit untuk beliau kerana aku telah mencilok video tersebut bagi tujuan menipu korang seperti di atas.

Okeh, suara aku tak sedap. Tak perlu korang nak kutuk sebab aku sendiri pun terkekeh-kekeh gelak mendengar pitching suara yang tak menjadi serta kekantoian lirik Pejal Tahir yang sememangnya suka dengan alunan wordplay-nya. Macam haram transisinya laju nak mampus, mengelabut aku nak follow.

Lagu nyanyian aku tadi tak penuh; sebab asyik tahan gelak, kemudian menjerit parau tak tentu pasal membuatkan peti suara aku sudah jem lalu terpaksa menamatkan karier nyanyian aku yang baru nak bercambah neh. Gantung mikrofon laa aku lepas neh.

Berikut aku tampilkan pula satu lagi video lain yang diupload untuk lagu ini. Jangan risau, kali ini akan disertakan sekali dengan audio asal untuk korang hayati dan nyanyi syok sendiri seperti yang telah aku lakukan tadi.





Okeh, ye laa, aku ngaku laa aku neh peminat Pejal Tahir. Puas hati?

8.1.10

SO TYPICAL

Slot Zehra, slot terbaru drama melayu di TV3 yang bersiaran setiap Jumaat jam 9 malam, bermula dengan gah apabila mempertaruhkan Nur Kasih sebagai mukadimah.

Kini ia diganti dengan Aliff Firdaus. Melihat pada senario pemilihan tajuk, boleh dikatakan slot ini dekat di hati aku berbanding Akasia atau Samarinda yang asyik-asyik ceritanya melibatkan perihal anak orang kaya berhasad dengki di antara satu sama lain tak sudah-sudah.

Malangnya…

Minggu lepas aku menonton Aliff Firdaus episod keempat. Babak dimulai dengan majlis rombongan hantaran peminangan. Watak Aliff muncul di muka pintu menyangkakan Dira, buah hatinya telah dipinang orang. Dengan tergopoh gapah, beliau lari turun dari rumah, menunggang Yamaha Lagendanya tanpa mempedulikan alam sekeliling. Dah macam orang meroyan mati anak pulak aku tengok.

Apabila Dira cuba mengejar Aliff untuk memberi penjelasan, setiapkali Dira bersuara, Aliff akan memotong dengan kata-kata yang tak boleh blah seperti “saya tahu saya ini tak layak berkawan dengan awak” dan sebagainya. Kalau aku jadi Dira, awal-awal lagi aku dah celup kepala Aliff dalam air sawah padi biar dia mati lemas.

Tolonglah. Para penerbit sekalian, para pengarah sekalian, para penulis skrip sekalian, para talent agency sekalian, para pelakon sekalian, tolonglah serius sikit.

Takkan Khabir Bhatia tak berjaya mengajar kamu serba sikit apa yang patut dalam bidang buat drama neh kot?

7.1.10

ALIF LAM LAM HAA…

Satu ketika, kesultanan melayu telah dirahmati dengan kedatangan agama Islam di bumi Melaka. Secara menyeluruh, segala aset dan pembawakan Islam digunapakai ketika itu. Baik dari kalendar Hijrahnya, sehinggalah kepada senibina pun turut mencerminkan keislaman.

Datang pula penjajah, yang mahu mengaut segala hasil bumi di tanah kita. Kita masih diberi ruang untuk bernafas, mencari rezeki, mengamalkan budaya dan sebagainya. Yang lain-lain, mereka kuasai.

Kawasan Asia Tenggara pada dasarnya mengamalkan penggunaan bahasa Sanskrit. Setelah ketibaan Islam dan para pendakwah dari arab, kita menyerapkan banyak istilah arab dalam bahasa kita.

Salah satunya adalah Allah, yang membawa maksud ‘tuhan yang khusus’. Bagaimanapun penggunaan istilah ini memiliki zat tersendiri kerana bagi orang Islam, Allah (tuhan) itu Esa, yakni satu dan tiada duanya. Hatta kita nak sebut “Tuhan diorang lain daripada tuhan kita” pun tak boleh sebab itu akan melanggar prinsip keesaan-Nya.

Bila kita sebut Allah atau tuhan, kita kena sematkan kalimat tiada tuhan melainkan Allah. Simple saja ajarannya kan?

