31.12.09

AZAM – TIDAK SEMESTINYA NAMA ORANG

Seperti yang dijanjikan, aku akan memperincikan semula azam-azam aku tahun 2009 di entri kali ini untuk dibuat review sejauh mana pencapaian yang telah aku lakukan sementelah tahun 2009 bakal meninggalkan kita lewat hari ini.

Oh, terasa seperti entri ASCORP 2009 ku itu seolah-olah baru dipostkan bulan lepas. Sungguh cepat masa berlalu. Tapi bukan masa yang harus disalahkan, hakikatnya dunia akhir zaman ini, kita memang sering dilekakan dengan perkara-perkara yang tidak perlu menjadikan jadual hidup kita lebih padat dengan pelbagai aktiviti harian sekaligus membuatkan kita tidak sedar bahawa kita berada dalam kerugian, hanya kerana disebabkan masa kita yang tidak diisi dengan betul.

Kehidupan kita di Malaysia sendiripun sudah cukup berbeza berbanding 50 tahun lalu sebelum merdeka. Apatah lagi jika kita nak bandingkan dengan zaman Nabi 1400 tahun yang lalu.

Eh, tiba-tiba buat ceramah agama pulak.

Baiklah. Secara kolektifnya, azam tahun lepas aku merangkumi lima perkara asas yang saling bergantung di antara satu sama lain untuk membina kualiti hidup aku selaku orang yang perlu sedar bahawa aku kini bukan lagi di bawah tanggungan mak bapak aku. Ya, sindrom selaku anak manja membuatkan aku lambat untuk belajar berdikari, tapi tidak bermakna bahawa aku sememangnya mahu lepas tangan sambil menyanyikan lagu ‘Que sera-sera, whatever wil be, will be’. Aku tahu aku perlu banyak melakukan perubahan drastik demi untuk membina jatidiri yang lebih cemerlang supaya aku dapat hidup sekurang-kurangnya untuk tempoh 50 tahun lagi akan datang.

Berikut adalah azam aku untuk tahun 2009:


1. Membeli laptop – membuang terlalu banyak masa mengadap PC di rumah mengajar aku bahawa sesungguhnya kehidupan aku berlandaskan sekitar hiburan multimedia yang dibekalkan teknologi canggih ini. Seumpamanya sekiranya anda membeli iPhone semata-mata kerana anda gemarkan perhubungan internet ‘on-the-go’, aku pula memerlukan PC untuk melayan nafsu aku menonton DVD filem-filem Hollywood terbaru, bermain game bolasepak mahupun The Sims, menulis cetusan minda (yang sebelum ini sering dicoret dalam diari tetapi seringkali hilang saban tahun akibat tak ingat letak kat mana), mendengar lagu-lagu MP3 dan ‘banyak’ lagi. Memandangkan aku tidak memiliki kesempatan masa untuk mengadap PC di rumah 24 jam, maka pemilikan laptop adalah amat perlu supaya aku boleh kekal menghiburkan diri di mana saja aku berada terutama ketika di tempat kerja. Alhamdulillah setelah bermuhasabah diri lebih kurang sebulan lamanya, akhirnya aku berjaya memberanikan diri untuk membeli sebiji laptop yang memiliki kuasa diperlukan.

2. Rajin membuat overtime – pekerjaan aku ini gajinya amat sedikit jika dibandingkan dengan kerja lain. Maklum laa pekerja bidang di bawah Akta Buruh ini tak boleh demand banyak sangat macam orang lain. Tak boleh nak claim bonus atau cuti tahun. Cara terbaik untuk membuat sebanyak mungkin pendapatan yang diperlukan bagi mengisi keperluan ekonomi aku saban bulan, aku sedar aku perlu rajin membuat overtime pada setiap peluang yang ada. Azam ini tercapai berikutan pembelian laptop membuatkan aku tak perlu selalu pulang ke rumah dan lebih rajin untuk meluangkan masa untuk bekerja, maka Alhamdulillah gaji aku kini sudah meningkat lebih 100% berbanding ketika aku bekerja sebagai freelance despatch pada tahun lepas.

3. Mencari awek baru – selaku lelaki yang memiliki sembilan nafsu, sudah pasti aku jeles melihat orang lain berpacaran sambil ada tempat mengadu terutama ketika perasaan jiwang tiba-tiba melanda diri di tengah malam. Hasrat aku untuk mencari teman cintan didorong juga perasaan aku yang mahu ‘mengetest’ market untuk melihat sejauh mana lakunya aku sebagai lelaki yang sebenarnya memang tak hensem langsung pun. Namun setelah banyak kali berfikir secara sendirian, aku teringat akan pesan seseorang yang mengatakan “Jika awak berkawan dengan saya niat nak main-main, lebih baik awak lupakan saja sebab saya tanak berkongsi dosa dengan awak.” Terbaca pula entri Cik Tirah beberapa bulan lepas, aku berasa setuju dengan pandangan beliau iaitu dalam Islam ni takde istilah kapel. Sekiranya anda kepinginkan seseorang sebagai pasangan anda, lebih baik anda pasang niat untuk mendirikan rumahtangga bersamanya. Dengan itu ia tidak lagi bermaksud kapel, tapi lebih kepada konsep tunang cuma anda tidak mengikut adat melayu dengan memberikan cincin dan hantaran-hantaran lain seumpamanya. Perhubungan yang sebegitu bagi aku lebih afdal kerana kita akan meletakkan diri kita dalam satu komitmen yang dilandaskan pada tujuan murni iaitu mahu membina masjid. Masalahnya sekarang aku belum bersedia nak berkahwin dengan sesiapa sementelah aku sendiri sedang berusaha belajar untuk menangggung diri sendiri. Jadi azam yang ini telahpun aku tangguhkan terlebih dahulu semenjak bulan 6 atau 7 yang lepas sehinggalah ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

4. Kembali meng’online’kan diri – hidup dalam dunia maya beberapa tahun lepas memperkenalkan aku dengan geng lanun di Yahoo Messenger. Di samping menambahkan rantaian sosial, sebenarnya kehidupan baru aku di alam maya itu telah banyak mengajar aku akan realiti kehidupan. Sedikit sebanyak membuatkan aku sedar bahawa dunia luar tidak sama seperti yang aku jangkakan/mahukan selama ini. Jadi aku telah belajar untuk tidak mengulangi kesilapan lama dan mahu berubah menjadi orang yang lebih baik. Medium seperti Myspace dan blogspot telah banyak membantu aku mengisi masa lapang di samping cuba mencari kekuatan diri yang boleh aku trampilkan di dunia nyata. Sekiranya tidak, maka selama-lamanya aku akan terperangkap dalam dimensi dunia tertutup yang aku cipta sendiri di mana di dalamnya akulah raja akulah hamba. Menyedari ini bukan perkembangan yang baik dalam usaha aku untuk berubah, maka aku memahami keperluan untuk aku kembali online sambil melihat dunia sekeliling menggunakan teknologi maklumat sedia ada. Akhirnya aku berjaya mendapatkan jalur lebar dengan harga dan speed bersesuaian yang aku perlukan agar aku dapat terus aktif berblog serta mengintai dari kacamata orang lain juga. Alhamdulillah buat kali ketiga.

5. Menyimpan sekurang-kurangnya RM100 sebulan dalam ASB – jika sebelum ini pendapatan aku cuma menjangkau RM600-RM700 sebulan, sememangnya aku mengalami kesukaran untuk menyimpan duit barang RM50 cuma sekalipun. Ada masa aku dapat simpan, ada masanya tidak. Setelah aku menyematkan 4 azam di atas, aku memikirkan dengan gaji aku yang sudah berganda kini, dapatlah aku kembali melambakkan simpanan ASB aku supaya dividen akhir tahun aku bercambah dengan banyak sekaligus boleh melayan kehendak aku yang ada masanya mahu meng’upgrade’ henset, ada pula ketika terasa seperti gatal mahu bercuti ke pulau-pulau peranginan di seluruh Malaysia. Namun, walaupun dengan gaji yang bertambah, hakikatnya hutang aku juga turut bertambah. Belum lagi kalau nak congak kos sara hidup yang semakin meningkat. Ye laa, sebelum ini aku cuma makan di kedai sekali sehari (working days) kini aku perlu menyediakan ongkos untuk makan kedai 2 kali sehari. Tambahan pula di sekitar Cyberjaya/Putrajaya ini bukan mudah nak dapat harga makanan yang murah. Maka hasrat aku nak buat simpanan tetap ini masih juga tak kesampaian sebaliknya cuma mengikut lebihan wang yang ada andaikata tiada keperluan untuk berbelanja lebih.



Secara rumusannya aku berjaya mencapai 3 daripada 5 teras azam yang telah aku gariskan untuk tahun 2009 ini. Bagi azam 2010 aku, masih belum aku ketahui jumlahnya yang sebenar. Masih dalam rangka kertas cadangan tetapi aku tetap berpegang kepada pendirian tidak mahu menceritakan butirannya kepada sesiapa sebelum tirai 2010 berlabuh nanti. Doakan agar akal aku dapat mencari azam yang bersesuaian dan baik-baik sahaja dan mudah-mudahan aku dapat mencapainya dalam jangkamasa tempoh satu tahun akan datang. Insya-Allah.

30.12.09

JANJI : EPISOD 2

Benci. Benci aku. Aku benci membuat janji. Asyik-asyik nak memungkiri. Asyik-asyik tak boleh tepati.

Satu-satunya janji yang aku berani, adalah janji pada diri sendiri; dan itu pun aku buat dengan berhati-hati, kerana aku tahu bukan semua boleh aku hajati. Aku tetap ada batas kemampuan diri.

Bila orang menagih janji, aku mempersetujui, dengan niat mahu menyertai, serta menyumbang ihsan yang aku mampu, atas dasar ia sesuatu yang perlu.

Bila tiba masa yang ditunggu, aku tidur seperti batu. Dikejut-kejut berbagai cara tuju, tetap tak terbukak jugak mata aku. Akhirnya masa berlalu, rasa kecewa pahit hempedu.

Aku tak sengaja. Aku tak terlupa. Cuma kadangkala, aku mangsa kepada masa.

Seandainya masa tak menghukumku, kadangkala soal duit pula menjadi kekanganku. Selain itu, kamu perlu tahu bahawa keutamaanku kepada keluargaku. Andai mereka memerlukanku, tiada guna kamu menyeru.

Okeh, secara simplenya, aku cuma nak cakap ini. Sekiranya ada rancangan yang diatur, tinggalkan ruang kosong untuk aku. Seandainya aku dapat pergi, aku akan pergi. Seandainya tidak, aku akan menolak. Seandainya wang yang menjadi pertaruhan, tak ajak aku pun aku tak akan meroyan. Anggap sahaja aku ini pemain simpanan: “Kalau Ajai join, best jugak, kalau Ajai tak join pun tetap best jugak.”

Aku lebih suka hidup secara spontan. Biar kehadiranku ini bergantung pada kesempatan. Jikalau hari ini kau ajakkan, hari ini juga aku akan bagi jawapan. Kalau minggu depan, kita tengok macam mana keadaan.

Aku dah malas berjanji. Aku cukup suka memungkiri. Lagipun, apalah gunanya perancangan andai ia tak dapat persetujuan?

Lalalalalala…

29.12.09

ALL ABOUT IMPROV : EPISODE 2

Jika semalam kita sudah bincangkan komedi improv dari kacamata barat, hari ini aku nak menyentuh mengenai industri seni lawak di Malaysia pula.

Di Malaysia, kita sudah dibiasakan dengan konsep sketsa tak kira sama ada lakonan di studio atau lakonan babak-babak yang telah disusun awal mengikut skrip. Bercakap tentang studio, kita memang amat mengenali sitcom seperti Senario dan pelbagai lagi yang sama waktu dengannya. Bagaimanapun ada lakonan babak seperti sitcom Jangan Ketawa dan terbaru adalah Alamak yang disiarkan di Astro. Di RTM pula, mereka lebih selesa melakonkan sketsa berlandaskan kisah setempat atau kemasyarakatan yang dikupas secara am seperti konsep yang pernah kita tonton dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Rancangan Ah-Ha yang pernah aku petik semalam lebih berlandaskan improv yang dicedok dari Amarika kerana jika kita melihat gabungan idea Din Beramboi, Harith Iskandar dan Afdlin Shauki ternyata banyak yang dibuat secara spontan ketika sketsa-sketsa tertentu dirakam. Ini tidak hairan kerana aku percaya Afdlin merupakan antara peminat setia improv apabila mencedok konsep Whose Line Is It Anyway secara bulat-bulat ke dalam rancangan Spontan yang diterbitkannya yang boleh ditonton di Astro Warna ketika ini.

