30.11.09

TAMAT JIKA DIEJA SECARA TERBALIK MAKA TAMAT JUGALAH BUNYINYA

Tajuk yang mempunyai sembilan perkataan di atas diinspirasikan dari blogger paling berpengaruh di Malaysia, iaitu Maksu kita. (pujian terlampau!)

Walaupun takde kaitan langsung dengan entri ini, tapi terasa seperti tak lengkap kalau aku tak kreditkan penghargaan pada beliau.

Baiklah. Aku mula cerita. Cerita dimulakan dengan suatu penamatan. Tamatnya sebuah kisah berjudul Nur Kasih pada hari Jumaat yang lepas; di hari raya Aidiladha secara ironinya. Ia menjadi pilihan tontonan segenap lapisan masyarakat hatta bagi mereka yang sedang datang bertandang atau berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai sekalipun. Ziarah, ziarah jugak. Nur Kasih tetap tak dilupa.

Untuk makluman, pengalaman aku menyertai group Nur Kasih di facebook sebenarnya adalah satu penyesalan yang tak sudah. Kerana di sana aku telah ketemu dengan sipnosis ending cerita ini. Pada mulanya aku tak mahu mempercayainya kerana aku beranggapan ada somebody yang cuba membuat lawak kurang ajar dengan men’spoil’kan unsur saspen yang menjadi daya kekuatan peminat-peminat fanatik Nur Kasih untuk melekat di hadapan kaca tv setiap hari Jumaat malam Sabtu itu. Tetapi apabila scene Adam hendak ke Mumbai seorang diri disiarkan, aku mula terasa macam nak nangis sebab scene tersebut telahpun aku ketahui dalam group facebook seminggu sebelum itu. Haram jadah!

Tapi ternyata episod minggu lepas terdapat sedikit kelainan berbanding paparan sipnosis ringkas di facebook apabila mereka membuat absolution dengan scene di mana Aidil mengatakan “Adam dah balas (pengorbanan abang). Adam sekarang berada di landasan benar…”. Di akhiri pula dengan scene ringkasan perjalanan penghijrahan Adam itu yang dimetaforakan sebagai penuh liku tetapi berjaya Adam tempuhi demi menyahut seruan Illahi kerana apa yang penting di akhirnya, “Bila malaikat maut datang menjemput, terputuslah amalan anak Adam; kecuali ilmu bermanfaat, sedekah jariah, dan DOA ANAK YANG SOLEH.”

Ada sesetengah pihak yang tidak berpuashati dengan absolution ini, ada pula yang terlebih gembira sehingga inginkan kesinambungan Nur Kasih 2 tak kira laa dalam bentuk drama bersiri lagi sekali atau diterjemahkan dalam filem pula. Bagi aku, ending ini sudah cukup kemas, cantik, dan merumuskan keseluruhan tema dan mesej cerita, tanpa perlu diolah dengan lebih lanjut lagi. Bagi mereka yang tidak puashati, aku tidak sempat bertanya, tapi aku inginkan kepastian : “Korang neh paham ke tidak mesej cerita neh?”

Selepas ini, slot ini akan diganti dengan siri yang baru. Tapi aku tak berani jamin ia akan turut memberi impak yang sama khususnya untuk TV3 mendapatkan rating sehebat ini sekali lagi. Jika anda masih ingat, dahulu TV3 ada slot Identiti yang mana drama pertamanya adalah bertajuk Identiti (lakonan Azhar Sulaiman) yang digarap dengan cukup baik ketika itu. Setelah ia dijadikan slot tetap, makin lama pengisian dramanya menjadi kian pudar seterusnya menenggelamkan rating sehingga TV3 terpaksa menjenamakan ia semula sebagai slot Akasia yang kita kenali hari ini.

Sitkom Senario juga pernah mengalami nasib yang sama. Terbaru, Muzik Muzik juga telah menukar format dengan memperkenalkan Anugerah Juara Lagu tanpa kuota kategori bagi tahun ini.

Apapun, aku sendiri tidak dapat menerangkan dengan jelas di mana kekuatan sebenar drama Nur Kasih ini. Pada lagu temanya kah? Pada imej islamiknya kah? Pada kecantikan Tiz Zaqyah kah? Pada kehebatan lakonan mereka kah?

Yang aku tahu, semenjak episod pertama drama ini yang aku tonton secara tak sengaja (kerana aku memang setia depan TV menunggu slot Mega Movie di hari Jumaat), aku tertarik dengan mainan plot yang disusun-atur sutradara drama ini. Ada banyak scene yang membuatkan kita terpaksa mengerjakan otak kita untuk berfikir mengenai teladan atau pengajaran yang cuba dipaparkan. Ditambah dengan muzik latarbelakang yang aku kira original; tidak seperti kebanyakan drama RTM yang menciplak muzik latarbelakang dari filem Hulk atau Black Hawk Down yang seringkali mengganggu fokus aku terhadap jalan ceritanya.

Lakonan Liza Othman selaku seorang ibu yang mudah meruntun jiwanya, tetapi pandai menyembunyikan di hadapan suami dan anak-anak; demi membuatkan mereka berasa lebih selesa dan tenang, cukup mengkagumkan aku. Telah aku huraikan perspektif aku terhadap lakonan Jalaludin Hassan, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak pada entri yang lalu, maka tak perlu aku mengulanginya. Lakonan Ummi Nazeera juga ada kekuatannya tersendiri walaupun beliau dicemuh banyak pihak hasil mainan watak antagonis beliau itu.

Seringkali apabila aku berhadapan dengan pencaci dan pengeji watak Sarah, aku akan cuma mengatakan “Kesian, kesian betul aku dengan dia…” kerana somehow aku telah mengagak bahawa penulis akan memberi hukuman keras terhadap watak beliau di mana Jumaat lepas telah memperlihatkan Sarah dihempap dengan kaca yang hampir mengorbankan jiwanya. Kenapa aku kata kesian? Kerana aku tahu di saat itu ada banyak mulut yang akan bersuara “Hah, rasakan, padan muka. Tu laa tuhan nak tunjuk padahnya kalau tak reti jaga mulut bla bla bla…”.

Padahal mereka lupa bahawa ujian Allah itu tidak mengenal orang yang mulia atau keji. Hukuman sebenar kita adalah di hari penghisaban nanti. Apa yang berlaku di dunia ini semata-mata adalah untuk menguji sejauh mana graf keimanan kita. Apa anda ingat Rasulullah S.A.W tidak pernah ditimpa musibahkah?

Dalam hidup ini, kita sentiasa diajar untuk berbuat baik. Malah segala bentuk ibadat yang telah digariskan Allah juga terbukti ada zat positifnya setiap satu. Jadi, janganlah kita sekadar tahu menghayati tetapi tidak mahu mencuba untuk mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Sedikit-sedikit pun tak apa, kerana kita juga dahulunya bermula dari kosong (petikan ayat Maksu – kerana itulah beliau perlu mendapat kredit sewajarnya dalam entri kali ini!). Dan pesanan tadi tidak ditujukan pada korang, sebaliknya aku tujukan pada diri aku sendiri. Kerana akulah yang sering lupa akan landasan aku; seterusnya kembali sesat dalam tugasan aku untuk mencari Cahaya Kasih aku sendiri.



~Bila agaknya aku perlu tukar ringtone Nur Kasih yang aku dah pakai berbulan-bulan lamanya neh?~

28.11.09

HMI : ALIZEE

Bahasa paling aku gemar untuk pelajari:

Jepun
Sepanyol
Hindustan
Arab



Bagi aku bahasa-bahasa ini memang indah dan sangat seksi. Tambah-tambah pulak kalau kita fluent/bercakap dalam dialek yang pekat, bertambah stim bunyinya. Huhu.

Tapi ada beberapa bahasa yang aku tak suka. Bunyi dah macam nak terbelit lidah pun ada. Kebanyakannya bahasa di asia tenggara seperti Thailand dan Filipina. Memang aku tak suka nak dengar apatah lagi nak belajar. Entah, rasa macam berdesing ke telinga neh.

Selain tu juga aku tak suka bahasa eropah timur seperti Russia atau Jerman.

Bahasa Perancis juga tergolong dalam kategori ini setelah aku menonton cerita Taxi (versi asal). Kalau DVD aku ada option alihbahasa ke Inggeris memang awal-awal lagi dah aku tukar.

Tapi setelah mendengar lagu Alizee bertajuk Fifty Sixty neh, terasa gatal-gatal pulak nak ikut nyanyi bersama. Heheh.





Yes, beliau memang kiut. Siapakah beliau? Anda tidak kenal? Saya pun tidak kenal sebenarnya. Yang aku tau beliau merupakan puteri pop dalam arena muzik Perancis. Sebenarnya aku mula mengenali beliau setelah ‘diperlihatkan’ (pemilihan bahasa paling sesuai) dengan salah satu video klip yang telah di-compile-kan seperti di bawah. Basically persembahan beliau sama je mengikut lagu ini; dan telah menjadi trademark beliau. Tak kira laa di lokasi berbeza sekalipun biarpun beliau buat persembahan di Jerman ke atau Belanda ke, kat mana sekalipun. Tatau laa apa sebab musababnya. Permintaan yang menggalakkan kot? Agaknya laa… Entah.





Har har har. Aku pasti ramai jantan-jantan di luar sana yang akan mengaku bahawa mereka juga telah ‘diperlihatkan’ dengan video ini sekaligus membuatkan nama beliau tersemat dalam kepala otak kitorang.

Teringat komen seorang penonton di youtube:

“Damn! Now I know how the devil dance…”

~Selepas ini, jika ada seseorang bertanya, ‘apa yang anda tahu mengenai Perancis?’ aku akan jawab, ‘Thierry Henry, Zinedine Zidane, dan Alizee!’~

27.11.09

AIDIL ZAFUAN & ZAQUAN ADHA




*Kredit kepada e-zakat.com.my



Salam Aidiladha 1430H buat semua.