Simple, simple jugak. Tapi kalau bab keagamaan neh yang orang kita payah sikit nak ikut. Baru-baru ini timbul polemik penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Orang-orang arab di luar negara yang bukan Islam memang dah menggunakan istilah ini dah lama dah. Tapi disebabkan masyarakat melayu dalam Malaysia telah dibesarkan untuk membeza-bezakan kalimat Allah dan tuhan ketika zaman imperialis berkuasa di bumi kita (ramai yang ingat maksud Allah adalah tuhan bagi orang Islam) maka berlaku kekeliruan. Pertama sebelum isu Herald di Sarawak timbul, radio kita telah pun menyiarkan lagu Agnes Monica bertajuk ‘Allah Peduli’. Dalam lagu ini, liriknya memberitahu ‘Allah itu Yesusku’.

Aku tak sempat nak mendengar lagu ni sebab dia berkumandang pun tak lama. Tapi ketika mula-mula aku terserempak dengan tajuk lagu ini sewaktu melewati carta-carta top banget di Indon aku sudah mula sangsi. “Eh, Agnes tu Kristian kan?” bisik hati kecilku.

Namanya saja sudah melambangkan kristianitinya. Padahal ketika beliau mula ngetop dulu pun aku sudah berjaya meng-google gambarnya yang dikatakan bertindik pusat nak tiru Britney Spears. Dari artikel yang aku baca aku sudah sedia maklum akan agama beliau.

Pelik kenapa DJ radio tak terfikir akan perihal ini sebelum bertindak menyiarkan lagu ‘Allah Peduli’ itu. Takkan mereka tak tahu sedangkan mereka sepatutnya lebih dekat dengan artis (sepatutnya laa… dah title pun selebriti), kan?

Jadi di mana silapnya? Silapnya adalah apabila perihal nama itu sendiri sudah tidak diambil berat masyarakat melayu zaman sekarang apabila mereka telah didedahkan dengan dunia moden dan berpaksikan konsep “sekarang dah 2010 laa, dunia dah maju kita pun kena maju ikut diorang”.

Berapa ramai orang melayu (yang selalunya mengaku Islam) meluangkan masa untuk mengkaji nama-nama dan maksudnya untuk diberi pada anak-anak mereka? Bagaimana boleh muncul nama-nama pelik lagi ajaib yang tidak ada maksud dalam bahasa arab?

Perihal pakaian, aurat dan tingkahlaku; berapa ramai pula orang kita yang bila duduk sebelah Agnes Monica, nampak seperti adik beradik atau sedara mara?

Tak mustahil kenapa kita boleh leka dalam penggunaan bahasa dan istilah berkaitan nama Allah ini.

Kan? Kan?

P/S : Aku bukan penceramah, aku takde tauliah. Entri ini bukan entri keagamaan, entri ini entri kupasan umum yang tak berkepentingan. Sila rujuk pada yang pakar berkenaan isu ‘Penggunaan istilah Allah oleh orang bukan Islam’. Sila jangan memandai nak buat telahan sendiri. Aku sendiri pun tak berani.



*UPDATE : Selepas menonton video penjelasan Harun Din di Youtube, aku percaya isu yang dibimbangi sebenarnya adalah agak mudah. Iaitu sekiranya istilah Allah dibenarkan digunakan oleh orang Kristian untuk berdakwah, maka timbul konflik pertembungan antara Allah bagi orang Islam dan Allah bagi orang Kristian. Ketika itu kita sudah akan mempersekutukan Allah yakni merelakan kewujudan dua jenis Allah. Jadi nasihat aku adalah sematkan betul-betul kalimah Tiada tuhan melainkan Allah dalam sanubari masing-masing sekerap mungkin buat masa ini. Itu yang paling penting. Na'uzubillah.

6.1.10

3 IN 1

Satu – bila aku bawak kereta Iswara aku yang tengah tunggu masa nak roboh tu melewati tol SILK Bukit Kajang;, haramkan nak senyum, bila aku ucap terima kasih (aku tak kira, aku memang suka thanks kat orang) menjawab pun dorang tak mau. Tapi bila aku ‘tolong’ drive kereta Lancer member aku, mak aih, masa bayar tol singgit, dorang senyum sampai ke telinga biarpun ketika itu aku cuma pakai baju pagoda dengan tak bercukur jambang serta tak mandi petang pula tu.