Perbincangan aku mengenai industri perlawakan negara dengan seorang pak lawak yang kecut telurnya apabila disuruh masuk ujibakat Raja Lawak; iaitu Encik Amri, beliau telah banyak mengambil contoh lawak Johan dan Zizan untuk dijadikan bahan rujukan. Johan dan Zizan merupakan peserta musim pertama Raja Lawak yang mana pada mulanya peserta-peserta awal ini masih dalam keadaan terpinga-pinga untuk cuba mencari identiti sebenar rancangan realiti tersebut. Cuma beberapa minggu selepas bertanding secara solo (yang mana sepatutnya digarap sebagai stand-up comic versi melayu) akhirnya mereka berdua dipadankan untuk membuat satu persembahan bersama. Kerana masih berasaskan konsep stand-up (tanpa prop), maka teknik improv telah digunakan beberapa kali oleh mereka ketika itu memperlihatkan hala tuju baru bidang komedi bahasa melayu/Malaysia. Sebagai contoh, Zizan membuka jaketnya dan mencampakkan dalam kereta (secara imaginasi) yang membuatkan Johan sedikit terkejut, menandakan mereka tidak berlatih untuk babak tersebut. Ini yang dipanggil sebagai ‘tawaran’ yang pernah aku cerita sebelum ini yang mana memerlukan Johan untuk membalas reaksi Zizan secara spontan dan bersesuaian.

Bagaimanapun jika diperhatikan secara teliti, sifat Johan sebenarnya lebih suka membina mukadimah terlebih dahulu sebelum memberikan punchline lawak yang hendak disampaikan. Ini bermakna Johan sudah bersedia awal dengan lawaknya tersendiri dan Zizan cuma dilihat lebih banyak mengikut rentak Johan. Namun keistimewaan Zizan adalah beliau seorang yang cukup spontan dan sentiasa ada idea untuk menerima tawaran Johan tersebut. Inilah konsep improv yang sebenar, sedikit berbeda dengan cara lawak otai-otai terdahulu seperti Sabri Yunus, Ali Mamak atau Abon yang mana mereka kebiasaannya berlatih terlebih dahulu untuk memastikan pasangan mereka faham dengan tawaran yang ingin disampaikan dan sudah bersedia lebih awal untuk menyambutnya.

Seorang lagi pelawak Malaysia yang cukup hebat dalam improv ini adalah Aznil Haji Nawawi biarpun beliau lebih dikenali sebagai Emcee (Master Ceremony) berbanding pelawak. Aku mengklasiifikasikan beliau sebagai pelawak kerana beliau pernah menunjukkan bakat komedi beliau dalam bentuk novel bertajuk ‘Yo! It’s Me, Okay!’ berbelas tahun yang dulu. Kerana itu gandingan beliau dan Din Beramboi dalam Radio Era tampak begitu serasi dan menjadi-jadi. Kerana Din Beramboi juga seorang yang pandai menyambut tawaran improv ini.

Aku sebenarnya tertunggu-tunggu untuk improv mula diperkenalkan secara giat dan aktif oleh pelawak Malaysia kerana bagi aku lawak improv lebih bijaksana disamping mengajak penonton untuk berfikir dalam cuba memahami lawaknya. Benar, aku setuju dengan pandangan bahawa Sepah tetap memiliki lawak berkualiti dan hakikat bahawa lawak itu perlu disampaikan secara santai tanpa perlu sebarang kerumitan kerana idea asalnya adalah untuk membawa minda penonton menjadi rileks; tetapi variasi yang ditawarkan improv sebenarnya membolehkan para pelawak mengekalkan momentum lawak mereka pada kadar jangkamasa yang lama dan tidak lapuk dek hujan. Kerana pelawak improv biasanya memiliki stail lawak yang tersendiri seperti kebanyakan pelawak lain, cuma pelawak improv sentiasa tak lekang dengan idea baru dan kepelbagaian yang unik untuk membuatkan para penonton tak kering gusi.

Kita ambil contoh Wayne Brady yang memiliki bakat dalam bidang nyanyian. Apabila beliau terjun ke dalam bidang improv, beliau mengasah bakat beliau untukmencipta lirik secara spontan maka beliau bebas untuk membuat lawak mengikut tema yang diberi atau kesesuaian situasi semasa dalam nyanyian beliau. Di Malaysia, kita ada Dato’ Jamali Shadat yang berbakat untuk meniru mimik selebriti terkenal; tetapi tanpa improv, lawak beliau akan kelihatan sama atau linear sepanjang zaman dan tidak ada pembaharuan.

Aku menyokong lawak yang bijak kerana ia menggamit penonton untuk mentafsir sendiri lawak tersebut sebelum mendapati ia sebagai sesuatu yang kelakar. Apabila setiap individu membuat penilaian tersendiri, maka secara automatik ia akan diangkat sebagai satu cabang seni. Berikut adalah antara lawak-lawak Malaysia yang aku kira sebagai bijak yang aku kumpul melalui permerhatian sendiri serta cadangan dari pak lawak takde telur seperti yang aku ceritakan di atas tadi:

“…saya ternampak satu eksiden motor. Brader pembonceng motorsikal tu menjerit mintak tolong dan mengadu sakit. Saya tensen pastu saya sound dia : Bang, rilek bang. Rilek. Tak payah jerit-jerit bang. Tengok kawan abang tu, senyap je. Abang baru putus kaki, dia putus kepala tapi dia diam je…” – Zizan, Raja Lawak 1

“Kenapa adik karate adik punya kentut? Sebab adik mahu membebaskan diri adik dari kentut adik. Bila adik kasi potong sama itu kentut, maka kentut itu sudah tertinggal dan adik sudah bebas…” – Nabil, Raja Lawak 2

“Sepanjang aku jadi pramugara neh, aku ada dua pengalaman yang aku memang tak boleh lupa; ye laa sebab aku pun baru kerja dua hari kan…” – Sepah, Raja Lawak 3

Kenapa aku kata ini sebagai lawak bijak? Kerana ia memerlukan penyampaian yang sesuai dan bersahaja. Kalau salah cara, punchline itu mungkin tidak akan sampai kepada penonton. Tambah buruk lagi sekiranya anda ketawakan diri anda sendiri ketika membuat lawak-lawak tersebut, sudah pasti hasilnya akan nampak lebih tak kelakar.

Di sini baru kita dapat menilai pelawak mana yang memiliki bakat serius dalam bidang mereka, dan paling penting bagaimana kita mahu mencari pelawak yang boleh bertahan lama kerana kita mesti faham ini sajalah punca pencarian rezeki mereka. Sekiranya mereka benar-benar hebat, apa salahnya kita memberi peluang pada mereka menjadikan bidang lawak sebagai karier sepenuh masa mereka, bukan?

Oh, aku takde Astro kat rumah. Selalunya menumpang tonton di rumah kakak aku sahaja. Maka janganlah anggap entri ini sebagai entri mahu mempromosikan Raja Lawak 4 ataupun Astro Warna sekalipun sebab aku memang tak ambil peduli kecuali bila Raja Lawak dah sampai pusingan akhir nanti. Yang aku ingin tekankan di sini, adakah lawak improv ini memiliki masa depan yang cerah di Malaysia? Aku rasa Afdlin Shauki dan rakan-rakan pasti menyedari potensi ini dan sedang cuba membawa pentas lawak kita ke satu arah yang lebih dinamis dan berdaya saing tinggi. Sama-samalah kita tunggukan.

28.12.09

ALL ABOUT IMPROV

Terma improv agak asing buat aku sehinggalah aku menonton Whose Line Is It Anyway. Oh ye, by the way aku dah habis tengok kesemua 8 musim di Youtube beserta 12 episod Green Screen; sebuah lagi rancangan improv kendalian Drew Carey di saluran Warner Brothers setelah saluran ABC membatalkan rancangan Whose Line mereka. Green Screen juga nampaknya telah mengalami nasib yang sama.

Aku malas nak bercerita mengenai polisi saluran TV Amarika yang amat mementingkan rating dan konsep rancangan, tapi aku memang cukup tertarik dengan seni improv yang mereka tampilkan di kaca tv ini.

Apakah itu improv? Secara asasnya ia adalah improvising act (melakukan sesuatu yang lebih sama ada lebih baik atau sebagainya). Ia amat terkenal dalam dunia lakonan kerana ada masanya skrip yang diberi pada pelakon kurang mantap atau tidak kena dengan watak yang sedang didukung oleh pelakon-pelakon tertentu. Sebagai contoh kita boleh lihat ada pelakon tertentu yang memiliki stail lakonannya tersendiri maka skrip yang diberi oleh penulis perlu diubahsuaikan sedikit untuk keselesaan pelakon membawa watak yang telah diberi.

Improv yang ditampilkan dalam Whose Line adalah satu cabang comic show selain stand up comedy atau insult comic. Dalam stand up, pelawak perlu menceritakan lawak seperti lawak “Knock knock” yang terkenal itu. Insult comic pula adalah apabila seseorang mengutuk tentang orang lain dalam bentuk komedi sebagai contohnya “Your mama is so fat, you can see her ass from the moon”.

Dalam improv, ia selalu dikaitkan dengan satu sketsa atau pun tema secara am, yang mana pelakonnya perlu melakonkannya tanpa skrip dan cuba membawa scene menjadi lebih kelakar atau huru-hara.

Kebiasaannya persembahan secara solo seperti permainan Scenes From a Hat lebih mudah dari permainan lain. Kerana permainan lain yang melibatkan dua atau lebih pemain memerlukan persefahaman yang baik antara mereka supaya ada kesinambungan cerita dan lawak yang ingin disampaikan. Mengikut kata Wayne Brady dalam salah satu video seminar improv yang pernah aku tonton; setiap ayat yang dikeluarkan seorang pelakon improv digelar sebagai tawaran (offer) dan pelakon lain perlu memberi perhatian dan memberi respon bersesuaian terhadap tawaran tersebut. Ada beberapa kaedah yang digunakan seperti steam-rolling, gagging dan sebagainya tetapi kalau ia tidak dipilih dengan baik, lawak itu tidak akan menjadi dan bersedialah anda untuk mendengar bunyi cengkerik.

Selain itu, mereka juga menggunakan kaedah nyanyian untuk tambah merumitkan lagi permainan. Ada yang benar-benar berbakat besar dalam kaedah ini seperti Wayne Brady dan Jeff Davies. Ia kelihatan amat susah tetapi sebenarnya kuncinya adalah pada rima yang digunakan. Secara ringkas ia umpama pantun, cuma ia perlu diolah dalam bentuk nyanyian. Sekiranya anda mahir dalam berpantun, yang tinggal adalah kemahiran untuk meniru mimik artis terkenal dan anda sudah layak bermain Song Styles atau Greatest Hits. Wayne Brady menampilkan aksi hebat apabila meniru (mendiang ke allahyarham?) Michael Jakcson, James Brown, Louis Armstrong, Sting (The Police) ataupun Tina Turner sekalipun.

Di Malaysia, Afdlin Shauki dan rakan-rakan adalah antara penggiat improv yang cukup dikenali menerusi rancangan Ah-Ha. Afdlin juga sedang galak mengisi rancangan-rancangan dalam slot yang ada di Astro Warna. Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga yang dahulunya bergantung kuat pada skrip kemasyarakatannya, semakin menjadi-jadi dengan kaedah improv ini dalam musim-musim terakhirnya sehingga menimbulkan polemik di kalangan wartawan ketika itu bahawa Pi Mai Pi Mai Tang Tu suka membuat lawak lucah atau double-meaning. Sitkom Senario yang dibarisi pelakon asal seperti Wahid, Mazlan, Azlee, Ilyaa dan Hamdan juga banyak menampilkan teknik improv dan membuatkan banyak adegan yang mereka persembahkan kelihatan sangat kelakar sampaikan mereka sendiri pun susah nak tahan gelak.

Banyak mengkaji permainan improv yang dimainkan Drew Carey dan rakan-rakan memperkenalkan aku dengan satu jenis permainan di mana para pelakon perlu mereka cerita berdasarkan tajuk yang diberi. Cabarannya adalah kerana ia disertai beberapa pemain dan sebaik sahaja seorang pemain sudah mula bercerita, seorang konduktor akan menghentikannya dan meminta pelakon lain pula untuk menyambung cerita. Bayangkan kalau ada 5 orang pemain, cerita yang direka dari 5 kepala sudah tentu bunyinya huru-hara dan tak masuk akal apabila dilapis antara satu sama lain.