Semalam lagi dah aku dah start cuti. Lalalala...



~Tahun ni tak masak rendang ayam. Yang dimasak cuma nasi dagang dengan ayam paprik SAHAJA~

26.11.09

PERSEPSI ALA STIGMA

Pernah aku berbicara tentang kedai makan dalam entri ini. Tapi ketika itu pemfokusan diberi kepada kedai mamak walaupun ada jugak menyentuh tentang kedai melayu.

Hari ini aku nak fokuskan mengenai isu harga di kedai melayu.

Kalau dari segi rasa, tak ada apa yang pelik kerana restoran melayu menyajikan hidangan resipi yang kita memang dah biasa makan ketika membesar dulu. Antara sedap dan tak sedap; tak timbul soal ada selera atau tak ada selera.

Di Cyberjaya ini umpamanya, sukar untuk mencari restoran melayu (bukan gerai ye) kerana aku percaya kos sewa kedai di sini sangat mahal. Yang ada banyak pun cuma kedai mamak dan beberapa siri francais. Restoran berkonsepkan middle-eastern dan African-based juga banyak kedapatan.

Yang ada kedai melayu (yang aku tau) cuma satu. Sedapnya ala-ala biasa je. Mungkin restoran Kasih Bonde lebih menyengat dari segi membangkit selera tetapi selagi Kak Wos masih berkira-kira tak mau belanja, selagi itu aku tidak akan dapat merasa dan membandingkannya (statement ada makna neh).

Resmi kedai melayu; harga adalah isu paling sensitif yang sering diutarakan. “Ayam dengan sayur dah RM4.00?”, “Teh ais tawar camni dia cas RM1.40?” bermacam lagi komplen lain kedengaran di ruang udara mereka-mereka yang suka mengumpat tanpa mengira tempat.

Secara jujurnya, aku sangat bersyukur sebab ada jugak kedai melayu di sini. Ini kerana aku memang dah terbiasa makan nasi berlauk di tengahhari. Kalau setakat bagi mee goreng atau roti bakar, sori laa gua nak kenyang.

Dan pengalaman makan nasi kandar di kedai mamak sememangnya sesuatu yang amat memeritkan nurani kewangan aku. Ayam je dah RM4.00. Belum campur nasi, belum campur kalau mintak tambah papadom, kuah lebih dah sebagainya.

Namun dengan harga makanan di kedai melayu yang masih di taraf berpatutan atau mampu-beli itu, segelintir besar pengunjung masih mengamalkan konsep bertawar harga. Mungkin ini sudah jadi tradisi atau darah turun temurun dari dulukala, tapi yang herannya golongan ini juga bukannya tak pernah makan Kepsi, Keni Rojes mahupun Cilis. Adakah mereka memandang kuno pada kedai yang menyajikan resepi masakan melayu? Mungkin mereka berkata dalam hati “Alah, masakan kat rumah aku lagi sedap. Ada hati nak jual mahal-mahal pulak…”

Pertamanya kita memang tahu margin keuntungan meniaga makanan yang secara purata boleh aku katakan modal adalah 1/3 atau 1/4 dari keuntungan kasar. Keduanya kita perlu sedar tahap competitiveness sama ada berkadar hebat (selalunya di food court yang mengumpulkan beberapa peniaga menjual menu yang sama) ataupun monopolize (seperti dalam kes kedai di Cyberjaya tadi) yang akan menentukan harga pasaran. Ketiga kita kena fikir kehendak pasaran atau lebih sesuai digelar selera tekak kita nak menu makanan yang bagaimana. Setelah perkara ini difahami dan dijelasi, kita diminta untuk membuat pilihan tepat dalam melaburkan wang demi mengisi perut yang semakin ke depan dari hari ke hari.

Oleh itu, tak perlu laa nak banyak komplen. Adat orang meniaga, kalau jujur perilakunya, tak mustahil terdetik hati kita untuk berkunjung ke sana lagi. Aku pernah terjumpa restoran yang kekurangan syiling 10 sen untuk duit baki aku. Telah aku katakan “saya kira halal laa makcik” tetapi dengan seribu daya beliau meminta aku menunggu duit pecah yang ditukar di kedai sebelah. Aku juga pernah bertemu tokey kedai yang menggenapkan jumlah bayaran seandainya aku membayar hidangan untuk 3 orang atau lebih. Ada bermacam cara dan timbangrasa bila berurusan dengan golongan peniaga melayu ini.

Cuba anda minta tawar-menawar di Mekdi, ada berani?

Bila hari ini kita mempertikai atau tak puas hati, esok hari kelak ada yang turut sama menyertai kita dalam mencaci, memaki atau mengeji. Permasalahannya kita tidak akan tahu isi hati orang lain samada mereka benar-benar ikhlas mahu menegakkan keadilan atau sekadar dengki dan iri hati. Maka muncullah bual bicara para-para saksi mata-mata gelap mengatakan sipolan ini memakai pelaris, sipolan itu memasang jin dan sebagainya. Sedangkan isu asal cumalah harga! Lanjutan dari itu anda sendiri boleh meneka apabila khidmat kiriman santau ekspress mula dilanggani pihak-pihak yang tak berakal ini.

Seorang sahabat aku juga meniaga makanan. Mendengarkan dia juga pernah mengeluh mengenai soal harga, menjadikan aku sedikit kehairanan kerana aku tahu makanan yang beliau jual sememangnya telah/perlu/terpaksa ditetapkan dengan harga murah. “Dah kalau dia ambil lebih, aku cas lebih laa. Takkan ambik sayur separuh dari nasi nak kira harga sama macam orang lain pulak?” betul jugak komen beliau itu. Mereka bukan pemborong yang menjual secara pukal di mana siapa yang membeli paling banyak dia lah juara untuk mendapat diskaun. Hakikatnya harga ini subjektif mengikut nafsu makan kita. Nak merasa makan banyak, bayar laa lebih. Yang kenyang kita jugak. Tapi kalau dapat harga murah, rezeki jangan pula ditolak. Sapu je…

Pelik kan bila terdapat banyak perkara yang boleh dibebelkan dalam topik kedai/restoran melayu? Selekeh sangatkah mereka hanya semata-mata kerana tidak mengenakan government tax sebanyak 5 peratus itu?

25.11.09

KAMBING TAKDE MISAI

Dah lama rasanya aku dah tak ambik tau.

Tetiba aku ‘ter’ (rujuk : tak sengaja) ambik tau serba sedikit. Itupun sebab aku terserempak dengan gambar neh kat Beautifulnara.



Perasan tak? Datuk K sekarang dah ada janggut.

Ke aku sorang je yang baru tau pasal hal neh?

Ahh, tak kiralah, yang penting, nak tanya sikit Datuk K. Kenapa bila saya bela janggut, Datuk bela misai? Kenapa bila saya bela kedua-dua sekali, Datuk tetiba sibuk nak ikut sama? Gentleman laa sikit kalo nak celen siapa macho sekalipun. Kenapa, takut saya mengorat bini datuk kah?



*Fesyen Facial Hair yang telah dipatenkan oleh Akeji Hiroshi (suka ati aku je)



Kang aku saman RM40 juta kang baru tau.

“Jai, dendam ko masih tak berbalas ke Jai?”

“Ahh, sadap yu!”



~Yeayyy, aku dah kembali ke tempat kerja asal!~

24.11.09

PETIKAN SELINGAN

Petikan Metro Ahad 22 November yang lalu :



Sebak terima diploma anak

Laporan oleh BAKRI MOHD DAHALAN
am@hmetro.com.my


SKUDAI: Demi menunaikan hasrat anaknya yang maut dalam kemalangan jalan raya minggu lalu, seorang bapa tetap menghadiri Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan mewakilinya menerima segulung diploma daripada Naib Canselor, Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang.

Yasaa Daud, 53, bersama isteri dan dua anaknya datang ke majlis di UTM di sini, pagi semalam, demi menunaikan cita-cita Dzul Fadzlee Yasaa, 23, untuk meraih Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Dzul Fadzlee yang menunggang motosikal sendirian untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) meninggal dunia dalam nahas jalan raya di kilometer 97, Jalan Kuantan-Maran, kira-kira jam 9.30 malam 14 November lalu.

Allahyarham adalah graduan Kolej Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP) sebelum menyambung pengajian di UMP.

Yasaa berkata, Allahyarham adalah anak sulung daripada lima beradik dan baru menyelesaikan semester pertama di UMP selepas menamatkan pengajian di IKIP tahun lalu.

“Allahyarham tidak sempat bersama meraikan kejayaannya, tetapi kami reda dengan ketentuan Ilahi. Sebagai anak sulung, pemergiannya sangat dirasai kerana Arwah ibarat tunjang keluarga dan contoh kepada adiknya.

“Namun kami sekeluarga menguatkan diri untuk menghadiri majlis penyampaian diploma ini tanpa arwah yang disayangi supaya menjadi pendorong kepada anak lain untuk terus cemerlang dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui selepas mewakili Allahyarham menerima diploma daripada Dr Zaini di sebuah bilik khas di UTM.

Sementara itu, Dr Zaini berkata, seramai 1,647 graduan dari 18 kolej kerjasama UTM seluruh negara menerima ijazah dan diploma pada majlis itu.

Seramai 386 gaduan menerima ijazah sarjana muda manakala 1,261 graduan menerima diploma pada majlis yang berlangsung dalam dua sesi iaitu pagi dan petang.



Akeji : Untuk lebih pemahaman, sila klik sini.

23.11.09

BERITA ATAU RADIO?

Pagi tadi sebelum aku pergi kerja, aku terdengar berita radio di Klasik Nasional (stesen kegemaran mak aku).