Dua – setiap hari membawa sebotol air masak/air kosong ke tempat kerja membuatkan tekak aku hilang selera. “Mak, buatkan Atan sebotol sirap. Boring laa balik-balik air kosong,” pintaku manja. Sejurus siap, aku mengambil sebotol lagi air kosong di dalam peti sejuk untuk dibuat bekap sebab aku tau air sirap aku tu akan cepat habis. “Eh, ko nak bawak air sirap ke air betul neh?” Tanya mak aku dalam nada kompius. “Kenapa, air sirap tu air tipu ke mak?” Kuang kuang kuang…

Tiga – Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed diwawancara Datuk Manja Ismail, editor kumpulan Berita Harian di TV3 hari isnin yang lalu. Bila ditanya “benarkah ada tekanan dari ahli politik dalam SPRM cuba menyiasat sesuatu kes?” beliau menjawab, “Kita kena ingat bahawa kerja sebagai petugas SPRM sememangnya satu kerjaya yang begitu pressure. Dalam tinjauan Jobstreet pun menyatakan kerjaya ini menduduki tangga ketiga dalam kerjaya paling mencabar di Malaysia selain kerjaya Perdana Menteri dan surgeon (doktor bedah)”. Eh, neh menjawab soalan ke atau putar alam? Sudahlah acapkali apabila ditanya mengenai kes berprofil tinggi; beliau mengalih perhatian supaya isu itu tak disentuh kerana sedang dalam pemerhatian mahkamah. Paling tak boleh blah apabila beliau mengatakan “masyarakat harus tahu bahawa kerja kami bukan nak mendakwa orang, kami cuma menyiasat. Kami tiada hak untuk mendakwa.” Ye la tu, tapi siapa pulak peguam negara dan hakim-hakim kalau bukan geng diorang gak?



~Killing three musketeers with one sword.~

5.1.10

THIS IS PERSONAL

Three cheers for sweet revenge. Or sort of.

Dendam kesumatku semenjak 11 bulan yang lepas telah berbalas akhirnya. Dengan campuran telur, tepung gandum, gula pasir, serbuk kari, kicap pekat dan minyak masak, Encik Amarizal kini boleh berbangga kerana tersenarai sebagai mangsa projek tak berfaedah kami.

Terima kasih buat Acab kerana memahami perasaan hasad dengkiku ini. Aku memang jenis manusia yang tidak akan damai hatinya selagi ada hutang yang tidak terlunas.

Setelah dikira-kira, boleh dikatakan setiap kali projek berlangsung, aku pasti akan terkena tempiasnya. Baik Amri, Kamal, Acab, Pak Tam atau Norris yang menjadi mangsa sekalipun, aku jugak yang akan pulang dengan keadaan lekit-lekit dan bau kari. Yang itu aku tak heran, yang aku heran camne aku boleh dihempuk telur berulang kali? Muka telur sangat ke aku neh?

Okeh, aku tak dendam bab itu. Yang penting aku happy dan puas hati. Lantak laa walaupun di malam itu ada orang nak buat muka taik ala-ala tak puas hati. Ada aku peduli? Aku kan positif. Ahli dan founder PAPA Selamba gitu. Malas aku nak gaduh.



*Lihat bajuku. Ada kari kan?



*Ini baju baru dibeli. Diulang, baju baru. Nasib baik harganya cuma suku ratus.



*Muka terbehek. Padan muka!



*Sental, jangan tak sental. Minyak tuu…



*Body berkilat ala-ala bodybuilder.


Pasti ada yang tertanya, akan ada pusingan yang seterusnya ke?

Mungkin, mungkin ada. Sekiranya mereka masih tidak sedar akan kesilapan diri mereka.

Percayalah!

4.1.10

SAYA SEORANG POSITIF

Tidak, aku bukanlah artis yang positif ketika parti Krismas minggu lepas. Bukan juga HIV positif. Apatah lagi positif ujian kehamilan (gilo ko apo?)

Sebenarnya sempena ketibaan tahun baru, aku nak melancarkan kempen baru. Kempen Ascorp 2010 – Saya Seorang Positif, Saya Menyokong ‘Pergerakan Anti-Provokasi Ascorp’ (PAPA).



Dalam kempen ini, aku ingin mengajak kalian untuk mengatakan TIDAK kepada pergaduhan. Tidak kira laa dalam alam maya atau realiti. Kempen yang dipacu atas kesedaran bahawa ‘sabar itu adalah sebahagian dari iman’, direka-cipta setelah melihat manusia begitu mudah mahu bercakaran atas sebab yang kurang relevan. Dari cerita politik, kemanusiaan sejagat, pendekatan dakwah, malah kisah gossip artis pun boleh mengundang peperangan di antara sesama manusia.

Dari peperangan mulut, kepada peperangan hati. Akhirnya peperangan jasmani, melibatkan jiwa insani.