Coraknya hampir sama dengan sebuah permainan yang pernah aku main dengan kakak aku ketika kecil dahulu. Kami akan mendapatkan sehelai kertas dari buku sekolah (yang ada garis-garis tu) dan akan melipat mengikut setiap garisan. Setiap orang perlu menulis dua baris cerita dan lipatkan sebaris. Orang seterusnya perlu menyambung cerita mengikut pemahaman beliau terhadap baris kedua dan melipatnya pula untuk pemain yang ketiga. Sehingga akhirnya siap tulis satu muka surat, maka lipatan itu akan dibuka semula dan terhasillah satu cerita kelakar lagi mengarut lagi huru-hara.

Selain itu kami juga main bingo dan teka huruf (macam roda impian). Ya, kakak-kakak aku memang sungguh pandai memenuhkan aktiviti masa lapang kami ketika boring.

Kini aku dah kehabisan idea untuk mengisi masa lapang di youtube. Ohh, takkan asyik-asyik nak nak layan karaoke lagu-lagu tangkap leleh je kat sana? Haru beb.

26.12.09

HMI : MARI LE KE MARI

Tiada. Entri ini tiada kaitan langsung dengan entri aku dua hari lepas.

Bila bercakap tentang stigma Indonesia-Malaysia, yang paling terkesan untuk aku bicarakan apabila ada orang menimbulkan isu mengenai lambakan lagu Indon di pasaran kita. Kalau nak bercakap tentang orang gaji, buruh dan sebagainya, memang aku tak ambil pusing sebab aku sendiri terasing dengan bidang-bidang tersebut. Tapi kalau seni nyanyian yang merupakan cabang budaya bangsa - dari etnik serumpun pula tu yang hendak dijadikan topik perdebatan, cukuplah aku suka untuk menyertainya sambil memberi pandangan-pandangan penuh sinis sekali.

Ahmad Dhani baru-baru ini telah bekerjasama dengan The Swaggers untuk mengeluarkan cover version lagu Madu Tiga nyanyian asal oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Yang mana P. Ramlee merupakan seniman agung dalam list pujaan aku sebab beliau mampu melakukan semua. Serupa dengan aspirasi cita-cita aku yang asal walaupun cita-cita aku tu tampaknya tidak kesampaian kerana bakat yang ku ada cumalah berangan sepanjang zaman.

Sesuatu yang amat menarik untuk aku perhati - kerana ada suara-suara yang mempersoalkan kenapa lagu Indon begitu mudah diberi kebebasan untuk berpasaran di negara kita sedangkan ketika lagu kita cuba menembusi pasaran mereka, karyawan kita ramai yang terpaksa menulis semula lirik untuk menarik minat pendengar di sana membeli album kita. Dalam kes Ahmad Dhani, tidak ada satu pun bait lirik yang ditukar atau ditambah. Malah Ahmad Dhani sendiri mengakui lagu itu sudah cukup sempurna (mengenepikan daya tarikan peribadinya ke atas lagu itu kerana kita semua tahu Ahmad Dhani boleh tahan jugak buayanya) namun tidak begitu popular di negara mereka sementelah beliau sendiri pun cuma baru mendengar lagu itu beberapa tahun lepas ketika bershopping di Malaysia.

Ini merupakan satu daya apresiasi yang jarang hendak dihighlight oleh kita semua selaku rakyat Malaysia. Yang kebanyakannya cuma tahu berkonfrontasi sahaja. Sedangkan ketika kita layak ke final sukan SEA di Laos baru-baru ini, ada laman web tertentu yang dikendalikan orang dari sana menampilkan pelbagai bentuk kata-kata semangat supaya Malaysia dapat menumpaskan Vietnam. Aku tak pasti mereka menyokong pasukan bola kita kerana kita serumpun ataupun mungkin kerana Vietnam tersenarai sebagai musuh ketat mereka; itu aku tak peduli. Tapi yang aku peduli apabila perkara-perkara seperti ini ramai yang lepas pandang, yang tidak baik seolah-olah mahu cuba dijadikan teladan pula.

“Jai, ini segmen HMI ke segmen ceramah neh Jai?”

Okeh, sorry. Aku lari topik sikit. Sebenarnya minggu ini aku nak menampilkan satu lagu Indon yang bersifat klasik pernah dipopularkan oleh Titiek Puspa. Ramai yang kenal Hetty Koes Endang dan Broery Marantika tetapi bila aku sebut Titiek Puspa di kalangan rakan-rakan seperlepakan aku, lazimnya mereka akan terkekek kecil seumpama ada orang sedang menggentel bulu ketiak mereka. Oh, sungguh laa aku terkesima memerhatikan mereka ini.

Tajuk lagu ini adalah Marilah Ke Mari. Sebuah lagu retro tahun 60-an mungkin (zaman kegemilangan Vespa) dan pernah dinyanyikan semula oleh sekumpulan artis dari Malaysia yang aku gagal dapatkan namanya. Kebetulan ketika aku terdengar lagu ini adalah dalam ruangan Masihkah Kau Ingat dalam siaran radio Klasik Nasional. Okeh, sila jangan tanya kenapa aku boleh mendengar Klasik Nasional pulak neh. Suka ati aku laa…



Lagu yang diberi nafas baru ini dinyanyikan semula oleh Indon All-Star; di antaranya Ariel Peter Pan, Iwan Fals, Project Pop, Rossa dan lain-lain lagi. Mungkin Maksu tidak dapat menonton videoklip yang di-embed dari Youtube ini tetapi mungkin juga beliau memang kenal dengan tajuk lagu dan penyanyi asalnya walaupun hakikatnya maksu sebenarnya sama baya je dengan aku. Lalalalala…

Artis kita juga tidak ketinggalan untuk mempopularkan semula lagu lama seperti contoh apabila Too Phat menyelitkan chorus Sharifah Aini “Kuda ku lari gagah berani…” dalam lagu Anak Ayam mereka. Memandangkan projek sampingan Ahmad Dhani yang aku sentuh tadi aku takrifkan sebagai begitu unik dalam usaha cuba mengangkat kembali martabat lagu P. Ramlee di negara mereka, mungkin artis kita boleh membalas pula usaha ini dengan menyanyikan semula lagu Titiek Puspa ini kerana aku percaya lagu ini tidak mendapat perhatian yang secukupnya dari rakyat negara kita sebelum ini. Tapi kerana aku bukanlah Cat Farish atau Norman KRU maka mungkin cadangan aku ini akan tinggal sepi sahaja.

“Boleh dua-duaan,
Asal tetap di lingkaran,
Tapi awas jangan pergi berduaan,
Nenek bilang itu merbahaya…”

Lihat saja liriknya. Menarik kan…



Lalalalala….

24.12.09

MAI LAA KITA BERPAKAT-PAKAT

Dah lama rasanya tak cerita pasal politik. Bersempenaan dengan Konvesyen Pakatan Rakyat yang dilancarkan baru-baru ini, begitu hebat nampaknya jalan yang sedang dirintis oleh ketiga-tiga parti komponen iaitu PKR, PAS dan DAP dalam usaha mereka mahu mencabar UMNO-BN untuk menuju ke arah sistem pemerintahan dua parti.

Apa yang aku harapkan berlaku adalah tumbangnya kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun itu. Tidak, aku tidak kata BN itu busuk hingga ke ususnya. Ada di kalangan ahli BN yang masih teguh berpegang kepada amanah rakyat dan membuat kerja dengan berhemat dan jujur. Aku percaya Anwar Ibrahim sendiri pun tidak akan menafikan perkara ini lantaran beliau sendiri masih ada rakan-rakan dalam UMNO-BN.

Apa yang aku mahu lihat adalah satu bentuk reformasi yang menyeluruh. Dari struktur badan kehakiman, ketelusan agihan pendapatan, sehinggalah kepada kebebasan media yang mutlak. Aku memahami akan natijah kebebasan bersuara (freedom of speech) seperti yang diamalkan di barat. Aku juga fahami kebertanggungjawaban kita untuk menilai terlebih dahulu bicara kita sebelum kita secara tidak sengaja boleh menyakitkan hati orang lain. Tetapi kesedaran akan tanggungjawab itu diperolehi melalui didikan. Dan di Malaysia ini, kita tidak dididik untuk menilai sesuatu dengan baik apabila kita dimomokkan dengan berita-berita berat sebelah malah diapi-apikan dengan semangat bermusuhan di antara satu seteru politik dengan yang lain.

Secara peribadinya ketika aku mula-mula disampaikan berita bahawa Pakatan Rakyat mahu mendaftarkan diri sebagai satu pakatan parti yang sah, aku mula berasa was-was akan agenda yang akan didukungi mereka ini. Sedia maklum kita mengetahui Tsunami 8 Mac 2008 didorongi dengan penyertaan PKR secara agresif setelah Anwar Ibrahim mendapat kebebasan. Walaupun beliau tidak dibenarkan bertanding ketika itu, kelibat beliau saja sudah cukup untuk menggamit kembali penyatuan PAS dan DAP yang pernah dikenali sebagai Barisan AlternatIf pada 1999.

Dan Anwar Ibrahim pula merupakan bekas orang paling kanan UMNO sebelum beliau disingkirkan pada 1998. Maka tidak mahu tidak kita kena akui bahawa Anwar (atau PKR) merupakan serpihan UMNO. Ya, hari ini beliau boleh lantang mengecam dan mengutuk segala tindak tanduk UMNO tetapi beliau tidak boleh menafikan bahawa apa yang pernah beliau sokong 10 tahun lepas sebagai satu kesilapan teknik atau apa bentuk kesilapan sekalipun. Integriti beliau adalah pada fahaman beliau yang menyatakan beliau berada di pihak yang benar; tidak kiralah apa saja bentuk rakaman video atau dokumentasi 10 tahun yang lepas yang disebarkan kepada umum sekalipun.

Jadi apabila Pakatan Rakyat hendak disahkan sebagai parti rasmi, seumpamanya ketika UMNO menjemput MCA dan MIC untuk menyertai Perikatan ketika pasca merdeka dahulu; setelah Tunku Abdul Rahman kebuntuan idea apabila pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar tidak memberi restu untuk keahlian UMNO dibuka kepada bukan melayu. Ia sama prinsip dengan istilah ‘if you can’t beat them, join them’, cuma dengan sedikit twist di hujungnya.

Antara kekuatan yang aku lihat ada pada Pakatan Rakyat selain keazaman para pengundi yang semakin membenci puak UMNO-BN dan ingin melihat ego mereka tercalar; bagi aku Pakatan Rakyat merupakan satu pakatan yang dibentuk oleh rakyat, bukan oleh ahli politik itu sendiri. Kita kena ingat bahawa wakil rakyat sebenarnya bekerja untuk kita. Kita adalah majikan mereka dan mereka bukannya tuan kepada kita. Teknik pemerintahan pula tertakluk kepada dasar demokrasi yakni majoriti memerintah keseluruhan. Bukannya Perdana Menteri mengarahkan sesuka hati. Itu namanya kuku besi.

Ketakutan yang paling menggusarkan; andaikata Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sama seperti UMNO-BN, iaitu menutup suara-suara yang tak berpuashati dengan cara menyalurkan ia ke satu saluran kosong (biasanya digelar sebagai lembaga displin) supaya suara-suara ini tenggelam terus dengan hasrat mahu menjaga imej parti. Ini adalah antara resepi paling buruk yang pernah dijaja UMNO-BN. Dan untuk rakyat menyedari akan hal ini pun, mengambil masa 50 tahun untuk sedar dan bangkit menentang kezaliman kaedah ini. Makanya, apakah yang boleh dijanjikan Pakatan Rakyat agar perkara sedemikian tidak berulang?

Benar, pergolakan dalaman parti atau perbezaan dasar telah membuktikan rakyat akan menjadi jelik untuk terus memberi sokongan. Tetapi pendekatan bestari harus dijadikan landasan buat gagasan baru Pakatan Rakyat ini. Permasalahan utama kini adalah apabila kesemua pihak berkepentingan mengamalkan dasar berat sebelah secara terbuka. Kehakiman, Pilihanraya, Pencegahan Rasuah, kesemua ini dibawah organisasi Suruhanjaya pun tampaknya masih menyebelahi UMNO-BN pada prinsipnya. Belum lagi nak sentuh PDRM dan media. Seandainya ini dapat kebebasan, aku percaya gelanggang pertarungan boleh dibuka dengan lebih ‘jantan’ supaya rakyat sendiri dapat menilai apakah pilihan terbaik yang mereka ada.