Aku memetik siaran tersebut dari laman web http://beritaradio.rtm.gov.my



"Pemberian imbuhan bulanan sebanyak 2-ribu ringgit kepada Johan Qari dan Qariah tilawah AI-Quran Peringkat Antarabangsa bukti keprihatinan kerajaan menegakkan syiar Islam. Bekas Johan Qari 1997, Haji Mohamad Hussin Mohd Yunus berharap, ia dapat memberi galakan kepada golongan muda memartabatkan Al Quran. Beliau berkata demikian kepada Berita Radio R-T-M.

Johan Qari 1985, Haji Noor Din Idris pula mencadangkan supaya bekas Qari dan Qariah dilantik sebagai tenaga pengajar dalam bidang tarranum Al Quran."



Secara tiba-tiba aku merasakan entri 'Snippet' aku menjadi semakin relevan kini. Keh keh. Tak kira laa apa pun orang nak cakap; gimik ke, pancing undi ke apa ke. Bagi aku perkara ini tak perlu dipolitikkan apatah lagi dipolemikkan kerana memang sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

Dan apa yang telah dikurniakan seharusnya disyukuri semua pihak terlibat.



"Jai, ko tanak join Akademi Al-Quran ke?"

"Baca tahlil pun aku failed!"



Oh ye, untuk sepanjang dua minggu ini, aku telah ditempatkan di satu lagi kawasan jin bertendang di mana di sini aku mengalami sindrom keputus-putusan sambungan internet yang amat kronik. Jadi mungkin aku sukar nak menjengah blog korang mahupun membalas komen. Tapi aku masih boleh ber-live blogging (old school style) sekadar untuk memenuhkan koleksi posting aku. Lalalala...

Harap maaf dan semoga tidak ada yang menyangka aku menyombong ye...



~Sambung main The Sims~

21.11.09

HMI : JO-ANNA SUE

Jo Anna Sue Henley Rampas merupakan peserta akhir Bintang RTM tahun ini. Beliau kalah; tempat kedua kot kalau tak silap.

Ye, aku mengenali beliau kerana rupa parasnya, bukan kerana suaranya. Kalau bukan kerana rupa, apa barang aku nak melayan RTM. Keh keh. Padahal entri HMI neh pun ciplak dari dorang gak. Muahaha…

Tapi, sila laa anda jangan skeptikal sangat. Di sebalik tema program yang cliché, dan sound RTM yang buruk (aku pernah tengok Rentak Juara secara live kat Angkasapuri, jadi aku tahu kualiti sebenar persembahan di atas pentas sangat berbeza bunyinya dari yang anda lihat di kaca tv RTM), Jo Anna Sue masih mampu memberikan persembahan suara yang mantap. Bayangkan sekiranya beliau peserta Akademi Fantasia, pasti sudah berderet iklan di kaca tv swasta yang mempamerkan wajah beliau serta nyanyiannya.

Tak percaya? Anda tentukan sendiri…





Oh ye, beliau di Sabah juga sebenarnya sudah ada MTV-nya sendiri sebelum menyertai Bintang RTM. Tapi lagu dalam bahasa ibunda dia laa. Jangan hakimi dari sudut bahasa, tapi hayatilah vokalnya. Lagu ini merupakan ciptaan dan nyanyian dia sendiri ketika berumur 15 tahun. Hmm... memang boleh tahan jugak bakal bini aku neh rupanya. Erk?! Terkantoi sudah…

Much better sound quality and vocal...


20.11.09

HMI : JOHAN MAWAS (SIARAN TERTUNDA)

Lagu minggu ini asalnya dinyanyikan oleh Encik Jason Mraz. Tapi ada pulak mamat melayu yang sebegitu rajin untuk meng-convert-nya menjadi lagu melayu. Wa caya laa sama diorang. Tak pasti siapa yang menyanyikan lagu dalam klip video yang akan aku paparkan neh. Kalo tak silap Encik Amri ke apa entah namanya. Tapi buat masa ini aku gelarkan sahaja beliau sebagai Johan Mawas, oke? Keh keh keh.



Bunyi memang kelakar, tapi agak sweet mesejnya. Good voice, and yet its still a bad lyric. Aku bagi 70 markah! (Suka ati aku je)

19.11.09

SNIPPET

Hari tu member aku ada pergi ke Kelantan untuk kenduri kahwin.

Beliau sempat menangkap gambar ini:





Saja je aku nak menayang. Lalalalalala…

~TAKBIR!~

18.11.09

BOLASEPAK EVOLUSI PRO

Sedikit sejarah berkenaan aku dan permainan komputer bolasepak yang pernah aku main.

Game pertama aku main adalah FIFA 98. Ketika itu, nama Zinedine Zidane menjadi sebutan para peminat bola mengalahkan mat jambu dari England yang bernama David Beckham (heheh).

Dari situ, aku mula rajin bermain game FIFA. Mula bosan dengan aturan permainan, aku berjinak-jinak dengan mode ‘edit player & team’. Nama-nama rakan sekelas dan member seperlepakan telah aku cilok dan abadikan mereka untuk aku menghasilkan sebuah team yang tiada tertanding kehebatannya biarpun masing-masing aku setkan setakat warganegara Malaysia je (keh keh).

Melihat seorang kenalan yang berjaya menyeludup laptop masuk ke dalam kelas ketika zaman SPM aku hampir tiba; memperkenalkan pula aku pada game FIFA Manager. Kenalan yang bernama Pian itu mengajarku dimensi baru dalam permainan komputer berasaskan bolasepak di mana anda tak perlu sentiasa bermain bola untuk membuktikan yang anda terer mengenai bola. Dengan menjadi pengurus yang baik memberi lebih pulangan dan kepuasan tersendiri apabila keseluruhan pasukan terpaksa mendengar arahan yang telah anda tentukan.

Aku sudah merasa cukup puas dengan game tersebut buat dua atau tiga tahun berikutnya sebelum aku diperkenalkan pula dengan Winning Eleven. Tapi aku tak suka dengan Winning Eleven sebab ia bukan game manager malah pengulasnya juga berbahasa jepun. Sesuatu yang amat kelakar apabila aku hayati.

Tapi KONAMI (syarikat pengeluar Winning Eleven) ada mengeluarkan versi eropah yang bernama Pro Evolution Soccer (PES) dan aku hanya mengetahui akannya pada tahun 2007. Sejak itu, aku menjadi peminat setianya (walaupun aku tak bermain sebab aku tak reti pakai controller keyboard) untuk mendapat kepuasan gameplay AI yang menarik berserta kualiti grafik mengagumkan.

Malah ‘edit mode’ yang aku rindui ketika zaman bermain FIFA dulu juga tampak lebih menarik dalam game ini kerana dengan cara yang betul, anda mampu mempotretkan wajah yang hampir serupa dengan watak yang sedang anda adaptasi ke dalam game. Ya, ia mengambil masa dan usaha yang berlipat ganda tetapi setelah melihat setiap seorang pemain anda yang memiliki nama yang anda kenal serta wajah pun serupa, segalanya menjadi berbaloi.

Cuma masih lagi ada masalah dengan game ini. Seringkali mereka gagal menyaingi pengeluar game FIFA dalam mendapatkan lesen untuk mengguna pakai nama sebenar pasukan-pasukan liga inggeris dan baju jersi mereka, yang mana akhirnya mereka menggunakan nama tipu dan jersi buatan sendiri yang amat hodoh.

Ketika aku mula-mula berjinak dengan internet beberapa tahun lepas, ada seorang kenalan dalam YM aku yang begitu teruja menceritakan aku bagaimana dia dapat bermain PES dengan kesemua nama pasukan dan kit jersi yang lengkap. Aku menjadi hairan, lantas dia menjelaskan bahawa KONAMI akan membeli lesen setelah beberapa bulan game dilancarkan kerana pada masa itu yuran lesen menjadi semakin murah. Maka mereka akan melancarkan version yang baru yang telah di-update.

Sebagaimana anda yang sedang membaca ayat aku tadi, sebegitu jugalah aku tertipu dengan dakyah omongan beliau. Bagaimana aku tahu aku tertipu?



Nak dijadikan kisah sebelum PES 2010 dilancarkan, aku berusaha membuat kajian di internet untuk mendapatkan maklumat mengenai jersi di dalam game ini bagi versi 2010. Kerana kebiasaannya hanya terdapat dua pasukan yang ada lesen untuk digunakan nama dan jersi mereka oleh pihak KONAMI. Sebagai contohnya tahun 2009 hanya pasukan Manchester United dan Liverpool sahaja yang memaparkan nama, logo dan kit jersi sebenar.

Aku berharap 2010 ini, pasukan Arsenal pula akan mendapat pengiktirafan seperti ketika aku mula-mula bermain di tahun 2007 dulu.

Tetapi ketika usaha meng-google dilakukan, secara tak sengaja aku telah di-link-kan ke website yang memaparkan patch untuk kitserver bagi game PES 2009. Penuh dengan rasa minat dan ingin ketahuan, aku mengkaji apakah fungsi patch ini sebenarnya dan barulah aku tahu bahawa patch inilah sebenarnya yang membolehkan penggemar PES meng-update nama dan jersi pasukan, beserta dengan maklumat perpindahan pemain yang terbaru sekali.

Aku cuba meng-apply-kan patch ini dalam PES 2009 aku. Walaupun mula-mula agak payah dan konfius, tapi akhirnya aku berjaya dan menjadi excited dengan penambahan kualiti pada kepuasan bermain ini.

Beberapa minggu selepas itu, setelah PES 2010 menjengah pasaran, tanpa berlengah aku terus mencari patch yang baru dan kini aku boleh bermain game PES di tahap di mana ramai yang
masih tidak tahu mengenainya.




Aku sudah stop bermain FIFA Manager semenjak tahun lepas setelah EA Sport (pengeluar game FIFA) berjaya meletakkan bug di dalam siri francaisnya di mana bug ini aktif sekiranya anda membeli salinan cetak rompak mereka. Ketulahan yang bug ini berikan adalah ia berfungsi seperti game demo. Setelah anda bermain selama satu musim, secara automatik anda akan dipecat dari jawatan pengurus dan terpaksa memilih pasukan lain biarpun anda bermain dengan cemerlang sehingga membawa pasukan anda memenangi Champions League.