Aku memang suka berdebat. Secara asasnya, aku tidak akan bersetuju dengan sesuatu isu seandainya si pembuka topik mengeluarkan hujah yang kurang bernas. Okeh, mungkin aku keterlaluan dalam menggunakan istilah ‘bernas’. Maksud aku di sini, aku suka mencabar orang untuk cuba membuatkan aku berkata “oh, pandanganmu itu ada berasas…”

Kerana apabila orang mati kutu dalam cuba merubah pandangan aku, secara mudahnya mereka akan mula melancarkan provokasi; seumpamanya satu mesej untuk mengajak aku berperang. Jadi aku percaya, peperangan yang wujud dalam dunia ini semuanya adalah bermula dari kata-kata.

Untuk menjayakan kempen ini, cukuplah jika anda memahami frasa “TIDAK, SAYA TIDAK AKAN SESEKALI BERGADUH DENGAN KAMU WALAUPUN ITU YANG KAMU MAHU.”

Sebagai contoh, sekiranya ada penggeseran pendapat di antara anda dan satu entiti lain, anda secara keras mahu mempertahankan pendirian atau pandangan anda. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan soal akidah atau syarak. Jika aku, sememangnya sampai mati pun aku tak akan mengalah selagi pihak penentang tidak memberi hujah yang masuk akal mengikut firasat aku. Maka, apabila kedua-dua pihak tidak mahu mengalah, kebiasaannya perdebatan ini akan berubah menjadi provokasi. Antara contoh provokasi yang popular yang boleh aku beri adalah seperti:

“Ko neh perangai macam anak haram!”
“Ko siapa nak bagitau aku itu ini? Ko ingat ko tu bagus sangat ke?”
“Ko memang patut mati je cecepat. Ko ada kat sini pun buat sakit mata aku je.”
“Aku doakan Allah turunkan bala ke atas engko.”
“Aku sumpah keturunan ko semuanya jadi babi macam engko.”
“Kubur lain-lain, ko nak sebok pasal hal aku buat apa?”

Ada banyak lagi contoh lain, tapi kebiasaannya ia melibatkan perkataan yang lebih dahsyat laa. Memandangkan aku kini seorang yang positif, maka agak mustahil aku nak terpikirkan perkataan-perkataan yang sebegitu untuk dicoretkan di sini. Keh keh, ayat pembohong.

Kenapa orang sebegini wujud? Soalan itu aku tak dapat nak jawab. Kekurangan kasih sayang? Sukar nak menerima hakikat bahawa dia tidak lagi boleh menjawab dengan nada sopan seperti “bukan, bukan begitu yang saya nak terangkan tetapi adalah begini…” ataupun dia sekadar terasa seperti disindir atau diperbodoh-bodohkan maka dia memilih jalan melepaskan geram sebagai cara terbaik yang boleh difikirkannya.

Itu aku tak heran. Yang aku ingin fokuskan adalah golongan anda – golongan yang sedang diajak berkonfrontasi dalam bentuk provokasi ini.

Pertama, perlukah anda menjawab soalan-soalan seperti di atas? Kita ambil contoh ayat pertama tadi – “Ko neh perangai macam anak haram!” Adakah anda perlu berasa marah, kecil hati dan sebagainya? Anda terasa seolah-olah si dia sedang menghina mak ayah anda? Hakikat yang perlu anda ketahui adalah sekiranya anda benar-benar anak haram sekalipun, dosa itu bukan anda yang tanggung. Yang salah adalah ibubapa. Tiada kaitan dengan anda bermakna anda tak perlu mencari gaduh dengan dia.

Ayat kedua – “Ko siapa nak bagitau aku itu ini? Ko ingat ko tu bagus sangat ke?” Adakah anda fikir anda bagus? Kalau betul, maka ia tanggungjawab anda untuk memberitahu dia apa yang tak bagus tentang dirinya. Kalau anda memang tak bagus pula, adakah ia mempengaruhi apa yang anda perkatakan tadi? Sebagai contoh, jika anda mengatakan solat lima waktu itu wajib, tetapi anda tidak melakukannya; adakah apa yang anda cakap itu sudah lari dari konteks yang ingin anda sampaikan? Jadi, tak kira samada anda bagus atau tidak, soalan yang muncul dari petikan di atas tidak boleh dikategorikan sebagai hinaan atau tohmahan. Sekali lagi, anda masih takde point untuk bergaduh.