Andaikata ini tidak menjadi asas perjuangan Pakatan Rakyat, maka maaflah aku nak kata; pi mai pi mai tang tu jugak depa neh…

Sekarang bukan masa nak bertelagah mengenai isu ‘poster siapa yang harus digantung di Batu Caves’ atau ‘siapakah yang mengamalkan kronisme’ atau juga ‘siapa tali barut Amerika sebenarnya’. Fahami apakah perjuangan politik yang sebenarnya, dan anda akan lebih terbuka mata untuk melihat kenapa Pakatan Rakyat PERLU menumbangkan Barisan Nasional pada PRU-13 nanti.

23.12.09

IKAN KELISA MAK ILOI-ILOI, IKAN VIVA MAK ILAI-ILAI

Pada satu malam, aku bersembang dengan rakan seperlepakan aku. Topiknya adalah ‘bila agaknya aku akan habis bayar kereta Iswara aku tu?’

Jawapannya adalah kira-kira 3 tahun. Perdebatan yang simple dan berbunyi seperti sekejap bukan? Sebenarnya tidak. Ada isi lagi disebaliknya. Dalam pada aku nak berkira-kira untuk tersenyum lebar mengenangkan beban hutang bulanan sebanyak RM300 itu akan termansuh; secara sinikalnya nafsu aku sudah mula berbisik untuk berangan buat hutang yang baru kelak. Keji kan?

Ya, aku berhasrat untuk menyerahkan iswara tersebut untuk kegunaan kedua orang tua aku setelah habis bayar nanti didorong atas beberapa sebab. Pertama, ia akan berusia 16 tahun apabila hutang bank selesai nanti. Kedua, ia tidak cukup cool untuk orang yang ‘perasan’ muda macam aku. Ketiga, nilai maintenance yang terlalu tinggi. Keempat, aku percaya ia merupakan bekas ‘kereta potong’ maka aku tak berani nak hantar Puspakom. Kelima, menelan minyak yang banyak kerana maintenance yang tidak dijaga rapi akibat selalu buat hal.

Bersembang dengan rakan aku tadi; beliau memang dikenali sebagai ‘pomen’ kereta yang disegani di antara kami. Hakikatnya, hanya beliau seorang je pun yang mencari rezeki dalam bidang mekanik neh. Setelah sembang lebih kurang; disusuli hilaian tawa umpama mak lampir di kedai mamak itu, aku mengeluarkan sepatah bicara. “Lepas setel iswara neh aku nak carik kelisa SE (Special Edition yang siap spoiler, skirting dengan sport rim tu)”.

Beliau membantah “Buat apa ngok. Sama je macam ko pakai kancil 660. Kalau nak tukar gearbox apa-apa hal pun kena turun enjin jugak.”

Aku menambah “Ye laa, tapi kelisa susah sikit nak rosak dibandingkan kancil. Enjin pun sedap, kurang meragam. Yang bestnya, sebab cc 1.0, minyak tetap jimat macam kancil.”

“Daripada ko beli kelisa, baik ko beli viva low-spec (Viva BX 660). Harga lebih kurang. Baru pulak tu…”

“Tapi viva low spec tu kosong sangat. Nanti aku mula laa menggatal nak pasang audio, nak tukar sport rim, suspension, spring, skirting, bla bla bla… Kalau macam tu baik aku make-up iswara aku tu je. Same gak ongkos.”

“Ko neh degil. Bila aku cakap tu ko tanak ikut. Nanti ko menyesal macam masa ko beli iswara tu dulu…”

Okeh, aku dah malas nak bertekak dengan dia sebab aku tau apa respon terakhir yang akan dia beri kat aku nanti, ‘susah-susah sangat ko tak payah pikir laa nak beli kereta lain. Ko simpan duit dari sekarang, lepas tiga tahun nanti ko make-up laa iswara tu macam mana yang ko nak…’.

Keh keh keh. Aku boleh agak laa ayat ko Pek. Ko memang seorang mekanik yang sungguh tipikal.

Ada tiga persoalan utama yang aku perlu fikirkan menjelang tiga tahun akan datang. Pertama, adakah iswara aku masih boleh diharap dengan enjin yang dah berganti entah apa jenis tu (menguatkan syak wasangka aku bahawa kereta tu adalah kereta potong atau kereta yang pernah eksiden – total loss) dan sekiranya aku cukup wang untuk endorse enjin mivec baru, adakah ia akan lepas pemeriksaan Puspakom? Kedua, sekiranya aku nak beli kereta baru (seken hand laa tapi), mana aku nak carik down payment yang cukup banyak tanpa perlu menjual semula kereta iswara tersebut bagi mengurangkan tanggungan bulanan aku seminimum yang mungkin? Ketiga, dengan bebanan hutang tertunggak aku (kebanyakan aset keluarga yang sedang dipajak kepada bank adalah atas nama aku sebab aku anak lelaki), adakah aku masih layak untuk membuat loan antara 20-25 ribu dalam masa 3 tahun akan datang?

Jika tidak, takkan aku nak pakai motor sampai ke tua?



Pesanan penaja : carik laa calon bini yang memiliki kereta seadanya. Susah-susah sangat, kawen je ngan orang gomen, senang nak buat pinjaman nanti.



Lalalala…

19.12.09

HMI : WHOSE LINE

Haha, ini laa kerja aku saban waktu. Melayari youtube sambil menonton episod-episod Whose Line sambil gelak sorang-sorang. Kerana ini jugalah aku terserempak video klip Wayne Brady yang aku siarkan minggu lepas.

Kali neh aku lari konsep sikit. Aku siarkan kompilasi Best of Whose Line yang aku jumpa kat youtube. Kira hiburan gak neh ape. Sebenarnya dia ada banyak bahagian, tapi ini bahagian terakhir. Jadi ia menyelitkan salam perpisahan dari peng-upload video yang aku rasa sangat istimewa sekiranya kamu menganggap diri kamu peminat siri ini.

Seriously, this is the funniest show ever in the world. Satu rancangan yang boleh membuatkan aku bergelak berguling-guling atas karpet sambil menghentak kaki (literally) sehingga menimbulkan kegusaran dari mak dan bapak aku : “Dah hilang akal ke anak aku neh…?”. Huhu.





Ketika ini, aku sedang menonton episod ke-20 musim ke-7. Tinggal beberapa episod sahaja lagi sebelum aku melangkah ke musim 8 yang mana merupakan musim terakhir mereka (US Version).

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan siri ini, sila layari youtube ye. Di sana anda boleh menonton kesemua episod dari awal episod pertama hingga 8 musim akhirnya mereka bersiaran. Kat Astro pun ada jugak tapi ulangan laa sebab dorang dah stop buat rancangan neh beberapa tahun lepas. Apa pun, enjoy!

18.12.09

1431 BUKAN 2012

Semalam ramai yang wish tahun baru hijriah di blog dan juga seantero facebook. Aku kompius sebab kalendar kuda aku mengatakan hari ini bersamaan 1 Muharram 1431; tapi ada pulak yang kata semalam dah start. Anak bulan keluar awal ke? Aku memang dah jarang tengok berita maka tak hairan laa kalau aku tatau perkembangan falak negara.

Mungkin juga seperti kata seorang Cikgu Jawa, “Ntah leee.. org politik kita pun selalu gaduh. Tak pasan benda ni kot. Haha…”

Lantak le. Yang penting belum terlewat untuk aku ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah bagi tahun 1431 ini. Semoga azam-azam tahun lepas telah tercapai hendaknya dan azam yang baru nanti diberkati oleh-Nya.



P/S: Cun tak logo ni? Aku cilok tanpa kebenaran dari sini. Kredit untuk mereka seadanya.



Dalam pada aku mengaku tak tengok berita pun, semalam sempat jugak aku tengok Malaysia lawan Vietnam. Kita menang, walaupun mutu permainan kita kelihatan tak konsisten. Namun apa yang penting skuad kali ini lebih mantap dari segi teamwork berbanding skuad-skuad terdahulu yang sering dicemuh pelbagai lapisan peminat bola tempatan. Syabas buat Rajagobal dan anak-anak buahnya.

Kalau masih ingat, skuad bawah 23 ketika era Sathianathan juga pernah membuat kejutan. Tapi selepas itu beliau tenggelam. Dollah Salleh (pemenang pingat emas Sukan Sea) juga pernah memiliki skuad paling mantap ketika menjadi jurulatih Selangor; tetapi dek masalah gaji, segalanya tinggal kenangan kini. Azraai Khor? Bukan lagi jurulatih Kedah pada masa ini.

Jadi, masalah yang perlu disetelkan oleh FAM dan konco-konco mereka yang terlibat, adalah untuk mengekalkan konsistensi dan semangat juang tinggi dalam skuad. Insya-Allah, lembaran baru tahun ini akan menjanjikan sinar baru buat sukan bolasepak negara kita.

Aku? Azam aku tahun lepas sudah ada yang tercapai. Ada juga yang telah aku postpone-kan semenjak tengah tahun yang lalu. Akan aku perincikan dalam entri hujung tahun masihi aku nanti. Tapi, jangan harap laa aku nak jawab soalan berbunyi seperti ini, “Apa azam tahun baru kamu Jai?” Lalalalala…



Salam untuk semua di hari cuti ini. Aku… tak bercuti seperti kamu. Huhu. Sila laa tumpang sedih.

17.12.09

KBSM

KBSM atau nama panjangnya – Kelab Budak Sepi Malaysia telah berusia lebih setahun kini. Walaupun baru setahun jagung, terdapat juga cerita-cerita menarik yang berlaku di dalam kelab.

Sebagai contohnya, nama rasmi kelab ini dibuat secara sambil lewa apabila aku mahu mengasimilasikan akronim KBSM itu dengan kelab ini kerana mahu mengorat seorang cikgu yang tak perlu didedahkan namanya. Sepatutnya kelab ini bernama Kelab SEPI – Kelab Sekumpulan Entiti Pencari Intimasi. Tapi bunyinya agak macam gampang maka idea itu digugurkan.

Selain itu, kelab ini juga mendapat perhatian dari jejaka-jejaka sepi seperti Faiz Zaidon, Amri Jamil dan Afiq Aziz sebagai satu ideologi menarik yang mereka mahu gunakan untuk mencari mangsa… err, jodoh.

Malahan, hieraki jawatan kini juga telah berubah setelah menyaksikan mantan presiden kelab, saudara Amarizal Abu Bakar melangsungkan majlis pertunangannya Sabtu lepas. Penggulingan kuasa beliau yang dibuat oleh aku dan saudara Ashraff yang berlandaskan dasar “Kalau dah tak sepi buat cara tak sepi” berlangsung dengan jaya menyaksikan kini aku telah naik pangkat selaku Timbalan Presiden.

Kini hierarki jawatan yang terbaru adalah seperti berikut:



1. Presiden – Mohd. Ashraff Bin Zaidon

2. Timbalan Presiden – Azraii Bin Abdul Hamid

3. Mursyidul Khas – Amarizal Bin Abu Bakar

4. Naib Presiden – Mohd. Faiz Bin Zaidon

5. Setiausaha Agung – Azraii Bin Abdul Hamid

6. Bendahari – Mohd. Faiz Bin Zaidon

7. Ketua Jawatankuasa Pusat – Mohd. Ashraff Bin Zaidon


8. Jawatankuasa Moderator Kelab –

a) Mohd. Ashraff Bin Zaidon
b) Azraii Bin Abdul Hamid
c) Mohd. Faiz Bin Zaidon
d) Mohd. Afiq Bin Aziz
e) Mohd. Khairil Amri Bin Jamil


9. Jawatankuasa Pembangunan dan Perancangan Aktiviti

a) Mohd Ashraff Bin Zaidon
b) Mohd. Afiq Bin Aziz
c) Mohd. Khairil Amri Bin Jamil
d) Nawfal Bin Nadzri
e) -Belum diisi-


10. Jawatankuasa Pengurusan Ahli

a) Azraii Bin Abdul Hamid
b) -Belum diisi-
c) -Belum diisi-
d) -Belum diisi-
e) -Belum diisi-


11. Jawatankuasa Khas Sayap Srikandi

a) Aemiey Mohd Nor
b) -Belum diisi-
c) -Belum diisi-
d) -Belum diisi-
e) -Belum diisi-



Syarat, Objektif, Visi dan Misi semuanya masih sama. Oleh itu aku cuma akan mem-paste-kan ayat lama yang telah di-edit untuk menyesuaikan dengan status kelab yang diberi nafas baru ini.