Maka tahun ini aku tobat tanak beli game FIFA lagi dah. Aku ada cuba bermain Championship Manager 2010 (CM 2010) tetapi terlalu banyak bug di dalamnya yang membuatkan game crash ketika bermain. Yang paling darurat adalah aku perlu ‘exit to windows’ setiap kali aku mahu save game yang mana bagi aku sangat tak masuk akal dan sangat membuang masa.

Bagaimanapun ada penyelesaiannya. Bagi peminat CM yang menghadapi masalah ini, anda boleh mendapatkan game Football Manager keluaran Sport Interactive kerana syarikat ini merupakan pecahan kepada syarikat Eidos yang menghasilkan Championship Manager. Jadi menu dan format bagi kedua-dua game ini tidak banyak berbeza sekiranya anda sudah biasa bermain CM selama ini. Malah aku juga telah men-download patch logo dan gambar pemain seperti yang aku lakukan pada game PES aku dan ini bermakna anda tidak perlu lagi bermain dengan logo tipu seperti dalam CM versi terdahulu.

Tetapi memandangkan aku sudah ada PES 2010, maka semua game yang lain aku anggap sebagai sampah sahaja (muahaha). Apatah lagi dengan sebegitu banyak pemeringkatan menarik yang ditawarkan dalam PES terutama Master League mode.

Izinkan aku cerita sikit pembaharuan PES 2010 ini. Di dalam Master League, anda tidak akan lagi menggunakan ‘points’ sebagai matawang untuk membeli pemain sebaliknya matawang Euro akan digunakan. Ia menjadikan game lebih realistik. Tidak ada lagi system ranking S, A, B, C dan D untuk menentukan populariti pasukan sebaliknya ia akan ditentukan melalui overall rating pemain-pemain anda. Anda juga boleh mendapat wang melalui konsep penajaan di mana di awal musim anda akan diberi kontrak yang akan menentukan berapa ratus ribu yang anda akan perolehi bila menang satu-satu perlawanan. Hasil jualan tiket stadium juga tidak dilupakan.

Anda tidak boleh meng-edit liga anda sendiri sebaliknya setiap liga telah ditetapkan pasukannya berserta syarat-syarat liga. Sebagai contoh dalam liga inggeris, setiap pemain yang diberikan kad merah secara langsung akan digantung 2 perlawanan manakala yang mandapat dua kad kuning dalam satu perlawanan cuma digantung 1 perlawanan. Untuk option ini anda boleh mengubahnya tapi bagi aku lebih baik dibiarkan format begitu. Lebih real.

Dan Champions League mode juga telah diasimilasikan ke dalam mode Master League ini. Menariknya apabila pasukan anda layak beraksi dalam Champions League, logo bola kecil yang ditampal pada lengan baju akan turut kelihatan seperti dalam perlawanan sebenar.

Satu lagi yang menarik, kini anda tidak perlu bermain setiap perlawanan dalam liga. Andaikata anda akan bertemu sebuah pasukan kerdil dalam saingan piala FA, anda boleh pilih option ‘Leave this game to the coach’ dan ia akan stimulate game itu secara automatik. Anda juga boleh menggaji coach, goalkeeper coach, youth coach, dan scout pada harga yang anda tentukan sendiri mengikut kemampuan kewangan kelab. Ya, mereka ada youth player, cuma kebanyakannya adalah nama rekaan dan pemain yang sudah bersara.

Berkenaan dengan game plan setting, terdapat perubahan mendadak yang akan membuatkan anda menjerit “WTF?!” bila kali pertama anda melihatnya. Ia sama sekali tiada persamaan langsung dengan PES 2009. Malah ada ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan pembaharuan ini dan menganggap untuk setting strategi umpama mahu menerbangkan roket ke angkasa lepas.

Nasihat aku sila ‘try and error’ dulu. Memang aku sendiri pun mengalami kesukaran mengenainya namun ada feature baru yang menarik yang berjaya membantu aku untuk mengurus pasukan dengan lebih baik. Terdapat satu menu baru dalam game plan yang bernama ‘assisted setting’ di mana anda mampu preset pasukan anda secara automatik bagi setiap game sekiranya anda ingin menjaga fatigue pemain atau memberi peluang pemain baru yang menonjolkan persembahan menarik untuk diturunkan sebagai first eleven.

Apa pun, mencari bakat baru kini lebih mudah apabila anda ada scout anda sendiri. Setiap pemain akan memiliki ratingnya sendiri gabungan dari attribute dan form pemain. Jadi tidak sukar untuk anda melihat mana satu pemain muda yang sedang perform dan memiliki bakat untuk menjadi pemain hebat. Cuma aku dapati amat sukar untuk aku membeli pemain bintang ternama dari kelab lain kecuali overall rating mereka sudah turun bawah 85 kerana terpaksa berebut tempat dengan pemain lain di posisi sama. Tapi setakat neh bakat baru yang aku beli memang jarang mengecewakan dan mereka mudah menempatkan diri di kalangan bintang dalam pasukan aku. Dan harga mereka juga jauh lebih murah! Jimat, pakcik kayo!

Dari segi grafik, ia cukup memuaskan hati sekiranya anda memiliki grafik kad yang berkemampuan. Baru kini aku paham kenapa KONAMI merevolusi paparan grafik ketika PES 2008 dilancarkan walaupun ketika itu ia nampak macam belon. Selepas 2 tahun, grafik belon itu akhirnya diterjemah melalui penghalusan belon 3D itu untuk menampakkan skin pemain yang lebih cantik dan real. Kalau pun ada yang aku tak setuju, cuma wajah Messi yang aku rasakan dibuat terlalu jambu dari wajah sebenar (ke sebab aku dah beralih arah?).

Pergh, boleh tahan gak panjangnya aku membebel kali ni. Apa pun, bagi peminat PES, sila dapatkan game ini di pasaran kerana ia amat berkualiti dan memuaskan. Itupun kalau komputer anda baru berusia 2-3 tahun. Jika tak, aku pun tak berani jamin. Huehuahuahuahue…

17.11.09

THE SIMS 3






I worried myself if I easily became bored with this new Sims 3 game that I purchased.

Having an experience spending a lot of time playing Sims 2 since last year, I know what I can expect with this new version. You’ll be creating a sim. Setting up his/her look, outfit, personalities and then unleashed them into the sim community. Pick a career like political or medical-based, making some earning for your food or furniture, then get married and having kids. You probably decide to end your game when you hit the third generation because you find yourself keep repeating doing the same thing.

The only amazing thing in this game is you are able to explore your creative mind by making the most interesting architectural design of your house. I simply saw this as fulfilling the 8 year old girl dream that use to satisfy their playing time with dollhouses at previous era. But things have been changed now. New modern technology as computer games allows people like me to enjoy whatever preference that we choose to, even the with the most absurd one.

So I figured I need a storyline to keep my excitement for my in-game experience. Of course there were default storyline in the game itself but I find it not interesting enough because it’s THEIR story. Not mine. What’s the purpose of controlling a simulator person reflecting of your own if you treated them as a stranger, right?

So my basic idea would be this; I’ll create four couple with random attributes and skin color. And then I mesh them up to create four kids, one for each of them; two male and two female. Later then I blend these kids again to make another layer of generation of opposite-sex couple. This will be the first Sims I’ll be playing and I’ll give them a pair of brothers as their kids for starter.

The older one, as I imagine, will become an ivy-league, high-class person type because his parent are millionaire (really?). It’s not really that hard to make out because I know how to type the word ‘motherlode’ several time and giving the family 50,000 Simeleons (the in-game currency) every time I hit the enter button. (Yes, I’ve cheated. So what? I would cheat my own death in real life if I could :P)

The younger one will become a rebellious type. He would emancipate himself from his parent house (which I think will be a great mansion by the way – I’ll snatch some of the mansion that already exist in the game) and go having a modern-type beach house by his own. This would be a quite simple house for single young adult so it won’t take much of my time to build it.

I will control this sim and playing around with some attractive female sim that already there in the game. I love a good decent party involving WooHoo (you may not recognize this term if you never played the game before). While I’ll get my sim’s older brother get married to a wife and produce a son; from there, the older brother will be controlled by AI (computer Artificial Intelligence) and leading his own life. I don’t really care how it goes after that.

At some point, my sim will grew into an adults and I will command him to seduce his brother wife. After having a quite intimate affair of scandals, I imagine my sim will get her pregnant. Automatically the husband will know about this and ended-up divorcing her. So my sim will invite her to join him at the beach house as his new wife. The woman’s son will stay with his respective father and my sim’s soon-to-be born kid will become step-sibling/cousin with him. I know, it sounded ‘hillbilly’ type of thing but my mind already corrupted so there’s nothing you could say no-more. :P

Once the baby is born, I will move my sim’s family back into the mansion to claim his right in the big house. The wife would probably feels uneasy about this because she also will become enemy with her former husband right after the divorce. So it could sparkle things up a bit; not to mention the older brothers already feels threaten about his dominance position in the house after the new kid was born.

At that time the wife will be free to fasakh (haha) or divorced my sim, and I couldn’t care less because my intention only to create another new generation to the family’s tree. This two brothers will probably ended up fighting for the money and the house until they die but I want to focus more now to their kids. One son and the other (could be male or female) will be making friends because they staying at the same house now. Once they became teenagers, these two young adult will throw some party together and having a great time like their fathers never did.

They will move the old beach house (formerly owned by my older sim) and starting a career of their own, find a life-companion and finally settle down – get married.

They move back to the mansion only to realize that their new spouse have agenda of their own. One maybe a gold digger who’s after their money by cheating with some other Sims and file a divorce. After this he/she will be rich when leaving the house. Another one could probably greed enough to influence his/her kid to hate others people in the house so they family could dominate the throne of the house. Either of these stories will resulting the house splitting into two sides (it’s a big house so they still have some space for their own).