Selain itu berkenaan hal sumpah-menyumpah atau doa kecelakaan dari dia kepada anda, perlukah anda khuatir akannya dan mahu dia menarik balik kata-katanya itu? Adakah dia memliki kuasa untuk menimpakan anda dengan musibah – melebihi kuasa Allah sendiri? Seandainya anda benar-benar ditimpa musibah pula, tidakkah bermakna bahawa Allah sedang memberi anda mesej mungkin ada yang tidak betul pada hujah anda tadi? Maka, perlukah anda bergaduh dengan si dia yang sekadar mengucapkan kata-kata celaka itu, atau anda sendiri yang perlu bermuhasabah diri?

Pusing punya pusing punya pusing, tema kempen ini sebenarnya mudah sahaja di sebalik soalan-soalan radikal yang aku kemukakan di atas. Tentukan keutamaan anda, keperluan anda. Adakah anda berpegang pada satu-satu pendirian demi mencari musuh ataupun sebenarnya ingin berkongsi pandangan supaya dapat mengajak orang lain ke jalan kebenaran (mengikut persepsi yang anda fahami)?

Sudah terlalu ramai manusia yang berperang di atas dunia atas perdebatan asal yang sebenarnya masuk akal, tetapi di pengakhirannya ramai yang sudah terlupa akan persoalan sebenar yang menjadi topik perdebatan.

Hingga akhirnya nafsu menguasai diri, sifat angkuh dan bongkak tersemat dalam hati, sedangkan persoalan yang ingin dicari cuma tinggal retorik sahaja.



KATAKAN TIDAK KEPADA PROVOKASI!

- ahli PAPA SELAMBA YAYA.

2.1.10

HMI : KOLEKSI GEMILANG

Vokal Jaclyn Victor dikenali ramai kerana kemantapannya. Ia juga kekal konsisten apabila Jac perlu menyanyi lagu yang mempunyai nada tinggi. Tapi Jac belum ada kosert solo seperti yang pernah dijayakan Datuk Siti Nurhaliza. Jadi kita tak tahu samada kualitinya benar-benar teruji atau tidak.

Beliau kini sudah bergelar artis profesional maka persoalan itu tidak sepatutnya timbul. But it’s nice kalau kita dapat menguji semaksimum yang mungkin sejauh mana Jac boleh menarik pitchingnya.

Dalam album terbaru Jac, beliau ada menyanyikan semula lagu Gemilang, disertai juga dengan medley puluhan lagu lain yang antaranya pernah tersenarai dalam anugerah-anugerah tertinggi seni nyanyian negara.



Walaupun video yang aku tampilkan ini rakaman di dalam studio, tetapi aku tetap harus memuji beliau terutama bila beliau menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu. Ye, aku tau ramai lagi artis yang beliau cover memiliki kehebatan vokal masing-masing tetapi kalau anda terasa ingin nak berkaraoke lagu Amy Search, haruslah anda tepuk dada tanya selera berulang-ulang kali.

Tak sabar nak menunggu beliau menyanyikan lagu ini secara live.

1.1.10

CERITA 1970

Terasa seperti mahu mencilok idea orang lain di tahun baru ini. Keji kan? Aku curik dari blog ini.



PERKARA : Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

1. TUJUAN

1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.

2. PENDAHULUAN

2.1. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Idul Fitri, Tahun Baru Cina, Depavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjuran “rumah terbuka nasional”, bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.

2.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.

2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan;

“Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka”

2.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;


i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalan konteks masa kini “rumah terbuka nasional” adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka. (Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas`alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).

2.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;

i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al-Hussain bin Mansur al-Tabari berkata, tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka. (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut)

ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa. (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da`imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta`, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh)

2.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.

3. TAKRIF

3.1 Simbul

Maksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).

3.2 Ciri

Maksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).

3.3 Tunduk

Maksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan).

3.4 Upacara

Maksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), kermaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).

3.5 Budaya

Maksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).

3.6 Dakyah

Maksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).

3.7 Mempersenda

Maksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan(Kamus Dewan).

3.8 Sensitiviti

Maksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb (Kamus Dewan).

3.9 Kriteria

Maksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asas pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).

4. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADHIRI OLEH ORANG ISLAM

4.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadhiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

4.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbul-simbul agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.


4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.


Contohnya:

i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

4.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menyolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.


4.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyingung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.


4.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.


5. PENUTUP

Sekiranya terdapat keraguan atau ketidakjelasan dalam mentafsir dan melaksanakan Garis Panduan ini hendaklah merujuk kepada;

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Blok D7, Parcel D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 4253



P/S : Entri ini bukan sahaja dibuat sempena Krismas yang dah lepas, tapi juga untuk 1 haribulan 2010 ini dan kesemua hari-hari kelepasan am yang berkaitan di Malaysia. Sekian, harap maklum.



Lalalalala...