Syarat Wajib:

- warganegara Nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Selatan Thailand serta Filipina) tanpa mengira jantina
- kemahiran berbahasa Melayu diwajibkan (Kami tak reti speaking-meaking, harap maaf)
- berumur 17 tahun ke atas pada tarikh permohonan
- tidak memiliki teman (samada sejantina atau tidak) yang diklasifikasikan sebagai hubungan romantika (maksudnya single laa) pada tarikh permohonan


Keahlian anda dianggap batal secara automatik apabila:

- Izrail datang memanggil (huhu…)
- menemui calon yang dianggap sesuai untuk dijadikan teman bercinta
- tidak jujur dalam mematuhi syarat-syarat wajib kelab


Objektif:

- Mengumpulkan seberapa ramai ahli yang turut berkongsi kesepian sama seperti kami tanpa meminta sebarang komitmen; sekadar berkongsi kedukaan agar dapat diganti dengan sebibit keceriaan (Chewah!)


Misi:

- Menjadi medan persinggahan untuk para golongan sepi menempatkan diri; sementara masih belum berpunya ataupun belum di’terima’ mana-mana pihak


Visi:

- menyediakan saluran untuk melepaskan bosan serta berkongsi idea bagaimana mahu menghilangkan sepi samada dengan cara melakukan sebarang aktiviti yang boleh membawa kepada kebaikan diri masing-masing.



Oh ye, kali ini tidak akan ada cabutan bertuah lagi kerana kami tidak menggalakkan judi. Berkenaan dengan lagu rasmi, tagline ke apa ke, itu akan ditentukan nanti sebulat suara. Adapun aku ini amat bermurah hati orangnya, sesiapa yang sudi menyertai (insya-Allah) akan diberikan jawatan rasmi biarpun anda rasa tak cukup masa nak buat kerja. Ye, jawatan dalam kelab ini lebih indah pada nama berbanding hasilnya. Jadi tak perlu risau dengan komitmen bagai-bagai.

Tetapi, harus diingat, bahawa kelab ini MUNGKIN mempunyai badinya tersendiri. Aku kata ‘mungkin’ sebab aku pun tatau apa badinya yang sebenar. Bekas presiden rilek je dapat jodoh (walaupun bukan disumbangkan kelab ini).

Aktiviti pertama, adalah penghasilan group di Facebook. Sesiapa yang sepi mengikut syarat yang telah diberi bolehlah menyertai, tanpa ada sebarang paksaan.

Sekian laporan minit mensyuarat dari aku, Setiausaha Agung merangkap Timbalan Presiden KBSM.

16.12.09

KURANG AJARAN

Member aku berkata : “Hah, mula laa nak melantun tu…”
Mak aku berkata : “Ikutkan laa sangat baran tu.”

Okeh, mungkin aku orang yang kuat mengamuk. Kalau ada apa-apa yang berlaku kat rumah, yang membuatkan aku tak puas hati, aku akan tendang segala macam benda baik pintu ke, TV ke. Okeh, aku tak tendang TV. Gila apa? Nak bunuh diri? Nak merasa kena sembelih dengan bapak aku? Lain laa kalau aku yang beli TV tu.

Kalau dengan kawan-kawan pulak, pantang mereka cuba carik kesalahan aku; aku akan ungkit segala kesilapan, kelemahan dan ke-siot-an mereka selama ini. Ya, aku memang pendendam sampai mati.

Kalau dengan awek pula... eh, aku tak pernah marah awek aku. Bukan sebab tak hingin, tapi sebab tak sempat. Wakakaka.

Apa aku melalut neh? Ohh, aku nak cerita perkara simple je. Pernahkah sesapa yang anda tak kenali tetiba buat palat dengan anda? Aku... pernah terkena.


Insiden 1 : Pernah satu ketika beberapa tahun lepas, setiap kali aku nak pergi kerja, motorsikal aku tak boleh dihidupkan. Rupa-rupanya ada mala’un mana entah yang cabut kabel plug motor aku. Perkara itu berlanjutan hingga hampir sebulan. Tapi aku tak pernah nak kaji atau siasat pun siapakah punya gerangan yang buat caker. Aku cuma menganggap mungkin ada budak main bola petang-petang yang tak perasan mereka sedang main berdekatan dengan motor aku hingga menyebabkan kabel plugnya tercabut.

Insiden 2 : Pernah ketika aku sedang melayan WIFI di kedai makan, tetiba ada mamat neh nak mintak tumpang plug yang sedang aku gunakan. Beliau menawarkan untuk berkongsi extension yang beliau bawak dari rumah. Aku memang takde hal punya, cuma aku cakap “Okeh, sekejap bang. Saya shutdown jap” sebab aku tak pasang bateri waktu tu. Alih-alih dia terus cabut je plug aku dengan selamba badak. Aku kata dalam hati, “takpe, mamat neh pekak badak kot.” Belum habis lagi ceritanya. Ketika mamat neh dah nak blah, dengan selamba jugak dia cabut plug aku tanpa bagi sebarang warning, ketika aku sedang mendownload blue. Eh silap, MP3. Entah kenapa, aku rasa, “mamat neh bukan ignorant, cuma berlaku kesalah-fahaman je di sini.” Dan macam biasa, aku maintain cool.

Insiden 3 : Aku order nasik ayam bungkus. Awek kiut yang sedang membungkus berkata “abang duduklah dulu. Nanti dah siap saya hantar kat abang.” Aku memang pantang dengar awek panggil aku abang. Rasa cam nak bungkus dengan awek tu sekali je. Tapi setelah memerhati keadaan sekeliling, aku tau yang restoran tu sedang sesak, jadi aku malas nak carik tempat duduk. Kesian dengan orang lain yang datang nak makan kat situ, sedangkan aku berhasrat nak makan kat tempat kerja je. Lagipun, berdiri depan awek itu untuk menunggu order, tidaklah begitu memenatkan sebenarnya, lantaran aku ini mata keranjang juga kadangkala. Nak dijadikan cerita, ada seekor brader di hadapan aku yang dah lama habis makan, sedang melayan minuman sambil menghisap rokok. Dia berkata “dik, bungkuskan abang nasik ayam satu.” Dan aku buat donno sambil setia menunggu. Setelah order aku siap, aku bawak nasik aku tu ke kaunter untuk proses pembayaran. Sedang aku mengorek duit syiling dalam poket untuk membayar, mamat yang mengorder tadi datang ke kaunter, bayar harga makanan dia dengan nasik ayam tadi, lalu terus merembat plastik aku tu. Mula-mula aku macam terkesima jugak, tapi aku memikirkan mungkin dia kompius bahawa nasik ayam dia sebenarnya belum siap dan sedang dibungkus. Memikirkan yang dia juga telah selesai membayar, aku malas nak banyak bunyik sebaliknya kembali pada awek kiut tadi untuk mengambil bungkusan yang baru. Takde konsep menipu di sini kerana masing-masing sudah bayar harga nasik masing-masing.


Bila berhadapan dengan orang awam/luar/asing, aku suka berfikiran positif bahawa pemikiran dalam minda mereka selalunya tak sama dengan pemikiran aku. Dan segala-galanya mungkin cuma salah faham biarpun aku terasa macam “eh, kiwak betul laa dorang neh!”. Tapi kalau dengan orang yang aku dah kenal lama dan tahu serba sedikit hati budi mereka, dengan mudah aku akan mempersoal setiap tindakan mereka yang aku rasakan seperti kurang ajaran. Sebenarnya aku bukan marah dengan dorang, aku cuma nak NASEHATTT…

Sebab aku nak dorang sedar atau berubah, atau sekurang-kurangnya menjawab persoalan aku untuk merelevankan bahawa apa yang mereka buat atau lakukan itu sebenarnya masuk akal dan tindakan yang paling tepat.

Kalau orang yang aku tak kenal pula, cukuplah saja dengan aku mendoakan agar mereka eksiden putus kaki balik nanti. Kerana aku memang langsung tak ambil peduli. Sekian.

15.12.09

WHAT IF?

Agaknya, kalaulah aku dah ada awek nanti kan.



Masa berchenta : “Akan ku redah Laut Merah, akan ku daki puncak Everest, akan ku harungi belukar Amazon, demi untuk mendapatkan cintamu yang satu; wahai kekasih pujaan hatiku.”

Masa bergadhoh : “Pegi mati laa dengan awak. Ingat saya heran sangat ke dengan awak punya tak puas hati itu ini. Nak banyak komplen pi naik airplane laa. Saya takde masa nak layan awak punya merajuk, ok?!”



Hoho! Cinta sejati itu cuma ilusi. Cinta sejati itu datang dari hati. Kenali siapa diri, kurangkan berfantasi; kerana ranjau dan duri itu sebahagian dari realiti. Renung-renungkan dan selamat beramal!

14.12.09

SAYA TERIMA TUNANGNYA…

Telahpun berlangsung gala gilang gemilang upacara pertunangan saudara Amarizal Abu Bakar dengan pasangannya Shara Eliana (taktau nama sebenar) pada Sabtu yang lepas tanggal 12 haribulan 12, 2012. Eh silap, 2009.

“Ko jangan memain Jai!”

Ok, aku tak main-main. Sememangnya ia merupakan satu majlis yang menterujakan serta mengghairahkan. Sehingga ada yang tertanya-tanya “apa agaknya posisi yang akan digunakan Ijal di malam pertamanya hari ini?”

“Kejap, kejap! Dia ni kahwin ke tunang Jai?”

Aku pun taktau. A picture could say a thousand words.



But which word? Keh keh.



Pengantin berarak. Wakaka, tipu je. Gambar ini diambil semasa kedua tunangan (bukan mempelai!) sedang di bawa ke lokasi untuk sesi fotografi.

Ye, mereka juga ada sesi fotografi. Berikut adalah buktinya:



P/S: gambar blur sebab aku tengah zoom.

Okeh, cukup-cukup laa tu aku dok ‘menganjing’ si Ijal neh. Dalam pada sifat aku yang keji dan suka memerli ini, aku tetap haramkan sesiapa untuk mengutuk beliau dalam blog aku ini. Marilah kita sama-sama mendoakan kedua mereka bahagia hingga ke hujung nyawa.

Pada hari itu, kami (rakan-rakan seperjuangan) diminta untuk membuat ucapan selamat untuk beliau menerusi video. Tapi dek kerana ditemuramah secara terbuka; aku yang sememangnya bersifat malu-malu hamster ini tak terkeluar sebarang kata-kata. Tapi sebenarnya ada banyak perkara yang aku ingin bicara, cuma taktau nak cakap camne. Mungkin ayat-ayat aku hanya sesuai dilontarkan sebagai ‘ucapan selamat pengantin baru’ je kot. Tapi mereka belum jadi pengantin. Jadi aku serba salah tatau nak pilih ucapan yang mana.

Berikut merupakan pilihan yang aku ada:


“Selamat bertunang, Jal. Kau pakai kereta enjin 2.0. Majlis tunang pun biarlah 2.0 jugak ye. Tak payah laa ada 3.0 pulak nanti. Melainkan kau ada planning nak pakai Alphard pulak lepas ni.” – ucapan paling sesuai untuk majlis pertunangan ni, tapi terlalu banyak euphemism (double meaning) yang digunakan sehinggakan ramai yang akan tak memahami; silap-silap dia sendiri pun tak dapat tangkap ucapan/nasihat aku tu.

“Selamat bertunang, Jal. Selamat menempuhi fasa tempoh darah manis. Jangan bagi sesiapa hisap darah kau. Kelak terjangkit HIV nanti baru tau.” – err… terlalu provoke sangat kot.

“Selamat bertunang, Jal. Ingat tujuan asal kenapa manusia dianugerahkan kenikmatan hidup berpasangan. Jangan pandai-pandai nak pakai ‘helmet’ plastik (walaupun ada cop SIRIM) atau nak suruh ‘dia’ telan bijik pulak lepas neh. Ingat, perkahwinan tanpa usaha mendapatkan zuriat samalah seperti perkahwinan yang tidak berzat (atau lazat).” – ini untuk majlis kahwin laa. Lari konsep dah neh.


Di pengakhirannya yang terkeluar kat mulut aku cumalah: “Err, selamat… selamat bertunang. Aaa… aaa, apa lagi ekk, aaa, eh korang pulak laa cakap. Aku tatau laa nak cakap apa…”

Cam haram kan?