I guess when their kids grow older, the inevitable will happen. One side has to move out to make rooms for the other. And I think the good guys will surrender here. I may build another house for them or just expanding the beach house to make it more spacious for the family.

It’s not ended though. Through a couple generations maybe, one of the vanished family (male, I presumed) will come back to the big mansion after making one of the girls from there fall in love with him. From there he will sneak up to stir another family chaos years after his great-great grandfather died. Then the story will evolve itself and I would like to see where it’s heading then. :D

But I think I probably get bored at that time and start playing a new Grand Theft Auto series that just been released. :P

Yes, it’s interesting how we spent our time individually. But it’s more disturbing to realize that I made up the entire story above within a few minutes while I’m installing the game just recently. I’m not having a chance to play it yet because I wanted to write this stuff first. Considering that what I try to achieve in that game might differ from what I expected because of any new feature that I unaware, I still think I can hope for the best enjoyment since I’ve already spend 20 Ringgit for the DVD (muahaha).

If not, I guess I will always be able to play KONAMI Pro Evolution Soccer 2010 then. Haha!



~Tomorrow I will review about Pro Evolution Soccer. Don’t worry, I’ll return continue writing it in Bahasa after this.~

ME, MYSELF AND BLOGGERS

Aku pasti ramai di antara kamu yang sudah bertahun ber-blogging sebelum aku.

Tapi bagi aku, blogger bertaraf otai tetap adalah Cik Tyra pujaan hatiku. Kerana beliau laa yang memperkenalkan aku dengan konsep blogging ini. Dari takde idea tatau nak tulis apa, sehinggalah aku menjadi seorang yang terlalu banyak-bunyik seperti sekarang ini. Sampaikan kadang-kadang korang sendiri naik menyampah nak baca penulisan aku yang meleret-leret dan memeningkan kepala (aku tau tu! :P).

Tambahan, Cik Tyra kita masih lagi mengekalkan format blognya yang lama seperti masa aku mula-mula tergerak hati nak jengah ke Tyrexiadillema satu ketika dulu (rasanya laa kot. Ko penah tukar layout ke Tyra oi?). Hasil penulisannya masih kreatif. Ringkas, kadangkala sengal, kadangkala sarcastic, tapi selalunya banyak memberi renungan buat diri aku sendiri.

Pemilihan gambar-gambar beliau juga menarik dan berkualiti; dalam bentuk seninya yang tersendiri. Beliau tidak fokus pada widget yang melampau (seperti blog aku) tapi setiap isi entri beliau amat dinanti-nantikan oleh peminat setianya. (cewah, puji lelebih neh macam nak mintak belanja makan je)

Dalam arena blogging neh, satu perkara yang aku faham adalah apabila kita diberi ruang kita sendiri untuk bercerita mengenai apa-apa yang kita suka. Kadang-kadang kita nak jadikan ia satu cerita teladan buat orang lain, kadang-kadang kita cuma nak cerita apa menu makanan kita hari itu. Aku sendiri pernah bercerita tentang perihal aku makan megi (ceh!).

Hakikatnya, kita sendiri harus bertanggungjawab terhadap setiap pandangan kita. Tak susah pun, kalau tahap keyakinan kita terhadap diri sudah cukup menebal untuk mengatakan ‘aku tidak akan mengajak orang lain ke jalan kejahatan, jauh lagi mahu menganiaya orang dalam apa bentuk sekalipun’. Bila sudah ada prinsip itu, maka kita bebas untuk acukan bentuk penulisan kita mengikut sesedap rasa dan sesedap mata memandang buat para pembaca samada yang dijemput mahupun yang terserempak dengan blog kita.

Tetapi melihatkan fenomena dunia politik dan hiburan, nampaknya sudut ruangan blog ini acapkali digunakan untuk tujuan mencaci orang dan berbalas-balas fitnahan. Dari blog Raja Petra yang sentiasa penuh dengan cerita sensasi mengenai petualangan kerajaan, sehingga laa ke blog Azwan Ali yang selamba panggil orang babi. Malah blog Tun Mahathir sendiri pun menjadi medan perang apabila Chedet tidak berpuashati dengan pengkomentar yang menghentam kredibiliti beliau sehingga beliau mendedikasikan entri untuk menghentam kembali mereka yang berkenaan. Yang mana akhirnya tiada kesudahan kerana masing-masing ada pendirian masing-masing dan tidak mudah untuk berkata, “Betul jugak kata kamu tu. Baiklah, saya salah. Saya mengaku dan saya minta maaf.”

Kalau itu dalam konteks yang besar; yang kecil-kecil seperti ikan bilis ini juga tidak terlepas dari merasa tempiasnya. Acapkali sudah aku melihat ‘peperangan maya’ yang berlangsung di antara bloggers (zaman dulu selalunya berperang dalam chatroom je) yang aku kenali. Sampaikan ada yang terpaksa membawa diri ke sudut terpencil (keh keh, sila jangan terasa kak!)

Kenapa perlunya peperangan ini? Peperangan itu tak pernah bersih. Peperangan itu sentiasa kotor (macam pernah dengar je ayat neh kan?). Kenapa pendamaian itu tidak menjadi hala tuju utama yang dicari oleh kita? Jika anda masih ingat (atau memang tau sejarah), kerajaan Islam Uthmaniyyah juga cintakan kedamaian apabila membenarkan puak yahudi bermaustatin di Palestin (yes, I’m being sarcastic). Yang tidak cintakan kedamaian adalah puak yahudi yang mahukan sebahagian tanah di Palestin untuk menjadi negara mereka sendiri. Malah, mereka pula menyerang ketika bulan Ramadhan di waktu pejuang Islam ditegah untuk berperang agar dapat mengawal hawa nafsu supaya peperangan itu tidak akan tercalar dengan sebarang kekotoran hasil sifat lemah manusia. Jadi, mereka yang tidak cintakan kedamaian bolehlah dianggap seperti yahudi. Mak aih, melampau-lampau provokasi aku neh!

Aku suka apabila Zulkifli Noordin berdamai dengan Siva setelah Anwar Ibrahim menjadi orang tengah kerana bagi beliau, tiada guna berperang hingga ke titisan darah yang terakhir andaikata ada jalan lebih baik untuk menyelesaikan pertelingkahan.

Bukan apa. Manusia yang telah dianiaya, seterusnya merelevankan pembalasan penganiayaan tersebut, dikhuatiri akan menghasilkan masyarakat yang sebegini. (Sori ekk Naz, aku letak link tak minta izin. Sila claim royalti berpatutan di kemudian hari) Hasilnya yang tinggal cuma merana tak sudah. Sehinggalah setiap genap lapisan masyarakat sudah membenci di antara satu sama lain. Ketika itu barulah Islam itu sendiri (bermaksud Damai) hanya tinggal pada nama.

Sama-samalah kita renungi jati diri sendiri agar generasi akan datang tidak terikut-ikut pembawakan kita yang tidak elok ini.



~Love Peace, No War!~

16.11.09

DUNIA BARU

Saya dengan budak neh memang dah takde jodoh. Dah habis semua senarai janji buaya yang telah saya taburkan pada dia, tapi entah kenapa tetap tak dapat penuhi jugak segala janji-janji manis itu. Dengan penuh keikhlasan saya ingin memohon maaf yang tak terhingga kepada beliau walaupun saya sedar bukan kesalahan saya.

Kepada mereka-mereka yang skeptikal menyangkakan saya ada niat sumbang mahram terhadap beliau, ketahuilah bahawa gadis ini sudah diperbalakkan (tak sesuai nak guna istilah ‘diperbadankan’) oleh seorang jejaka bertuah di negeri pantai timur sana. Jadi sila jangan menyimpan harapan songsang oke? (Sebab tu laa abang malas nak pinjam kereta member, Ryn tau tak?) Beliau cuma/masih/akan menjadi adik saya sahaja, sementelah saya sendiri juga tidak sehensem mana.

Kepada Pokde yang maintain cool sahaja, saya tahu sengsara yang dialami hati dan jiwa apabila terpaksa mengebumikan anak sulung sendiri. Arwah memang pandai menghormati semua orang tak kira tua muda dan banyak berjasa kepada golongan senior dalam keluarga kita. Saya sendiri pun tak boleh celen kemuliaan arwah dan kami pasti tidak akan melupakan sifat beliau yang rajin bersembang, tak kedekut masa dan tenaga dan pandai pula menghormati saya yang lebih tua biarpun cuma setahun jaraknya.

Kepada diri saya sendiri, berbahagialah walaupun diri kamu sedikit sepi kerana hidup ini lebih indah sifatnya jika kamu mementingkan mereka dahulu sebelum diri kamu sendiri. Rajin-rajinkanlah dirimu kerana hari baru, penggal baru dalam usaha kamu mencari rezeki sudah kembali tiba. Ingatlah setebal mana pun cela dan kemungkaran kamu, hakikatnya nyawa kamu tetap berharga bagi mereka-mereka yang menyayangimu. Dan usah meminta yang bukan-bukan selagi kamu tidak memerlukannya.

Dan ye, saya pun sama berasa janggal bila menukar kata ganti diri ini seperti kamu juga.



~Kantoi sebab tak reti/tak belajar baca tahlil. Gila malu nak mampus!~

14.11.09

HMI : JOHAN MAWAS

Minggu ini HMI dibatalkan bagi menghormati arwah sepupu aku, allahyarham Zulfadzli Bin Yasaa' yang meninggal malam tadi akibat kemalangan motorsikal di Maran, Pahang. Semoga Allah mencucuri rahmatnya.

"Zul, harapan di bahu kita sama tinggi menggunung. Anak lelaki sulung dari susur galur yang dihormati. Tapi kau yang berjaya, kau pula yang pergi dulu." - abang Atan.