Mari melayan gambar extra! (mentang-mentang laa dapat pinjam kamera akak)



*antara hantaran yang telah menjadi mangsa korban – sejadah lipat, bukan sejadah berdiri. (Model tak berbayar, Encik Aiman)



*Seri pengantin. Eh silap lagi, tunangan orang.



*Jika anda gembira tunjuk gigi. Jika anda gembira tunjuk gigi. Jika anda gembira, beginilah caranya, jika anda gembira tunjuk gigi. (sila laa nyanyi mengikut irama bersesuaian)



*Geng Rombongan Cik Kiah!



*Sesi bersama ‘Putera’ Sehari, belum boleh bergelar Raja. (perhatikan mata setiap mereka – tak tentu arah! Banyak sangat paparazzi hari tu)



*Dah nak balik.



*”Sape kata korang boleh balik? Jom ikut aku pi tangkap gambar tepi tasik dulu”



*Lalalala, lamanya menunggu si putera neh.



*Dah nak tido.



*”Eleh, ingat Ijal sorang je ke ada buah hati?!”



*Beginilah keadaan aku sebaik sahaja terjaga dari tido. “Neh sapa punya keja yang dok sidai aku kat sini neh?!”



*Regangan hamstring



*”Kalaulah aku pun pakai Lancer jugak…”


Oh ye, kalau ada yang tertanya si Ijal neh main posisi apa di malam pertama beliau bertunang itu; jawapannya adalah goalkeeper. Sebab malam tu kitorang main futsal. Tak main benda lain dah. Lalalala…



~Terlepas persandingan Encik Aboi pada hari Ahad. Soooooori sangat wahai Aboi oi!~

13.12.09

HMI : WAYNE BRADY

Ini adalah lagu cover dari kumpulan All-4-One bertajuk Beautiful yang dinyanyikan semula oleh Wayne Brady. Wayne Brady merupakan antara bintang utama siri Whose Line Is It Anyway yang mana kepakarannya adalah menyanyi lagu secara spontan atau mimik artis terkenal and he’d done a very good job on that show. Tak disangka rupanya beliau memang memiliki bakat semulajadi untuk membawa lagu ini seribu kali lebih baik dari penyanyi asal (ceh, pujian melampau-lampau).

Apa pun yang membuatkan aku percaya dengan si pengomen-pengomen kat youtube yang memuji beliau berguni-guni, adalah kerana aku sendiri suka dengan gaya alunan suara beliau for this particular song. Ia mengingatkan aku pada nyanyian mendiang Luther Vandross (hambek ko! Sejak bila aku pandai melayan Luther Vandross pulak neh?)





“But I’ve never seen anything as beautiful as you…”

Sekiranya kamu tidak kelihatan cantik pada seseorang, tidak bermakna kamu tidak cantik pada semua orang. Namun sekiranya hanya aku yang pernah memuji kecantikanmu, ketahuilah, betapa hanya aku yang benar-benar tahu untuk menghargai dirimu.

Cewah!

11.12.09

KENAPA BAH KAU BERUBAH

Sabah merupakan antara salah satu negeri di Malaysia yang memiliki keunikan tersendiri. Tidak, aku tidak bercakap mengenai Adam atau Stacy; tapi Jo Anna Sue Henley Rampas sememangnya satu bukti bahawa Sabahan boleh menghasilkan calon jodoh yang baik untuk Encik Akeji.

Err, apahal nak citer pasal jodoh lak neh. Baiklah, kita kaji dari sudut politik pula. Sabah merupakan sebuah negeri yang telah membantu UMNO mengekalkan majoriti kerusi parlimen mereka setelah kehilangan banyak kerusi pada 8 Mac tahun lepas.

Err, macam tak kena topik jugak neh. Ok, kita perhati sudut geografinya. Di Sabah, terdapat gunung yang tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu. Ia merupakan tarikan pelancong yang utama di samping menjadi destinasi tetap pencinta-pencinta ekosistem hutan hujan di kepulauan Borneo itu. Bagi seorang yang memiliki MyKad dan mengaku sebagai wargenegara Malaysia seperti aku; ketidak-mampuan untuk melawat negeri Sabah merupakan sesuatu yang agak menyedihkan.

Tetapi tetap ada juga di antara kita yang pernah pergi ke sana tak kira laa untuk urusan rasmi ataupun tak berapa rasmi. Bagi mereka yang pernah melancong ke Sabah, ingin aku jemput anda untuk mengisi boring soalselidik yang aku lampirkan dalam link di bawah ini agar dapat membantu mempromosikan pelancongan di Sabah pada masa akan datang. Penyertaan anda amatlah dihargai dan entri ini bukanlah iklan berbayar atau berskrip. Ia sekadar memenuhi tanggungjawab sosial selaku orang yang sayangkan negara sendiri. Kejujuran anda dalam menjawab soalan-soalan dalam soalselidik ini amatlah diperlukan (penyertaan hanya dibuka bagi mereka yang PERNAH melancong ke Sabah sahaja).



Kajiselidik Persepsi Negeri Sabah (dwibahasa)



~Kredit to Encik Tengkorak. Perkara yang boleh mendatangkan kebaikan, apa salahnya dikongsi-kongsikan~

10.12.09

SEIKAT DAUN SIREH

Haih~

Aku tatau laa nak cerita apa kali neh. In fact, ketika entri ini ditaip sekalipun, masih belum ada tajuk yang aku jumpa. Yang mana merupakan sesuatu yang agak janggal dalam pengalaman aku mencoret entri ketika selama ini.

Aku pun tatau kenapa aku tak ada mood nak bercerita.

“Kering idea ke Jai?”

Eh tak la… Ada banyak benda yang berlaku dalam hidup aku semenjak Jumaat minggu lepas hingga ke hari ini. Tapi mungkin kerana aku terkesima dengan soklan maut yang pernah dikemukakan Cik Aini : “Nak tanya neh, do you taking your blog seriously?”

Aku consider my writings with such a high value kerana ini sajalah kemahiran yang boleh aku banggakan. Kalau anda kenal aku di luar sana – di alam realiti, tidak mustahil anda akan menuding jari kepada aku sambil menggelar aku loser. Keh keh. Maklum laa belajar pun tak tinggi, pencapaian pun tak ke mana. Yet, setinggi-tinggi mana pun aku menikmati kebanggaan dalam gaya penulisan aku ini pun, I’m still not the best in my field. Therefore from time to time I’ll try to write some quality stuff so I believe that I’m not wasting any of our time (for me and my readers also).

Jadi adakah aku serius dalam ber-blog? Entahlah, masih tak ketemu jawapan. Kali ini aku teringin nak membebel kosong sekadar nak mengkaji permasalahan mengapakah secara tiba-tiba aku takde isu untuk diulaskan. Mungkin apa yang berlaku dalam dua tiga empat lima hari ini telah mempengaruhi aku sedikit sebanyak.


SABTU 5 DISEMBER 2009, 11.00 A.M

Seorang kenalan aku mengeluarkan memorandum dalam bentuk SMS mengharamkan wajah beliau dari disiarkan dalam facebook sesiapa pun; akibat dari kontroversi yang timbul tidak berapa lama sebelum itu. Aku seorang yang tau menghormati kehendak orang lain, cuma aku terpinga-pinga sedikit sebab dalam gambar-gambar yang aku publishkan itu melibatkan juga wajah-wajah yang lain. Dan telah pun aku tagging-kan. Walaupun kehendak beliau telah aku penuhi, tidak dinafikan aku terasa potong stim juga seadanya.

“Aku tak reti pakai blur tool dalam Adobe Photoshop, aku cut dalam Paint je laa ek? Wakakaka…”


SABTU 5 DISEMBER 2009, 5.00 P.M

Aku diamanahkan untuk meneman kakak aku pulang ke kampung kerana anak sepupu aku kahwin. Tapi selaku designated driver, hakikatnya aku sudah tidak tidur semenjak hari Jumaat lepas. Ada hati nak bawak kereta sampai ke Pahang pulak tu? Nasib baik kakak aku tak banyak songeh dan sanggup drive kereta sementara aku tidur kat sebelah. Dan terima kasih jugak laa sebab baby Sara dia tak banyak buat hal sepanjang perjalanan tu. Kalau tak dah tentu-tentu aku kena maki dengan kakak aku bergelen-gelen. Tu belum kena berleter dengan mak aku lagi tu setibanya aku di kampung nanti.

“Ramainya umat tolong memasak! Mentang-mentang laa satu kampung neh semua memang waris suku-sakat kita.”


SABTU 5 DISEMBER 2009, 10.00 P.M

Henset buat hal lagi. Semenjak ia pernah terburai di atas highway satu ketika dulu, ada masanya ia memang meragam apabila skrin tetiba jadi putih bak salju. Tapi biasanya apabila hentak sedikit skrinnya kat kepala lutut, kemudian restart henset, masalah tersebut akan diatasi. Tapi entah kenapa malam tu makin menjadi-jadi pulak pe’elnya. Kesudahannya aku tak dapat nak baca mesej mengenai result perlawanan EPL yang aku nanti-nantikan (Ceh!).

“Alamak, rumah penuh bergelimpangan dengan sanak saudara. Mana aku nak tidur neh? Dalam kereta ke?”


AHAD 6 DISEMBER 2009, 2.00 P.M

Okeh, aku tak tidur lagi buat dua malam berturut-turut. Aku memang kental. Melepak bersama anak sepupu (yang lebih kurang sebaya aku) sambil berborak panjang dan menghirup kopi; kami ditugaskan menjaga khemah makanan agar tidak didekati anjing liar. Sebaik lepas subuh sahaja segala persiapan kenduri sudah bermula, dan aku antara penyumbang tenaga muda yang amat-amat diperlukan. Dari menyusun meja, mengangkat periuk, menghantar dulang hidangan dan jag air, sehinggalah ke mencuci gelas. Aku malas nak campur bab mencuci pinggan mangkuk sebab aku tau kederat aku dah tak boleh bertahan lama. Lagipun sanak sedara yang lain dah ada. Menjelang jam 2 petang, kakak aku muncul sambil berkata, “Dah, pergi mandi. Kita nak gerak balik Kajang neh.”

“Pegi, tidur. Balik pun tidur gak dalam kereta. Terasa segala janji konon-konon nak teman kakak aku drive kereta menjadi sia-sia sahaja.”


ISNIN 7 DISEMBER 2009, 6.00 A.M

Bunyi bising di dapur membuatkan aku terjaga dari lunas tidur. Aku dapati mak aku sedang bergaduh dengan kakak aku. Tak perlu diperincikan kisahnya sebab aku tak ingin membuka pekung keluarga sendiri. Tapi aku faham kenapa ia berlaku. Hakikatnya aku sendiri bergaduh dengan bapak aku malam sebelumnya yang membuatkan aku mengambil keputusan untuk memonteng kerja hari itu. Ditambah lagi dengan henset aku yang masih tak menunjukkan tanda-tanda nak pulih, badan pula sengal-sengal dan kepala ada gaya macam nak demam. Mak aku pula kehilangan henset sewaktu di kampung. Sudah lah letih membantu memasak, beliau pula disyaki sedang naik darah tinggi akibat mengadap makanan berdaging masa kenduri. Jadi, perkara kecil pun boleh menjadi perang dalam rumah kami waktu itu. Akibat dari itu juga, aktiviti aku mengetuk skrin henset ke kepala lutut digantikan dengan aktiviti menghempas-hempas henset ke lantai lagak orang kalah judi. Macam aku dah lupa je yang aku pernah habiskan RM1100 masa beli henset tu tiga tahun lepas.

“Aiseh, skrin pecah. Melayang lagi laa duit aku bulan neh…”


ISNIN 7 DISEMBER 2009, 8.00 P.M

Singgah di pekan Kajang, berhasrat mencarikan henset baru untuk menggantikan henset mak aku yang dah hilang. Sambil-sambil tu usya jugak harga nak repair skrin henset. RM150! Sama harga dengan henset yang mak aku baru beli. Aku bajet under RM100. Maka hasrat itu terpaksa ditangguhkan. Mengendeng mak aku untuk meminjam henset baru beliau sampai hujung bulan. Lagipun hujung minggu ni aku dijadualkan untuk menemani member aku bertunang, serta ada kenduri kahwin pulak pada Ahadnya. Nasib baik aku bukan sahaja terkenal sebagai anak bapak; tapi aku juga berreputasi tinggi selaku anak emak. Berjaya!

“Boleh laa berlagak merasmikan henset baru neh.”


ISNIN 7 DISEMBER 2009, 10.00 P.M

Sudahlah Berjaya mengendeng henset baru; singgah di rumah kakak aku, sempat pula mengendeng untuk mintak pinjam kamera digital beliau yang berkeupayaan 8 Megapixel itu. Alasan aku mudah, “henset rosak takleh nak guna untuk tangkap gambar hujung minggu neh.” Maka melaram laa aku sambil melayan jakun pegang kamera digital yang haram memang aku tatau segala butang function bagai-bagai tu. Tapi tak susah untuk aku belajar benda-benda gadget neh.

“Bakal menjadi cameraman yang batak laa aku ni nanti. Silap-silap gambar lubang hidung pengantin pun aku snap jugak.”


SELASA 8 DISEMBER 2009, 10.00 P.M

Menjengah ke dalam facebook bagi tujuan mengedit gambar seperti yang aku mula-mula cerita tadi (nak buat hari Sabtu tu memang tak sempat sebab nak berkejar balik ke Pahang), Encik Nopal pandai-pandai pulak memperkenalkan aku dengan aplikasi game Football Manager di sana. Sebenarnya aku memang pantang nak main game dekat myspace atau facebook sebab aku tau ia memerlukan banyak perhatian dan sangat membuang masa. Sebab tu aku ignore je sesiapa yang invite aku main Mafia Wars atau Farmville. Tapi sebab neh game Football Manager, tambahan pula aku boleh meletakkan nama-nama rakan sebagai pemain dalam pasukan aku; membuatkan aku teruja lantas terjerumus sama cuba menngumpul mata tertinggi. Bayangkan dengan modal hanya 100,000 pound, aku kini telah memperolehi lebih 50 juta pound yang telah diagih-agihkan untuk melatih skil pemain serta memperbesarkan kapasiti stadium, dalam masa 24 jam sahaja. Huhu.

“Waktu yang kau habiskan dengan tidur itu, telah aku gunakan untuk memantapkan pasukan. Sori laa kalo ko takde can nak menang dengan aku dah lepas neh.”


RABU 9 DISEMBER 2009, 9.00 A.M

Jadual tidur yang tunggang langgang. Terlalu lama mengadap skrin laptop sambil men-celen orang untuk bertarung dengan pasukan Football Manager aku, membuatkan aku demam kembali. Tapi aku tetap kental. Telan panadol dua biji, berkuranglah sikit tekanan kepala walaupun denyut-denyut itu masih ada. Mula laa terasa gatal nak kembali menghapdet blog. Lagipun aku kena buat kajian semula kat blog minah ni berkenaan tutorial untuk menempel semula nuffnang aku yang pernah hilang satu ketika dulu. Mana laa tau kali neh aku ada rezeki boleh buat duit barang sepuluh ringgit dua (tingginya cita-cita).



Haih, memang banyak benda yang aku boleh ceritakan kalau aku berkehendakkan sebenarnya. Tapi kalau setakat aku je yang nak mendengar, adalah lebih baik aku catit dalam diari atau privatekan saja blog ini. Cuma, itu bukanlah tujuan asal aku untuk ber-blog. Maka, aku bertanggungjawab untuk menyusun priority penulisan aku. Huhu.



~Leh tahan gak panjang neh. Balas dendam ke?~

5.12.09

HMI : ALIZEE (LAGI?)

“Kalaulah aku menjadi pakcik itu.”

Aku lebih suka melihat Alizee berambut panjang dan mengikatnya ke belakang seperti dalam videoklip ketika beliau menyanyikan semula lagu La Isla Bonita yang pernah dipopularkan oleh Madonna.




Tapi semenjak beliau mengeluarkan single terbaru berjudul Mademoiselle Juliette, beliau telah menggayakan semula fesyen rambutnya ala-ala Victoria Beckham which I find very cute n sexy.

Videoklip pilihan minggu ini bertajuk Adelaide, sebuah lagu retro Perancis 80-an yang dinyanyikan berduet bersama Alain Chamfort (lagu asal oleh Arnold Turboust & Zabou). Tapi suara beliau memang sangat kiut dalam lagu neh. Aku rasa kalau lagu neh nak diconvert ke bahasa melayu, eloklah kalau diberi tajuk ‘Adik-Adik’. Haha!





Alain Chamfort yang aku gelarkan sebagai pakcik neh memang nampak kelakar bila menari. Ataupun itu teknik menari di disko Perancis zaman 80-an? Entah laa. Namun yang pasti aku rasa pakcik neh peminat James Bond sebab fesyennya mengingatkan aku pada pelakon Timothy Dalton dalam filem James Bond 80-an.


“Kalaulah aku menjadi pakcik itu…” Udah-udah le tu Jai!



~Another reason why I completely fall in love with french language~

4.12.09

RESUME

Resume di sini bukan bermaksud ‘sambung balik’. Tapi ia bermaksud satu proses dokumentasi untuk dinilai oleh orang yang berkepentingan; sama ada untuk tujuan meminta kerja atau perkara lain.

Secara ilmiahnya, kamus Oxford Digital aku secara mudah mendefinisikan istilah ini sebagai ‘a summary’ (rumusan). Di Amerika Utara pula ia dianggap sebagai ‘a curriculum vitae’. Lebih kurang laa tu maksudnya.

Eh, aku bukan nak mintak kerja. Aku dah ada kerja dan aku bahagia dengan kerja aku. Hari-hari mengangkang sambil mengadap internet, hujung bulan cocok kad ambil gaji. Cam haram kan?

Tapi aku teringat komen Encik Aiman, disokong pula Encik Muhammad Fikri (Pak Tam) yang menyuruh aku menjadi manager team futsal kami. Walaupun atas dasar membuat lawak hampeh, bagi aku tak keterlaluan untuk aku membalas pula dengan lawak lebih hampeh konon-kononnya nak mintak kerja dengan dorang. Padahal dorang bukan ada duit pun nak bayar gaji aku yang demand gila babi neh. Lalalala…



RESUME AZRAII ABDUL HAMID


Objektif Karier : Membawa pasukan futsal ke dalam kejuaraan liga setempat sehingga memperlihatkan sebahagian besar pemain diserap ke dalam pasukan futsal kebangsaan.

Alamat : Kat rumah mak bapak saya.

Telefon : 014-Tekan tekan tak dapat.

E-mel
: ascorp09@yahoo.com

Umur
: 24 tahun 10 bulan.

Warganegara
: Malaysia kalau tak silap.

Jantina
: Nak cek seluar ke?

Status
: Sepi.

I.C
: You see?

Tinggi
: 195cm. Tapi mungkin ada yang nampak saya macam 165cm. Saya pun tak pasti sangat.

Berat
: Sebelum makan – 69kg. Selepas makan – 79kg.

Personaliti
: Syok sendiri.

Kekuatan
: Nafsu yang besar dan memang kuat.

Latarbelakang akademik
: Lulus ujian memandu untuk kategori B2 dan D.

Sekolah
: Tadika Islam Masjid Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur (6 bulan)
Tadika Rukun Tetangga Kampung Kastam, Brickfileds, Kuala Lumpur (6 bulan)
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) La Salle, Brickfields, Kuala Lumpur (2-3 bulan)
Sekolah Rendah kebangsaan La Salle, Brickfields, Kuala Lumpur (2 tahun beberapa bulan)
Sekolah Kebangsaan Batu Yon, Bukit Betong, Lipis, Pahang (6 bulan)
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Koyan, Raub, Pahang (3 tahun)
Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang (1 tahun beberapa bulan)
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan, Raub, Pahang (1 tahun)
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya, Cheras, Kuala Lumpur (6 bulan)
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang, Selangor (2 tahun)
Kolej PTPL Kajang, Selangor (4 bulan)

*Amacam, ada sesapa yang berani nak celen aku punya rekod tak?

Latarbelakang kerjaya
: Pengawal Keselamatan Kawal Wiramas, Putrajaya.
Messenger (dispatch cum office boy cum store clerk) EON Bank, Seri Kembangan.
Petugas kedai fotostat, Bangi.
Pengawal Keselamatan Kawal Wiramas, cawangan RHB Bank, Kajang.
Despatch Nationwide Express Courier Service, Kajang.
Pengawal Keselamatan Smart Force, Putrajaya.
Despatch City-Link, Kajang.
Pengawal Keselamatan North Borneo Security, Putrajaya.
Despatch freelance untuk kedai-e.net, Kajang.
Pengawal Keselamatan Smart Force, Cyberjaya (ongoing),
dan pekerja sementara Burnie Catering (pencuci pinggan), Shah Alam.

Kemahiran
: - Pandai hisap rokok.
- Berkemampuan untuk berjaga lebih 30 jam (tapi tidur lebih 12 jam kemudiannya).
- Tahu maklumat ringkas mengenai keperluan hardware komputer.
- Agak mahir menggunakan aplikasi Microsoft Word (tidak termasuk segala Microsoft Office yang lain).
- Tahu menggunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar (menggunakan menu filter SAHAJA).
- Tahu menggunakan Sony Sound Forge untuk mengedit MP3 menjadi ringtone.
- Tahu memformat Windows XP (Window Vista masih dalam proses pembelajaran).
- Rajin menulis blog purata 2-3 mukasurat per entri.
- Pandai bawak motorsikal dan kereta auto (kalau boleh malas nak bawak kereta manual).
- Boleh menjadi goalkeeper atau manager atau pembancuh air dalam mana-mana pasukan futsal (preferably manager laa).

Kemahiran bahasa
: Melayu – menulis, membaca dan bertutur.
Inggeris – membaca tapi tak reti menulis atau bertutur.
Lain-lain – haram jadah satu apa pun tak paham.

Aktiviti masa lapang
: Tengok bola, main futsal, berkaraoke, tengok wayang atau filem DVD, bercuti sambil membazirkan duit dan meloceng (membunyikan loceng pintu rumah orang lain tanpa sebab).

Kemahiran untuk jawatan yang dipohon (manager team futsal)
: Saya memahami konsep kejurulatihan dan pengurusan kelab. Pendekatan saya dibuat melalui 5 langkah iaitu –

1. Taktikal
2. Posisi pemain
3. Minda atau psikologi pemain
4. Motivasi pemain
5. Super-Sub atau pemain pelapis.

Saya juga tahu memilih jersi yang akan menampakkan pemain-pemain saya kelihatan amat hensem walaupun takde sekor pon yang lebih hensem dari saya. Saya akan membekalkan jakuzi untuk sesi latihan fitness dan stamina. Air pilihan saya untuk para pemain adalah Tongkat Ali Power Root. Saya akan belanja tiket wayang dan karaoke VIP Box selepas menang perlawanan.

Gaji yang diminta
: Bayaran permulaan RM2.5 juta, beserta gaji mingguan RM7000 sahaja. KWSP dan segala yang lain tidak diperlukan sebab dengan duit sebanyak tu sepatutnya saya dah pandai membeli insurans sendiri.

Rujukan
: Sila hubungi mak bapak saya sebab dorang tak pernah kutuk saya.

*Resume ini dibuat berdasarkan contoh resume yang diambil dari sini.



Amacam Man, Pak Tam? Ada hati lagi ke nak tengok aku jadi manager korang?

3.12.09

EPAL – KATALIS KEPADA TEORI GRAVITI

Resmi daya graviti; membolehkan manusia sedar bahawa mereka perlu berpijak di dunia nyata. Dari teori yang dicetuskan Sir Isaac Newton ini, manusia belajar bahawa mereka perlukan satu daya atau tenaga untuk melawan kuasa graviti ini sekiranya mereka mahu berkebolehan untuk terbang di awangan.

Err, entri kali ini tidaklah rumit dengan segala equation E = MC kuasa dua bagai-bagai. Aku bukan saintis. Sebenarnya aku cuma ingin menimbulkan satu persoalan. Adakah aku lebih sesuai bergelar Encik Oren ataupun Encik Anggur?

Kerana baru-baru ini aku dikejutkan dengan ketibaan Cik Epal dalam blog aku yang bukan sahaja tidak kedekut untuk meluangkan masa membaca bebelan aku yang meleret-leret ini, tetapi beliau juga sempat drop komen. Untuk pengetahuan mereka yang masih tidak tahu, aku terjumpa profil Cik Epal ketika sedang membaca komen-komen dalam blog Maksu. Komen beliau ketika itu agak selari dengan apa yang aku ingin nyatakan; tapi hal yang itu tidak penting. Yang membuatkan aku teringat akan peristiwa ini kerana aku terpesona dengan kecomelan gambar profil beliau itu.