13.11.09

PEMBÉKAPAN

“Malam ni Nur Kasih…”
“Tau, aku ingat aku nak buat blog pasal Nur Kasih laa…”
“Lagi sekali?”
“Eh, selagi season belum habis, suka hati laa nak citer banyak mana pun…” :P



Pernahkah anda (soklan untuk peminat-peminat Nur Kasih sahaja) bertemu dengan komen seperti berikut; tak kira laa dalam blog ke atau facebook ke :
‘Drama neh bagus, tapi harap-harap tak akan menjadi meleret-leret sangat macam cerita Indon.’

Haha, komen yang inesen bunyinya kan?
Bagi aku, TIDAK! Boleh blah laa sape-sape yang berpikiran kolot camneh.
Kenapa? Ada dua sebab :



1) Kalau dah tau drama neh bagus, kenapa perlu disamakan dengan drama Indon yang meleret-leret? Drama apakah yang sedang dirujuk ini? Setakat nak bandingkan dengan drama seperti Bawang Putih Bawang Merah ke? Ceh, pendek akal sungguh laa. Ada ke cerita tangkap muat sambil buat CGI pari-pari yang tak kena tempat tu nak dijadikan perbandingan dengan drama yang dibikin secara serius dan bersungguh-sungguh macam neh?

2) Dan kenapa drama Indon yang menjadi mangsa stigma pulak? Apakah Lalola, Mis Tres Hermanas, La Usurpadora, Yo Soy Betty La Fea, The Bold And Beautiful, Manjalara, Oshin, itu tidak meleret-leret sifatnya? Apakah siri-siri yang aku sebutkan tadi dianggap tak best? Adakah ia tergolong pula sebagai drama Indon? Dan; kalau drama/cerita/filem Indon itu tidak meleret-leret, apakah ia masih akan dianggap sebagai best, tidak pula dikatakan sebagai menyemak dalam jadual penyiaran TV dan membuang masa semata-mata seperti yang sering dilaungkan pengkomen-pengkomen pro-Malaysia itu?



Aku pernah tengok cerita hindi. Aku pernah tengok cerita tamil. Aku pernah tengok cerita perancis. Aku pernah tengok cerita arab. Aku pernah tengok cerita amerika selatan dan utara sekalipun.

Aku boleh mengklasifikasikan cerita mana yang best dan tak best mengikut selera aku. Yang aku tak paham tu, kalau ada cerita yang tak best, kenapa satu negara pulak dapat nama busuk? Apakah cerita-cerita kita di Malaysia neh semuanya berkualiti SANGAT?

Sila kreatif dalam kritis!



~Haih, asyik-asyik nak ajak bertekak, pastu tanya pulak apasal aku nak marah-marah. Ceh!~

12.11.09

JEMBALANG PENYOMBONG : TAK BOLEH KENA TEGUR LANGSUNG

Malam neh Tower 13 kat TV3 akan menyiarkan episod akhir.

Aku peduli apa. Aku bukan tengok pun.

Cerita terakhir dalam slot Seram @ TV3 yang aku tonton pun adalah Kekasihku Seru. Lepas tu aku dah malas nak layan.

“Weh, Tower 13 neh best laa siot! Filmscape tu yang buat. Ko kan suka cerita-cerita Khabir Batia neh…”

Ahh, aku peduli apa.

Sekarang memang aku tengah mogok, aku takkan pasang TV3 lagi dah setiap hari Khamis jam 9.30 malam. Aku lebih prefer NTV7 atau 8TV.

Korang dah tengok promo Jangan Tegur Lagi? Drama yang akan menggantikan Tower 13 minggu depan.

Aku cuba nak carik iklan tu kot-kot ada kat youtube atau website TV3. Tapi nampak gayanya belum ada sesapa yang upload lagi.

Bagi yang dah tengok, haa, mesti korang rasa macam haram kan?

Sebab tu laa selagi aku bekerja syif malam di lokasi tempat jin bertendang neh, setiap malam jumaat, TV3, KO TIDAK AKAN MENJADI INSPIRASI HIDUP AKU.

11.11.09

18 = 11 + 7

Siapa kata aku dah sembuh dari penyakit writer’s block? Baru nak kebah je neh sebenarnya. Oleh itu, seronoklah aku untuk menceritakan semula cerita-cerita basi yang belum pernah korang dengari dari blog aku ini.

Kisah ini berlaku beberapa bulan lepas (sebelum raya lagi) di mana kakak aku dari Seremban datang mengadap ibunda pemaisuri atas tujuan apa entah.

Tapi dia berhajat besar untuk mencuci dinding bilik air yang mana jika si ibunda pemaisuri mengharapkan keringanan tulang aku, sempat laa berlumut bercendawan pula bilik air itu nanti.

“Atan! Berus sabut ko letak kat mana?!” kakak aku bertanya dengan nada lembut dari dalam bilik air ketika aku sedang mencuri ruang dan peluang untuk keluar rumah dengan hajat menonton bola di kedai mamak.

“Cari je laa kat bawah besen tu ke apa ke!” jawabku dengan penuh hormat sekali.

“Takde pon! Ko nak keluar tu, ko pegi beli jap kat mana-mana!” cis, mana dia tau aku tengah sarung kasut neh?

“Ye laa kak. Kang atan singgah 7-11 beli,” sambil mengekek kecil. Kejadahnya di tengah malam pukul 10 neh nak suruh aku mencarik berus sabut pulak? Hilang akal ke apa kakak aku neh.

Setelah berhempas pulas memerah keringat menonton bola (penat sangat ke), dalam perjalanan pulang baru aku perasan yang rokok aku dah habis. Memandangkan jam sudah 2 pagi, tiada pilihan lain melainkan terpaksa singgah di 7-11 berdekatan.

“Pall Mall merah 20,” pintaku dengan gaya berlagak tak takut mati. Cis!

“Ini je?” soal jejaka cashier itu pula. Memandangkan di pagi dinihari ini hanya petugas lelaki yang dibenarkan berpeleran di belakang kaunter, aku tahu bahawa aku tak perlu berlagak macho dan boleh membuat lawak bangang yang memalukan diri sendiri.

“Kalau ada berus sabut, bungkus sekali.”

Yep! Di jam 2 pagi, di 7-11 Bandar Baru Bangi, petugas itu berlalu pergi, mengambil berus sabut yang diminta tadi.

Damn! Rupanya apa yang aku anggap lawak, tidaklah lawak pada kaca mata orang lain sebenarnya…



~Ingat neh entri lawak ke?~

9.11.09

ASCORPISME

Ayat baru lagi. Adehhh…

Aku teringat yang aku pernah tinggalkan komen kat salah sorang blogger (aku tak ingat sapa) tentang aku dan toilet. Ye, toilet telah menjadi tempat pemberi ilham yang paling kerap untuk aku menulis di blog ini. Kadangkala atas motor, kadang-kadang tengah menonton TV, kadang-kadang tengah makan pun boleh dapat ilham jugak. Walaupun kebanyakannya merapu-rapu je sebenarnya.

Tapi bila aku dapat ilham-ilham ini, aku akan segera mencapai aplikasi MS Word yang terdekat; tak kira laa PC ke laptop ke. Dan aku akan mula menaip tajuk supaya aku tak lupa hala tuju jalan cerita. Dari situ, aku akan mula membebel sorang-sorang menerusi penaipan di atas keyboard (gila pe mulut aku nak pok pek sorang-sorang pulak) sehingga siap 2 atau 3 page.

Tak kira laa sekiranya berlaku salah ejaan, ataupun ada auto-correct option (selalunya MS Word akan mengubah sendiri ejaan yang dirasakan salah dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh sensitif akan automatik menjadi sensitive dan automatik pula akan jadi automatic – haha!) tapi aku tetap jua akan terus menaip kerana aku sendiri selalunya akan menggunakan short-form. Perkataan ‘yang’ akan menjadi yg, ‘bagi’ akan menjadi bg dan sebagainya.

Setelah proses ini selesai, dan aku pun berpendapat adanya kewajaran untuk dipublish di blog ini; maka aku akan melakukan beberapa kali proses review untuk membetulkan semula kesalahan ejaan atau penambahan tatabahasa yang sesuai. Sebagai contoh ayat sebegini :


Korang nak tau x, semlm kan, aku kan, main futsal ngan member2 aku siottt…


Akan berubah menjadi :


Kalau korang nak tau, semalam aku main futsal dengan member…


Lalu begini :


Sekiranya anda ingin tahu, semalam aku telah dipermainkan oleh futsal bersama rakan-rakanku.


Sehingga akhirnya ia berubah menjadi begini :


Sekiranya anda ingin mengetahui perkara sebenar, bahawasanya semalam aku telahpun bermain permainan futsal bersama sahabat handai yang terdekat.


Maka setelah aku pun berpuas hati lalu aku transferkanlah ia ke blogspot. (kopi-pasta je, bukan susah pun)

Pemilihan tajuk juga amat penting. Sebagai contoh sekiranya aku sedang menyentuh satu isu berkaitan makan, aku takkan menggunakan tajuk yang begitu obvious seperti ‘Melantak’ atau ‘Mentekedarah’ tapi aku akan gunakan istilah lain yang langsung takde bunyi macam makan tapi masih berkaitan dengan topik yang aku bincangkan. Contohnya ‘Nakam Itu Tidak Bermaksud Apa-Apa Kecuali Dibaca Secara Terbalik’ atau ‘Ususku Kini Telah Berteman’.

Kemudian aku akan pastikan mukadimah penulisan akan menghurai terlebih dahulu perihal tajuk supaya tiada siapa yang akan muntah-muntah akibat pening nak memahami apa yang aku cuba nak tuliskan, kemudian aku akan terus masukkan isi. Hujah punya hujah, debat punya debat, dan ia akan diakhiri dengan satu absolution dari pandangan peribadi aku ataupun question untuk dihurai para pembaca sekalian.

Begitulah proses dari aku mendapat ilham sehinggalah ia diabdikan dalam blog.




“Ada sesapa yang bertanya ke Jai?”

“Err… Takde. Hahahahehehehuhahuhehihihi…”




Oh ye, beginilah rupa entri aku bila aku berdepan masalah writer’s block… (lagi sekali?)

Sekian.

7.11.09

HMI : KOLABORASI

The best gig performance I ever seen. Technically it’s not a normal gig since they playing for Shout Award show. Tapi kedatangan group sehebat ini memang dinanti-nantikan aku.

Group yang aku maksudkan adalah Pesawat dan Komplot. Pesawat - aku tak berapa fanatik sangat dengan mereka neh sementelah aku rasakan genre mereka tak ubah macam kumpulan Pretty Ugly je sebenarnya. Vokalis dorang pun rupa dah macam Neves bila dah tak pakai topi eskimo beliau. Hmm…

Tapi Komplot merupakan band yang menarik dengan irama psychedelic funk mereka. Kali pertama aku diperkenalkan dengan mereka adalah dari Encik Korak (credit to him) yang meng-emel dua single mereka; Konflik Metropolis dan Nora Zen. Tapi aku lagi suka dengan Nora Zen. Entah laa kenapa, aku pun tatau. Nasib baik dorang pilih lagu neh untuk malam persembahan ari tuh.





Mungkin aku suka mereka sebab mereka lagak seperti professional rockstar kot. Bukan sekadar rupa dan gaya tapi kualiti juga tetap dijaga. Tak macam band One Buck Short dengan Bunkface yang buat gimik gempak-gempak tapi bila nyanyi atas pentas suara tak cukup nafas. Huhu. Tapi kat Shout Award neh Bunkface sempat jugak bolot 3 anugerah termasuk Ultimate Shout Award.

Haih~ belasah je laa…

6.11.09

PAST TENSE 3 : GAJAH 29 OKTOBER

Alia dalam bahasa Sri Lanka adalah bermaksud gajah. Keh keh.

Bercerita mengenai encik Khairil Amri dalam entri yang lepas, aku nak cerita pulak mengenai adik perempuan beliau yang sangat hot. Alia namanya (aku eja sebagai Alya)





Aku tau adik beliau tak rajin menelaah blogspot termasuk laa abangnya jugak biarpun yang sekor memang gila main Friendster manakala sekor lagi tengah gilakan Facebook. Jadi aku berani laa nak bukak cerita-ceriti di sini tanpa segan silu.

Aku mula-mula kenal dia neh masa dia darjah 3 dan aku tingkatan 4 (pergh, giler ahh). Masa neh dia budak hingusan je lagi dan kuat memerintah. Anak manja laa katakan sebab masa tu dia anak kedua dan adik dia masih taraf-taraf baby lagi masa tu. Sekarang dia adalah akak kepada 2 orang adik comel masing-masing laki dan pompuan.

Aku langsung takde sejarah pun dengan dia sampai laa aku terserempak dengan Friendster dia beberapa tahun lepas dan mula membuat komen-komen menggoda untuk dengan niat untuk menyakat si abangnya.

Gurau, gurau gak. Tapi semenjak aku mengenali cik Ryn kita, aku memang telah menjadi semakin galak untuk mengumpul koleksi adik angkat pompuan (tanak laa laki, geli) dan secara entah macam mana aku terasa syok sendiri pulak nak mengangkat si Alya neh menjadi adik aku.

Tapi dia taknak laa pulak. Sebab dia sendiri pun dah ada dua orang abang. Cam pelik je laa nak tambah abang sorang lagi. Apatah lagi aku neh haa yang sememangnya langsung takde bakat jadi abang; sebab aku pun bertaraf anak bongsu je. Jadi “abbanngggg…” boleh laa.

Dengan perasaan yang semakin galak mahu menyakat encik Khairil Amri atas sebab-sebab yang perlu dirahsiakan; dengan selamba aku yang selama neh memang dikenali sebagai lelaki tak romantik dan suka mungkir janji, tetiba rajin pulak bagi hadiah besday kat dia. Tahun lepas aku bagi t-shirt free yang aku dapat dari encik Bio-Nik. Tahun sebelumnya tu aku bagi dia beg murah dari Al-Ikhsan. Oh ye, kalau korang belum tau, aku neh memang kedekut taik idung masin orangnya.

Dalam penghujung tahun lepas kalau tak silap, beliau pernah menasihati aku something. Aku dah tak ingat apa yang dia tulis sbb mesej yang aku save dalam draft henset aku dah hilang sewaktu kena format masa henset aku jatuh kat hiway dulu. Nasihatnya tak lah makan dalam sangat tapi terkesima jugak aku sebab budak yang selama neh aku anggap kecik (tak relevan langsung dengan gajah) rupa-rupanya sekarang dah besar panjang dan boleh berfikir sendiri.

Oleh itu aku berniat mungkin aku dah tak patut membuat sakatan ala-ala budak tak cukup umur lagi. Apa yang berlaku antara aku dan encik Khairil Amri pun telah aku lupakan dan anggap tak pernah ada apa berlaku. Maka aku bawak haluan diri sendiri ini yang secara jujurnya aku rasakan, cuma layak hidup untuk menjaga diri aku tanpa perlu menyibuk hal orang lain sebab diri aku sendiri masih banyak cacat celanya.

Al kisah 29 Oktober yang lepas merupakan besday si Alya neh. Aku memang ada pasang niat nak send wishes tapi hari itu aku tak cukup tidur kerana tengok bola Arsenal lawan Liverpool dan paginya pulak aku kena sambung overtime. Kebetulan hari hujan pulak tu, jadi memang aku terlupa terus dan terlena di tempat kerja bermimpi sebasah-basahnya laksana air hujan yang menderu menimpa bumi di kala itu. Cewah! (Macam haram!)

Tanpa disangka-sangka beliau menghantar SMS untuk claim wishes yang aku terlupa nak bagi.

Tak ada apa yang pelik dengan cerita neh kan? Cuma bagi aku, you never how your life and action will affecting others. Once you realized it, you know you’re still someone even you consider your life as meaningless as mine. Kalau aku ditakdirkan mati satu hari nanti sebelum korang, aku minta maaf kalau aku tidak dapat lagi menjadi peneman duka dan tawa. Sesungguhnya, apa yang aku impikan cuma agar korang masing-masing mendapat kebahagiaan dalam hidup masing-masing dengan keputusan yang telah korang ambil. Bak kata iklan L'Oréal; YOU’RE WORTH IT!


P/S : Kepada mereka-mereka yang berkenaan (Ijal, Aiman, Apeet dan lain-lain lagi yang seangkatan) sila jangan repot apa-apa kat abang(-abang) beliau oke! Nak kecoh-kecoh pun buat apa. Bukan dapat duit pun. Dapat dosa mengumpat ada laa. Pandai-pandai laa tolong member korang neh kaver line. Kalo tak kang gua sula sekor-sekor jap lagi.


Tengah pikir barang murah apa pulak yang aku nak bagi kat dia tahun neh.



~”Tak takut 16 sebatan ke Jai?”~

5.11.09

PAST TENSE 2 : EMMA 4 OKTOBER

Well, neh gambar sebelum aku dapat gambar dari Galway hari tu. Tapi lambat sikit nak upload sebab gambar-gambar penting kebanyakannya dalam henset member aku, iaitu encik Syariz.

Asyik terlupa je nak mintak Bluentooth ngan dia. Jumpa pun seminggu sekali je.

Al kisahnya pula gambar ini diambil ketika majlis persandingan salah seorang teman sekolah aku tapi bukan sekelas. Beliau pernah di highlight dalam blog aku neh dalam episod ‘ROAD TO PD’ yang lepas. Nama beliau adalah Ermawati tapi aku panggil Emma je.

Ini merupakan hari bersejarah buat beliau; suami beliau, dan dua lagi jiwa yang lain. Aku tanak laa kecoh-kecoh atau gosip-gosipkan di sini sebab amat penting untuk aku jaga hati insan-insan yang aku ambik berat neh.

Apa-apa hal pun antara tujuan asal dorang berkahwin adalah disebabkan mak bapak si Emma ni akan pergi menunaikan haji tahun ini. Alhamdulillah. Tapi kat rumah dorang nanti dah takde orang laki yang akan menjaga beliau dan adik perempuannya. Maka elok sangatlah dikahwinkan sebelum berangkat ke tanah suci. Bak kata orang bila pergi naik haji ni sama macam pergi berjihad jugak.

Salah seorang rakan ‘seperlepakan’ aku pun, encik Mohd. Khairil Amri pun berkemungkinan akan dijodohkan dalam masa terdekat setahun dua neh sebab mak bapak beliau pun ada planning yang sama. Tak pelik pun, sebab beliau memang ‘liar’ orangnya dan memang ada keperluan untuk ada orang tengok-tengokkan. Wakakakaka. Tunggu laa jodoh dia nanti macam mana. Aku? Aku maintain sepi beb!

Macam biasa, soklan paling wajib berkumandang di udara ketika itu tak lain tak bukan adalah “Ko bila lagi?”. Biasanya pompuan lah yang terkena tempiasnya. Laki-laki macho macam aku neh buat tak heran je sebab kami tau kami makin tua makin laku. Lalalala…

Tapi tetap menjadi satu sentapan bila tengok member-member perempuan yang satu ketika dulu pernah seronok bertepuk tampar dengan aku; tetiba di hari itu mengendong anak kecil yang comel tapi kuat memerintah dan galak menangis di khalayak umum. Tengok kanak-kanak seusia 2-3 tahun berlari-lari di halaman rumah, rasa macam tak percaya je masing-masing sudah bertaraf makcik biarpun aku masih kekal sebagai teruna hot idaman se-Malaya (geli laa mat).


Ahh, tak sabarnya rasa nak ‘buat’ anak.