“Hah, apa lagi. Pergi laa usya. Ko kan solo + sepi…”
“Hish, gila engko. Nak menggatal meroyan pun agak-agak laa.”


Lalu aktiviti melompat blog dilakukan. Setelah meneliti blog beliau lebih kurang sekilas pandang, aku tersenyum sendirian memikirkan kenaifan diri apabila mengetahui beliau seorang blogger yang cukup terkenal dan berpengaruh. Follower beliau pun mencecah 1000 orang. Aku ada hati nak ngorat pulak tu? Huh, memang benarlah daya tarikan graviti itu lebih kuat dari daya tarikan seorang gadis comel yang membuatkan aku ingin terbang di awangan sambil berangan yang bukan-bukan. Aku PERLU berpijak di bumi nyata.

Lagipun Cik Aini (seorang blogger yang baru sahaja mengenali blog aku ni) juga pernah menyatakan bahawa blog seringkali menjadi medan alter-ego bagi si penulis blog. Di dalamnya terdapat macam-macam bentuk persona yang ingin kita gambarkan kepada orang lain tak kira laa samada kita sekadar syok sendiri ataupun tidak. Beliau juga sempat membangkitkan isu perihal mereka-mereka yang mem-fotosyop gambar seperti yang telah aku lakukan dalam banner blog aku ni (heh heh heh).

Secara tak langsung ia berjaya membuat aku sedar bahawa apa saja yang aku coret atau paparkan dalam blog aku, tidak akan menggambarkan perspektif sebenar orang lain dalam menghakimi personaliti aku di alam realiti. Aku perlu sedar bahawa aku seorang yang tak hensem, selekeh, takde duit dan belajar setakat SPM yang mana slip peperiksaannya mencatatkan beraneka gred dari A sampai G. Jadi aku tak boleh nak mengharap untuk mengorat blogger yang lain, apatah lagi berangan pula nak tukar nama kepada Encik Buah-Buahan pula; konon nak nampak macam sweet and cute gitu (ceh!).

Kepada Cik Epal yang sedang membaca (kalau baca laa), saya ingin jelaskan bahawa ini bukan kiriman surat cinta. Ini cuma satu bebelan kosong yang selalu berlaku dalam minda kepala otak saya yang banyak berfikir benda yang tak perlu. Oleh itu anda tak pelu gusar atau khuatir bahawa saya ini akan menjadi penggugat hidup anda atau blog anda di masa depan. Tidak, setakat ini saya belum pernah lagi disabitkan dengan dakwaan mengganggu ketenteraman awam. Sila jangan ambil hati atau terasa apabila nama anda di-mention dalam blog saya yang hina dina ini.



~Lepas ni aku nak berangan kalau-kalau aku dapat berkapel dengan Alizee pulak…~

2.12.09

DUA-RIBU-DUA-BELAS

Niat aku sebenarnya adalah mahu meletakkan link ke satu blog yang aku terserempak secara tak sengaja beberapa minggu lepas. Tapi bila aku carik-carik dalam page history, tak ketemu pula.

Takpelah, aku masih ingat apa yang blog tu cuba sampaikan. Tapi ringkasnya aku akan cuba memplagiat kembali sesi dialog beliau bersama rakan beliau dalam entri tu.


Mamat A : “Rugi sebab semalam kau tak dapat join aku dengar ceramah kat surau tu.”
Mamat B : “Oh ye ke, tajuk apa?”
Mamat A : “Pasal kiamat.”
Mamat B : “Laa ye ke? Kebetulan aku pun dalam perjalanan nak dengar ceramah kiamat jugak neh.”
Mamat A : “Betul ke? Surau mana? Tajuk apa? Siapa penceramahnya?”
Mamat B : “Tajuk 2012, di pawagam berhampiran anda.”

*Butiran ayat telah di-edit sebab daya memori saya tidaklah sehebat mana pun sebenarnya.


Kalau aku tak silap, aku terjumpa entri tu kat dalam blog ini. Tapi bila aku kuis-kuis arkibnya, tak jumpa pulak entri yang aku carik. Sekiranya si tuan penulis ada membaca blog aku ni, dan dapat tangkap ayat yang dikarang di atas mempunyai persamaan dengan cerita anda, sila beritahu dan aku akan mengambil langkah-langkah sewajarnya mengikut kehendak tuan empunya cerita.

Apa pun, sebelum aku tengok Nur Kasih episod akhir di hari raya Aidiladha yang lepas, malam sebelum itu telah aku luangkan sedikit masa menonton filem 2012 di Alamanda. Mujurlah malam raya tu rumah aku memang takde aktiviti. Jadi boleh laa aku lari-lari.

Secara dasarnya, aku tak ingin me-review filem ini dalam blog ku yang tak glemer ni. Sebab sepanjang penontonan aku tu, aku terpukau dengan elemen surprise dan suspen mengenai jalan cerita 2012.

Bagi yang dah membaca suratkhabar, mesti anda biasa dengan ayat neh “2012 menggambarkan cerita bumi dilanda kiamat mengikut kepercayaan kalendar purba kaum Mayan (puak di Amerika Selatan).”

Oh, percayalah, it got more than just that.

Memetik kata-kata kawan aku yang aku kira cukup tepat, “Cerita neh takde hero/heroin.” Ye, aku rasa memang betul. Sebab ketika bumi dilanda malapetaka dahsyat seperti yang telah di-CGI-kan itu, penonton akan cuma mahu melihat survival kemanusiaan itu sendiri. Bukan tindakan atau keputusan yang diambil mana-mana individu. Sebagai contoh, watak presiden kulit hitam amerika; yang dimainkan Danny Glover, memutuskan untuk kekal di White House walaupun para penasihat menyarankan agar beliau bersembunyi di kawasan yang selamat. Aku secara peribadinya tak ambil kisah akan beliau sebab mengikut apa yang diramalkan, malapetaka yang akan berlaku itu cukup dahsyat sehingga tiada manusia yang dapat lari daripadanya. Inilah tema cerita ini; survival di saat perkataan survival itu sendiri sudah tidak memiliki apa-apa makna lagi.

Suatu yang cukup menyeramkan ketika teras bumi digambarkan telah bermutasi menjadi tenaga nuklear lalu meletuskan lahar yang cukup hebat sekaligus menggugat kedudukan plat-plat kerak bumi dan menghasilkan gempa bumi berskala besar. Letusan api di sana sini, kedudukan tanah yang bergerak secara drastik, kehilangan nyawa besar-besaran sepintas lalu sahaja; agak-agaknya ketika itu apa yang akan bermain dalam fikiran anda?

Seperti yang aku katakan tadi, aku tanak me-review filem ini secara penuh, sebab aku nak korang saksikan sendiri dengan penuh saspen dan berteka-teki. Itu aje laa daya penarik cerita ini pun.

Sebab ramai kawan aku yang mempertikaikan kualiti CGI yang mereka paparkan. Sebelum aku tengok filem ini di pawagam, aku sendiri sangsi dengan dakwaan mereka kerana pengarah filem ini adalah Roland Emmerich; pengarah tersohor yang telah menjayakan Independence Day, Godzilla dan The Day After Tomorrow.

Tapi, rasa-rasanya, dakwaan tersebut ada berasas kerana scene sebuah limosin yang mengelak dari terjunam ke dalam ngarai yang muncul setelah berlaku gempa bumi, kelihatan amat kartun sekali.

Selain itu, ada pula yang mengatakan jalan ceritanya bosan/memeningkan. Untuk kritikan yang ini aku kurang setuju. Ya, ia memiliki plot yang merumitkan tetapi tidaklah sukar untuk kita memahami situasi yang cuba digambarkan. Mungkin perbezaan pendapat ini berlaku kerana aku menonton wayang seorang diri (dah nama pun Timbalan Presiden Kelab Budak Sepi Malaysia, ye tak?) cuma ditemani sekotak popcorn caramel, satu set Mentos grape dan segelas air Coca-Cola. Maka pemerhatian aku lebih tajam dan fokus (ataupun mungkin kerana sifat aku yang memang taksub ketika menonton filem). Manakala di sebelah pengkritik itu pula ada ‘bantal’ empuk yang cukup enak untuk disandar atau dipeluki. Kalau aku pun bersituasi sama, mungkin dengan begitu mudah aku akan dapat tidur lena walaupun di dalam panggung yang penuh bingit dengan sound effect Dolby Digital Surround System bagai (mula laa imaginasi aku terbayangkan macam-macam perkara laa neh).

Apa pun, ketika entri ini ditulis, aku baru mengetahui bahawa sejajar dengan penayangan filem ini di seluruh dunia; cukup ramai bloggers (terutama dari Indonesia) yang menghighlight petikan buku atau kajian kontroversi yang melibatkan sejarah kalendar purba kaum Mayan ini. Sehingga di satu peringkat, aku sendiri begitu taksub untuk mencungkil dan mengetahui akan misterinya.

Terasa begitu berdosa pula. Hakikatnya ini semua cuma satu mainan teori cendekiawan barat. Dulu mereka mengatakan manusia berevolusi dari spesis primat (beruk/monyet/ orang utan), kemudian mereka menyatakan kepupusan dinosaur berpunca dari hentaman meteorit ke bumi. Sekarang mereka nak gunakan kalendar ini pula. Padahal teori evolusi sendiri masih dalam peringkat kajian, sementara punca kepupusan dinosaur masih lagi tiada bukti konkrit.

Kita selaku umat Nabi Muhammad sudah diberikan mukjizat agung iaitu Al-Quran yang bukan sahaja bertindak sebagai guideline untuk kita menjadi orang yang lebih mulia, tapi juga satu dokumentasi lengkap mengenai sejarah peradaban manusia yang merelevankan hidupan purba seperti dinosaur yang pada ketika itu mungkin cuma sekadar haiwan peliharaan bagi golongan manusia awal seperti Nabi Adam dan keturunannya.

Kita juga diberitahu akan spesis hidupan lain seperti jin yang boleh terbang dan berubah-ubah bentuk; walaupun hingga ke hari ini para astronomi barat masih mencari-cari dan mengharap untuk menemui spesis baru di planet Marikh dan angkasaraya.

Perihal kiamat juga tidak dilupakan untuk disentuh dalam Al-Quran. Dalam blog cik Inas ada perbincangan mengenai pemanasan global, selari dengan janji Allah bahawa kita adalah umat terakhir sebelum berlakunya kiamat.

Namun di sebalik semua sensasi yang dimainkan orang barat ini, kita perlu ingat bahawa Allah juga telah berjanji bahawa kiamat akan berlaku apabila tiada lagi manusia di atas bumi yang beriman akan hari kiamat. Teori aku selaku seorang Islam yang berpaksikan Al-Quran (walaupun kitaran hidup aku lebih banyak aktiviti mengumpul dosa dari pahala), perkara ini masih dalam lingkungan mustahil kerana kita tahu jadual solat fardhu lima waktu yang telah ditetapkan itu memperlihatkan laungan azan dari muazzin di seluruh dunia sentiasa bergema setiap saat. Maka, selagi ada orang yang mendirikan solat dengan niat ikhlas takutkan Allah dan beriman kepada hari kiamat, maka di saat itu kiamat belum akan muncul. Namun kita tetap tak dapat mengelak ia daripada berlaku kerana satu hari nanti Islam cuma akan tinggal nama dan ketika itu manusia tidak akan lagi mengikuti amalan yang disarankan oleh rukun iman.

Secara ringkasnya, selagi kita mahu, kita boleh menunda tarikh kiamat selagi kita sedar akan rahsia dan keajaiban Kalamullah Al-Quranul Karim ini. Tak perlulah hanya bila disajikan dengan propaganda barat, maka kita taksub akan sesuatu yang sebenarnya tidak bersifat mukjizat seperti filem ini ataupun mana-mana teori ramalan falak peradaban kuno dahulukala; kaum Mesir ke, Mayan ke, Rom ke. Ingatlah bahawa Kitab Injil sendiri pun telah dimansuhkan oleh Allah setelah ia diperkudakan oleh kerajaan Empayar Rom dahulu yang gilakan kuasa memerintah. Sebelum Al-Quran menerima nasib yang sama, kita kena sedar bahawa selepas ini tiada lagi kitab yang akan diturunkan, sebaliknya yang tiba cuma hari penghisaban.

Jadikan filem ini sekadar hiburan ataupun peringatan. Kerana kita selaku manusia, memang mudah terlupa akan kekuasaan-Nya. Wallahu’alam.