*Walimatul urus



*Jamu mempelai



*Raja dan Rani sehari



*Pengantin dan kaki-kaki penyibuk yang suka aktiviti makan free.



“Eh, ko kat mana Jai?”

“Tu, belakang kamera tu.”



~Heh, macam laa ada orang nak kat aku pun~

4.11.09

PAST TENSE 1 : GALWAY 11 OKTOBER

DISCLAIMER : Entri ini tidak ada kena-mengena dengan entri ini. (Habis yang ko nak link tu jugak buat pe, mangkuk si Ajai neh)


Ini adalah entri bertemakan evolusi siri ‘Re-Post’ dalam blog aku.


Sebenarnya aku ada nak berkongsi beberapa keping gambar di blog ini tapi akibat kekangan waktu aku gagal berbuat demikian.

Tapi apa susahnya ye tak? Diinspirasikan dari blog cik Tipah kita, aku rasa takde masalah untuk aku sedikit lewat bercerita. Al maklum laa, aku neh pun selalunya busy bagai nak rak dalam cuba nak menyelesaikan pelbagai masalah negara yang melanda ketika ini (kepala hotak laa ko Jai).

Ada 3 bahagian bersiri kesemuanya. Kali ini aku nak sentuh tentang sebuah kawasan di barat Ireland yang diberi nama Galway.

Al kisahnya, salah seorang teman ‘seperlepakan’ aku yang bernama encik Norris sedang menyambung pengajiannya setahun di sana ketika ini; jika anda masih ingat entri saya yang bertajuk ‘TAK BOLEH DIBUAT BOYPREN’.

Dengan penuh rasa berlagak dan bongkak, beliau berjaya membuatkan aku jeles dengan menyajikan permandangan menarik ketika melawat Galway. Cis, aku paling jauh pun pernah sampai cuma Pengkalan Kubor kat sempadan Golok sana. Johor pun aku dah tak ingat bila kali terakhir aku pergi. Thailand dengan Singapore memang haram laa aku tak pernah jejak kaki. Sabah Sarawak dalam gagasan Malaysia apatah lagi. Kalau nak merasa pun cuma kena berharap cik Rynak akan masuk meminang aku yang sepi neh satu hari nanti.




*On the way thru’ the hiway




*Mereka dan keluarga mereka




*Angin bersepoi seribu bahasa. Menarik kan tempatnya?




*Layan jiwang karat siottt




*Abstrak?




*Cam New Zealand (macam laa ko penah pegi sana Jai!)




*Kontras




*Angle paling cun




*Luas mata memandang




*Takde benda lain nak tangkap ke?




*Peaceful surrounding




*Bahasa apa tu? Mahathir punya nama ke tu?




*Arghh… tengok gambar pun macam dah boleh dengar pukulan ombak



~Tunggu engko balik, nanti kita dapat tengok Ijal bersanding. Wakakakakakakaka...~

3.11.09

BOLA

Mesti ada yang ingat aku nak cerita pasal bolasepak, kan? Takde lah. Aku nak mengisytiharkan hari ini sebagai hari mengutuk member sendiri.

Tak ramai member aku yang baca blog aku atau tau yang aku ada blog, tapi ada laa jugak beberapa di antara mereka yang tau dan juga kerap baca. Tapi hakikatnya aku tetap berasa selesa untuk mengutuk mereka di sini sementelah aku merasakan mereka tidak akan berhati busuk untuk merepot pada member-member yang lain kerana mereka yang membaca blog aku ini terdiri daripada orang-orang yang baik-baik belaka. (sungguh plastik dan spastik sekali perenggan ini, bukan?)

Apabila anda telah bersetuju untuk duduk semeja dengan aku di kedai mamak sambil menonton bola, maka anda berhak untuk dibahan, disakat, dikeji, disakitkan hati, dikutuk dan dihina oleh aku. Menariknya di sini kerana setiap orang rambut je sama hitam, tapi rebonding masing-masing kat kedai lain-lain. Jadi sudah tentu hati mereka juga tak sama. Ada yang kuat melantun, dan ada yang tidak. Untuk aku menerangkan satu-satu perangai dorang, lebih baik aku samakan dorang seperti bola. Kerana bola itu sifatnya melantun, dan kami pula memang suka tengok bola. Nampak bersesuaian gitu.





ACAB : BOLA BOLING
Acab ini sukar nak melantun. Macam berat sangat je nak melantun; tapi jangan salah sangka. Hanya dengan sedikit skil swing ketika anda membaling, dia boleh dilantunkan mengikut kehendak yang anda suka malah beliau nampak begitu ringan melantun namun cukup kuat untuk menjatuhkan pin-pin atau maruah dan airmuka sesiapa sahaja yang beliau kehendaki. Jadi, berhati-hati sebelum membuat balingan.





AIMAN : BOLA SQUASH
Squash dimainkan di dalam bilik tertutup di mana bolanya dilantunkan pada dinding untuk kita capai semula. Aiman seorang yang agak susah untuk dibahan kerana beliau lebih banyak idea untuk membahan orang lain. Namun sekiranya anda memiliki peluang untuk membahan beliau, maka apabila dia melantun balik silalah jangan cepat tamatkan set sebaliknya teruskan lantunan anda dan anda akan dapati diri anda berada dalam pertarungan yang mendebarkan sampai ke subuh esok hari.





AMRI : BOLA PINGPONG
Kecil (tapi tak padan dengan saiz beliau yang sebenarnya gedabak), kosong didalamnya, dipenuhi angin-angin ammonia. Mudah untuk dilantunkan tapi mudah pula diterbangkan angin sehinggakan anda tak tahu ke mana dia telah pergi. Bawah meja ke, dalam baju ke, mana entah! Selalunya begitulah pun kalau beliau bercerita. Dari satu poin, tiba-tiba entah macam mana boleh sampai ke satu poin yang lainnya yang memang takde kaitan langsung.





APEET : BOLA GULI
Pun kecil jugak (kali neh memang bersesuaian dengan saiznya). Tapi keras. Kadang-kadang impak lantunannya nampak lemah atau boleh tak perasan pun. Tapi sekali dia merejam ibu jari kaki kita, berminggu-minggu kita jalan terhencot-hencot.





APEK : BOLA SEPAK
Resmi bola sepak, bila kita sepak, dan terkena badan orang lain; biasa laa tu kalau orang tu sakit. Begitu juga apabila kita dirembat kembali. Lantunan beliau adalah pada kadar normal sebenarnya; bergantung mengikut kekuatan sepakan kita terhadap beliau.





AZMIN : BEBOLA IKAN
Selalunya dia tidak melantun kerana dicampakkan di dalam air untuk direbus. Kadangkala kita goreng pula secukup rasa. Namun yang pasti, isinya berlemak (lemak ikan laa tapi) dan sedap diratah beramai-ramai.





IJAL : BOLA RAGBI
Rupanya lonjong (nasib baik bukan American Football. Kalo tak, kang ada yang mengamuk tak pasal-pasal). Jarang melihat orang melantunkannya sebaliknya lebih seronok untuk dibimbing bersama untuk menjaringkan touchdown. Tapi, ada masanya penalti perlu dilakukan, maka ketika itu beliau akan disepak melambung tinggi keseorangan di udara tanpa ada sesiapa nak tolong back-up. Tolong gelak je boleh laa kot.





NAWFAL : BOLA KERANJANG
Orangnya tinggi macam Sakuragi Hanamichi, dan matanya pun boleh tahan gak keranjang. Biasanya orang main bam-bam berulang kali dan beliau susah nak terlepas dari tangan. Maksudnya di sini bahan dia macam mana pun dia takkan nak blah punya. Dan dia jarang melantun balik untuk menyakitkan kita biarpun sifat semulajadinya keras macam bijik kelapa. Kalau kita terkena pun tu dikategorikan sebagai tak sengaja.





NORIS : BOLASEPAK JENAMA KAPPA
Kenapa berjenama Kappa? Cuba anda kutuk liga Itali atau pasukan kebangsaan mereka di hadapan beliau; dan beliau akan melantun balik seadanya. Tapi dia tak sama macam bola jenama lain sebab kalau anda kutuk Liga Malaysia atau English Premier League, beliau tidak akan memberikan sebarang respon lantunan. Bola yang unik, bukan?





PAK TAM : BOLA BLACK LUCKY BALL
Sekiranya anda lucky (sekiranya dia ada mood), apabila anda membahan dia, dia akan melantun semula seperti rejaman bola snuker di perut anda. Anda pernah rasakan bola snuker hinggap di perut anda? Aku tahu perasaannya kerana aku pernah beberapa kali menahan bola futsal rejaman kaki beliau ketika aku menjadi goalkeeper yang mana membuatkan aku kepedihan sana dan sini. Sekiranya anda tidak lucky, dia cuma akan tersengih kambing sahaja mendengar kutukan anda terhadapnya.





SYARIZ : BOLA LISUT
Selalunya ia tak dapat dijangka bila akan muncul. Sama seperti fenomena di kedai mamak yang tiba-tiba memasang siaran Major League Baseball di malam minggu tanpa sesiapa menduga. Setelah ia muncul, barulah orang ramai sedar yang malam itu tiada permainan liga, mungkin kerana ada kelayakan World Cup dan sebagainya. Namun walaupun jarang-jarang dapat tengok, sifatnya tetap laju; berpuluh kilometer sejam lajunya dan kalau terkena badan kita, pasti sakit tak sudah. Hakikatnya kalau terkena kat burung, dengan selambanya burung itu boleh menemui ajal (sila tonton video di sini). Itu baru burung di awangan, belum lagi terkena kat burung aku. Lalalala…



Susunan nama di atas adalah mengikut abjad ye, harap maklum. Sila jangan ada yang terasa lebih-lebih.

“Jai, ko pulak melantun cam mana?”

“Aku? Melantun? Bila masa pulak?” Keh keh keh…